Teraju Baru PAS Otak Sempit - Khalid Samad
KUALA LUMPUR 30 Jun – Kumpulan Anwarinas yang kalah teruk dalam pemilihan muktamar Pas baru-baru ini terus bertindak seperti ‘gunting dalam lipatan’ kepada parti itu apabila terbaharu menuduh sebahagian kepemimpinan baharu Pas berjiwa sempit. Atas alasan itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad tanpa berselindung berkata, Pas perlu digantikan dengan wadah perjuangan baharu kerana dakwanya, jiwa sempit akan menghalang kejayaan parti. Tuduhan terbaharu Khalid itu merupakan sebahagian daripada siri kecaman terbuka oleh kumpulan Anwarinas terhadap kepemimpinan ulama yang kini menguasai Pas, tetapi hingga sekarang tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas mereka. “Dewasa ini sikap berjiwa sempit kembali menguasai sebahagian daripada kepemimpinan Pas. Teori-teori ‘penyusupan’ kembali dipopularkan dengan perasaan benci serta sangsi terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kembali ditanam. “Dengan sikap berjiwa sem...