Hadi Awang : Beri Peluang Kepada Kabinet Baru Najib...Berbulu jer DAP dan PKR Mendengarnya
KUALA NERUS 31 Julai - Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu. Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri. “Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM). “Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika...