Jerebu : "Jadi, Mengapa Mesti Meminta Maaf?" - Naib Presiden Indonesia

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.

Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?

“Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.

Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Kompas, Jusuf pernah memberi kenyataan yang sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika memegang jawatan yang sama.

Malah, Jusuf turut memberi kenyataan yang sama ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Hamidi pada 18 September lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL