Inilah Dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin....Jika Wan Azizah Dapat Derma, Niatnya Tidak Ikhlas
Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu kecoh bercakap mengenai derma sebanyak RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Bagi mereka, derma yang diterima dibayangkan sebagai satu perkara teruk yang dilakukan oleh Najib seolah-olah rakyat ditindas teruk kerana menerima penerimaan duit tersebut walhal ia diberi oleh seorang dermawan yang menyanjung tinggi peribadi Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berjaya.
Juga, mencerca Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai nilai integriti berbanding pemimpin-pemimpin mereka.
Disebalik kata-kata cacian yang dilontarkan, rupanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebenarnya punyai rasa cemburu jumlah derma yang diterima oleh Najib.
Perkara itu dizahirkan dan diperlihatkan oleh Wan Azizah sendiri ketika mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh pagi semalam.
Malah, kata-kata dalam ucapan Wan Azizah yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online, ia memperlihatkan niat hatinya yang boleh disifatkan sebagai tidak baik atau tidak ikhlas sekiranya diri sendiri menerima derma yang mungkin jumlahnya lebih besar.
Wan Azizah menyatakan sekiranya beliau menerima RM2.6 bilion, jumlah tersebut akan digunakan untuk membeli kepercayaan pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik yang dikehendaki dan kepercayaan rakyat untuk terus menyokong partinya selain mahu menjatuhkan PM melalui cara dengan membeli undi
“Kalau kita ada RM2.6 bilion, mungkin ia akan membantu kita sebab itulah cara ia (berfungsi),” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh,
“Bagaimana untuk dapatkan sokongan rakyat, itu dah satu hal. Kita tak ada dana RM 2.6 bilion,” kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Dalam hal ini, Wan Azizah boleh dilihat dan dibaca sebagai seorang yang cemburu dek kerana tidak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion seperti Najib.
Beliau banyak bercakap dan mengkritik Najib tetapi, percayalah, sekiranya ada pihak-pihak yang baik hati dan dermawan mahu menderma jumlah RM2.6 bilion atau lebih lagi dari itu, tidak hairan Wan Azizah juga akan menerima dengan hati terbuka.
Wan Azizah pastinya akan senyap dari berbicara mengenai derma yang diterima dan akan simpan jumlah derma yang diterima untuk kepentingan diri sendiri. Siapa tahu?
Tidak susah sebenarnya Wan Azizah untuk menjadi pemimpin yang dilihat oleh pemimpin luar sebagai seorang pemerintah yang produktif, berjiwa rakyat dan baik hati demi rakyat negaranya hingga boleh diberi derma.
Caranya mudah dengan menjadikan Najib sebagai contoh dan mengikut kepimpinan Najib. Cuma, Wan Azizah tidak dilihat oleh para dermawan di luar negara yang boleh diberi derma. Bukan sahaja Wan Azizah, malah Anwar juga tidak dilihat mempunyai ciri-ciri pemerintah yang punyai personaliti positif.
Justeru itu, tidak usahlah Wan Azizah terus cemburu dan menyebarkan isu Najib menerima derma RM2.6 bilion sekiranya dari awal lagi sudah terbit dalam hati niat yang tidak baik kalau pun mendapat jumlah duit derma yang banyak.

Comments