IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?

Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.

Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

“Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.

“Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

“Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.

“Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.

Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.

“Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.

“Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana