Posts

Showing posts from March, 2015

Padan Mukanya....Berlagak Sangat Nak Sokongan Terbuka Lah Kononnya

Image
PETALING JAYA: Polis telah menahan penerbit akhbar mingguan bisnes, The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan. The Malaysian Insider kini adalah portal berita milik The Edge. Menurut portal berita itu, Jahabar dan Ho ditahan Selasa pagi di Balai Polis Dang Wangi ekoran satu artikel yang diterbitkan minggu lalu. Semalam (Isnin), polis telah menahan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais, Pengarang Bahasa Malaysianya, Zulkifli Sulong yang juga bekas pengarang Harakah serta Pengarang Berita, Amin Iskandar. Portal berita itu telah memuat naikkan satu artikel yang menyebut bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak pelaksanaan Hukum Hudud ketika persidangan pada  11 Mac lalu. Artikel tersebut memetik sumber-sumber dalaman sebagai berkata. Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad telah membuat penafian berhubung perkara tersebut dan membuat laporan polis, Kham...

Macamlah Dia HERO PR.....Pengundi Bakal Tolak PAS Pada PRU-14: Kit Siang

Image
PETALING JAYA: PAS mungkin akan ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang susulan langkah parti itu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Dalam satu kenyataan di laman blognya pada Selasa, penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui bahawa ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat akan kehilangan undi yang lebih besar sekiranya pakatan pembangkang gagal diselamatkan. Malah beliau memberi amaran bahawa PAS akan berhadapan kekalahan teruk. "PAS berada dalam bahaya, kehilangan hampir semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di luar negeri-negeri di Utara akibat kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Kanun Jenayah Syariah 2015 dan pembentangan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan hudud oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Dengan kehilangan 30% undi bukan Melayu, PAS akan kehilangan tujuh kerusi Parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-13," katanya. Penasihat DAP itu menegaskan PAS mungkin ditolak pengundi di Johor, Pe...

Pengguna Membeli-Belah Di Saat Akhir Elak GST...Nampak Sangat Tak Tahu Langsung Tentang GST

Image
PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa tengah malam ini menyebabkan ramai pengguna membeli-belah di saat akhir sejak beberapa hari lalu untuk mengelakkan barangan yang dibeli dikenakan cukai baharu itu. Walaupun sering diingatkan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, pusat membeli-belah, pusat digital dan kedai runcit dibanjiri ribuan pengguna pada cuti hujung minggu. Beberapa peruncit telefon pintar di George Town, Pulau Pinang berkata merek kehabisan stok model popular kerana pelanggan membeli produk tersebut untuk mengelak daripada dikenakan GST. Peruncit tersebut berkata mereka mula mengambil tempahan sekarang sekiranya ada pelanggan yang sanggup membuat bayaran pendahuluan untuk produk berkenaan sebelum 1 April. Mereka hanya perlu membayar mengikut harga semasa (tiada GST) apabila stok tersebut sampai nanti. Di Digital Mall di sini, peruncit berkata ramai pelanggan membeli telefon dan peranti lain pada hujung minggu m...

Takut Hilang Jawatan MB Selangor.....Keputusan PKR Sabah tidak babitkan PKR Pusat

Image
SHAH ALAM - Keputusan PKR Sabah memutuskan hubungan politik dengan Pas negeri ekoran isu hudud hanya membabitkan hubungan di peringkat negeri dan tidak pusat. Menegaskan demikian, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan parti di peringkat negeri berhubung perkara itu sebelum keputusan muktamad dibuat di peringkat biro politik PKR. "Pendirian PKR di pusat, kita mahu Pakatan Rakyat dipertahankan dan diperkukuhkan. "(Saya) mengaku kita ada masalah sedikit berhubung beberapa isu, tapi mengikut pengalaman kita, isu besar melanda Pakatan Rakyat pernah diselesaikan secara bermuafakat," katanya kepada pemberita di Dun Selangor di sini, hari ini. Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas keputusan PKR dan DAP Sabah semalam yang membuat pendirian bersama itu kerana tidak setuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud di negara ini. Beliau menafikan dakwaan kononnya Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak ber...

Amaran Mufti Perak terhadap penentang hudud

Image
Kalau ada umat lslam yang masih berdegil menentang perlaksanaan hukum hudud, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tampil dengan amaran keras. “Hentikan sahaja.” Ini kerana tambah beliau umat Islam tidak boleh mempertikaikan hukum hudud kerana ia merupakan hukum Allah yang wajib untuk dilaksanakan. Bagaimanapun mufti berkenaan memberi kelonggaran:mereka hanya boleh mempertikaikan dengan cara untuk memperbaiki pelaksanaannya dan bukan dengan cara mengutuk. Beliau memberitahu media di pejabatnya di Ipoh Sabtu lalu: “cuma saya tak tahu apa yang sedang dipertikaikan, apakah caranya atau apakah ianya tidak sempurna, itu saya tidak tahu tetapi kalau dia sebut hukum hudud, sesiapa yang menentang akan menerima bencana dari Allah. “Umat Islam boleh mempertikaikan cara untuk memperbaiki dan bukan cara untuk mengutuk kerana manusia ini tidak ada yang sempurna.” Harapannya umat Islam  menerima hukum hudud kerana ia merupakan hukum Allah dan wajib untuk dilaksanakan. Katanya lagi ...

Jangan Mudah Percaya Kabar Angin Minyak Naik......Hasan Malek nafi laporan minyak tak naik

Image
SHAH ALAM – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan. Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban. “Satu kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Melalui paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut bahawa beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga minyak naik. Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan.

Timbalan Presiden PAS merangkap Barua DAP mengatakan PAS akan musnah buat selamanya jika DAP putuskan hubungan dgn PAS..!!

Image
Nampak sangat BARUA DAP takutnya hilang kuasa pada PRU akan datang....Macam ni ker nak menjadi Presiden PAS?

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim ( Benjy) Akan Dihukum Gantung

Image
 pepatah mengatakan "orang tamak selalu rugi"..nak kejar2 sangat kekayan segera namun segala yg ada keciciran n yg d kejar lak tak dapat..tali gantung yg dapat....moga jadi ikhtibar buat kita semua.. Admin menyeru kita sebagai warga Malaysia perlu menghidari daripada DADAH...Jauhi lah DADAH akan buat diri kita dan keluarga akan merana sepanjang masa.

Itu Hari Bukan Main Sombong Tunjuk POwer!!!! Isu Air : Azmin Ingin Jumpa Najib Secepat Mungkin

Image
SHAH ALAM 30 Mac - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai penyelesaian isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor sekembalinya Najib dari Sabah. Menurut Azmin beliau akan berusaha mendapatkan tarikh yang paling awal untuk bertemu Najib secepat mungkin. “Saya difahamkan beliau (Najib) berada di Sabah dan sekembalinya (beliau) saya akan tetapkan secepat mungkin, kerana peringkat pegawai kita telah pun adakan perbincangan pada Isnin lalu. “Dan saya juga ingin menyusul dengan pertemuan dengan Menteri sendiri supaya perkara ini dapat dimuktamadkan segera,” kata Azmin merujuk kepada hajatnya untuk bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam ikhtiarnya menyelesaikan isu air dalam waktu terdekat. Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada akan bertemu Perdana Menteri, bagi melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah...

Tabik Spring Lah......Shafee Abdullah Saman 3 Ahli Majlis Peguam

Image
KUALA LUMPUR 31 Mac - Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengemukakan saman terhadap 3 individu didalam Majlis Peguam ekoran pembentangan usul bagi menghalang kelakuannya dibincangkan pada  Mesyuarat Agung Tahunan badan tersebut. Shafee yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mengemukakan saman fitnah kepada 3 defendan iaitu; bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George. "Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," kata Kamaruddin. Shafee juga mendapatkan injuksi ex-parte daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac. Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah terang lagi bersuluh Tapi Buat Buat Buta Ker?

Image
 Sampai bila bila PAS tetap jadi BARUA.....

Lihat lah betapa kayanya puak puak PR.

Image
Mak Oiiii....Sudah Giler ker.Belum lagi menjadi Kerajaan Malaysia lagi tu. Tempahan makan malam untuk satu meja sampai 100k..sedangkan hampir setiap masa mereka menyalak macam hanjing menyalahkan kerajaan tentang pengurusan kewangan...apa yang mereka makan sampai banyak itu duitnya..??

PAS DI SABAH Kena Belasah Selepas DI Sarawak...

Image
Secara sah kami PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS di negeri ini Kami tidak akan lagi bekerjasama dengan PAS...Ia merupakan susulan daripada keputusan DAP Sarawak minggu lalu. Yang menarik nya daripada gabungan parti pembangkang itu.Admin yang peliknya PAS Semalam buat keputusan tetap bersama sama dengan Pakatan Rakyat lagi.Walaupun PKR dan DAP tetap menentang hudud sekeras kerasnya.

GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!

Image
Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST. Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990. Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST. Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST. Sumbernya... DI SINI

Hudud: PAS buat keputusan muktamad bentang di Parlimen...Kita Tengok Siapa Tolak?

Image
PAS membuat keputusan muktamat bahawa parti itu akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hudud di Kelantan. Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan, termasuk daripada sekutunya dalam pakatan rakyat (PR).

Bila ada PAS yang tidak sokong Hudud yang dibawa PAS sendiri.

Image
ApaKah ini bukti dalam PAS ada dalang dari luar yang menentukan dasar Parti...PAS Kuala Langat tolak hudud tapi sokong projek bela babi. Apa punya biol sokong babi yg haram tapi tolak hudud yg halal dan wajib.

Rasakan Lah.....Polis serbu The Malaysian Insider, tahan tiga pengarang

Image
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Polis hari ini menahan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais; Pengarang Berita (Bahasa), Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong berhubung berita bohong mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hudud. Mengikut laporan portal berita liberal dan pro Barat itu yang disiarkan pukul 7.01 malam tadi, polis bersama sepasukan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara dan membuat tangkapan.

DAP bukan penghalang besar?

Image
Dh kena halau kena caci pun....PAS tetap saaaaayang ngan DAP UMNO gakkkkk yg disalahkan.

Selamatkan Malaysia : Ku Li bidas Kit Siang

Image
 Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membidas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhubung cadangan ‘Selamatkan Malaysia’ menerusi pembentukan kerajaan baharu hasil gabungan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang dicadangkannya. Ku LiBeliau yang juga mesra dipanggil Ku Li berkata, cadangan Lim itu bersifat peribadi dan kabur malah veteran DAP itu tiada hak untuk menentukan individu yang layak mengetuai negara ini. “Itu cadangan beliau, saya sendiri tidak berapa jelas. “Beliau boleh cadang seribu namapun tidak ada apa, tapi akhirnya rakyat yang akan menentukan,” katanya mengulas cadangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak mengetuai negara ini yang dibuat veteran DAP itu. Antara yang dicadangkan Lim Kit Siang pada Ahad ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak. Manakala dari Sabah pula membabi...

PAS Saja Terhegeh Hegeh.....PAS dipermainkan pula PKR dan DAP Sabah

Image
PAS terus dipermainkan rakan parti komponen dalam pakatan pembangkang pada ketika parti itu dalam mesyuaratnya membuat keputusan untuk kekal dalam perikatan rapuh itu. Terbaru, PKR dan DAP Sabah bertindak memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri lantaran tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang mahu dibentangkan PAS Kelantan di parlimen. PAKATAN BARUalam sidang media bersama DAP Sabah, Ketua PKR negeri, Datuk Lajim Ukin berkata, beliau sebagai orang Islam menerima hukum hudud namun tidak nampak keperluan melaksanakan undang-undang itu buat masa ini. “Kami telah mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa sebelum mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS Sabah,” katanya ditemani Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong. Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin PAS Sabah serta hanya membabitkan hubungan politik dengan PAS S...

Padan Mukanya....Editor The Malaysian Insider ditahan Akta Hasutan

Image
 Polis menahan tiga editor kanan portal The Malaysian Insider, (TMI) di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, petang tadi. Tangkapan jam 5.45 petang oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman turut disertai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, (SKMM) dilakukan di pejabat The Edge Communications Sdn Bhd di Mutiara Damansara. TMI fitnahMereka yang ditahan ialah Lionel Andrew Morais anak lelaki M. Peter Percy, (Editor TMI Bahasa Inggeris), Amin Shah Iskandar, (Editor TMI Bahasa Melayu) dan Zulkifli Sulong, (Editor/Wartawan TMI). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu. “Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong ditahan pada jam 5.45 petang mengikut Akta Hasutan 1948. “Komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas,” katanya. Penahanan mereka dibuat susulan penyiaran berita penolakan hudud oleh Majlis Raja-Raja (MRR) namun kemudiannya dinafikan MRR sekaligus menyebabkan pelbagai p...

Pembangkang Goyang sehingga Buat Unsul Di Dewan Rakyat Untuk Pecat KPN

Image
KUALA LUMPUR 30 Mac - Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar memecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dibawa oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) berikutan kebimbangan wujudnya penyalahgunaan Akta Hasutan. Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam kamar beliau hari ini. Dalam kenyataan keputusan itu, Pandikar berkata, tindakan Khalid adalah di bawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. "Saya telah meneliti perkara yang dibangkitkan oleh yang Berhormat (MP Bayan Baru)  dan mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh Ketua Polis Negara adalah dibawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi maksud keselamatan negara dan ketenteraman awam. "Oleh yang demikian, perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya. Tze Tzin pada Rabu telah mengemukakan usul menggesa Khalid dipecat kerana didakwa men...

5000 Penduduk Tempatan Sambut Najib Lawat Rumah Panjang

Image
BINTULU 30 Mac - Lebih 5,000 penduduk setempat menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Rumah Panjang Henry Nuni Plen di Sungai Gelam, Hulu Sebauh, di sini, sebentar tadi sebagai sebahagian lawatan kerja dua hari ke wilayah utara negeri ini. Ia mencipta sejarah tersendiri bagi penghuni rumah panjang 53 pintu ini kerana kali kedua dikunjungi pemimpin tertinggi negara selepas dilawati Perdana Menteri ketiga, Tun Hussien Onn pada 1979. Bersempena lawatannya ke rumah panjang itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat turut mengambil peluang beramah mesra dengan rakyat yang setia menantinya di bawah panas terik. Malah, beliau turut melancarkan Sistem Pemadam Kebakaran Rumah Panjang yang disediakan badan bukan kerajaan (NGO), IM Sarawak yang menggunakan air sungai bagi kemudahan penduduk setempat. Najib mempunyai jadual padat sempena lawatan kerja kali ini, khusus bagi meninjau perkembangan projek pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi ...

AZMIN POLITIKKAN ISU AIR - BAGINDA SULTAN SELANGOR MURKA !!!BEBAL PR NI...NAK POLITIK 24 JAM

Image
Dek kerana terlalu rakus dan kemaruk sangat nak berpolitik membuatkan Si Azmin Ali ni lupa pada tanggungjawab dia sebagai seorang Menteri Besar kepada rakyat Selangor. Rata2 rakyat Selangor melihat tindakan Si Azmin tu yang telah membatalkan perjanjian pembekalan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan adalah untuk memenuhi kemahuan Politik dirinya semata2. Hanya kerana dia nak tunjukkan keegoan dan kesombongan dirinya yg mempunyai kuasa, Si Azmin tu sanggup mengenepikan kebajikan rakyat demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Mungkin tujuan Si Azmin tu membatalkan perjanjian tersebut adalah untuk membuat desakan supaya pihak Kerajaan Pusat datang sembah kaki dia bagi menyelesaikan isu tersebut. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu memang tidak mengutamakan kebajikan rakyat yg semakin dihimpit dengan masalah bekalan air yg kronik di Negeri Selangor sendiri. Punya la Si Azmin tu tak sedar diri sampai isu itu pun terpaksa ditegur secara terbuka oleh KDYMM Tua...

Buruknya Perangai MP PR Ni.....Dewan Rakyat: Usul Hadkan Kuasa KPN Ditolak

Image
KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk menghalang tugas polis menjalankan siasatan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan tidak kesampaian apabila Dewan Rakyat menolak usul supaya kuasa Ketua Polis Negara dihadkan. Menggunakan alasan bahawa kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tertakluk kepada perintah Parlimen, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mahu wakil rakyat pembangkang dibenarkan hadir persidangan Dewan Rakyat walaupun disiasat pihak berkuasa. “Saya ingin memohon supaya majlis mesyuarat ini mengarahkan Ketua Polis Negara supaya jangan menahan lebih lama daripada tempoh yang munasabah. “Kami tidak melarang sebarang tangkapan ikut undang-undang, tapi janganlah apabila didakwa kerana berhimpun tanpa permit, ia dijadikan alasan seolah-olah satu jenayah yang serius, macam membunuh atau melakukan rasuah,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin. Guan Eng sebelum itu membangkitkan usul yang diluluskan Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara supaya menjaga jalan-jalan dan...

