DAP yang sepatutnya minta maaf kepada umat Islam - Mufti Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan minta maaf atau menarik balik khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah DAP.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.
“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegasnya.
“Kita tak akan tarik balik khutbah. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya.
Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.
Katanya, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin DAP negeri dan Pusat menyuarakan tidak puas hati dan bantahan dengan kandungan khutbah itu yang didakwa memburuk-burukkan parti itu.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan berkata, pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.
Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti UMNO, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.
Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli DAP yang beragama Islam yang mempertahankan campur tangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.
“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” katanya.
Abdul Rahman juga tidak gusar dengan ugutan DAP untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang. Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.
“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,”katanya.

Comments