Bersukan Atau Nak Berpolitik!!!! Slogan 'Kita Lawan' Kontinjen Sukma Selangor Cetus Kontroversi

Image
PETALING JAYA: Kontroversi #KitaLawan memasuki fasa baharu apabila kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan slogan tersebut di kalangan atletnya yang akan beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma 2016) di Sarawak. Slogan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari selepas mempengerusikan mesyuarat dengan persatuan sukan di negeri itu pada Jumaat. Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Datuk Yeoh Choo Hock tidak bersetuju dengan penggunaan slogan tersebut. Beliau menegaskan sukan tidak patut dicampur-adukkan dengan politik. "Mereka (kerajaan Selangor) perlu memberikan perhatian lebih tinggi kepada semangat sukan dan tindakan cuba melibatkan lebih ramai atlet muda dalam perjuangan politik mereka adalah tidak wajar," katanya. Chef-de-Mission Malaysia untuk Sukan Komanwel New Delho 2010, Tan Sri Abdul Halil Mutalib berkata adalah jelas slogan tersebut berbaur politik. ...

SUKAN PUN DIORANG NAK JADIKAN BAHAN POLITIK!!!BENGONGNYA KERAJAAN SELANGOR

Image
Inilah masalahnya bila sesebuah parti tu ada pemimpin - pemimpin yang sering kali mengamalkan 'Politik Longkang' untuk memenuhi agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Punya la taksub dengan pemimpin tertentu sehingga semua benda pun nak dijadikan bahan Politik Sempit bagi mengheret rakyat untuk turut serta. Bahkan sukan pun nak dijadikan medan berpolitik. Perkara - perkara seumpama inilah yang membuatkan rakyat semakin hari semakin muak melihat kerenah pemimpin - pemimpin yang hanya sekadar mementingkan diri mereka sendiri. Hari ini, seorang pemimpin Rejim Pakatan Selangor buat pengumuman untuk tetap menggunakan slogan #KitaLawan sebagai 'tagline' pasukan Sukan Malaysia Selangor (SUKMA). Alasan yang diberikan, tagline itu katanya mampu untuk menaikkan semangat dikalangan para atlet yang bertanding untuk pasukan sukan tersebut dalam temasya sukan diperingkat Kebangsaan.

THE MALAYSIAN INSIDER DISIASAT SKMM DAN PDRM..

Image
MAJLIS RAJA-RAJA JUGA TAK LEPAS DARI DIJADIKAN BAHAN FITNAH OLEH PUAK PEMBANGKANG..AMBIL HABUAN..JANGAN PRASAN KAMU KEBAL DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG. KUALA LUMPUR 29 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat The Malaysian Insider berhubung laporan-laporan yang disiarkan dalam portal propembangkang itu. Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abdul Rahman berkata, siasatan itu termasuk laporan kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Menurutnya, siasatan itu dilakukan selepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis menafikan perkara itu, sementara banyak pihak turut mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap portal propembangkang tersebut. “SKMM dan polis (PDRM) telah bekerjasama menyiasat The Malaysian Insider selepas laporan polis dibuat selain meneliti laporan-laporan mengenainya di akhba...

Guling Hadi: Belum ada aduan dibuat babitkan Mat Sabu...Akhirnya Senyap Begitu Saja Lah

Image
SHAH ALAM: Timbalan Presiden, Mohamad Sabu tidak akan disiasat jawatankuasa siasatan khas buat masa ini berhubung dakwaan mendalangi komplot  menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata ini kerana sehingga kini tiada aduan dibuat membabitkan Mohamad Sabu, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. "Sebenarnya untuk kita siasat itu kena ada aduan dahulu.. kita tahu isu Mat Sabu itu hanya dalam audio saja, tak sampai kepada kita..Kita tak siasat "Kena ada aduan rasmi.. kalau kita dengar dari mana-mana saja, itu bukan kes. Kalau nak minta siasat atau ambil tindakan, kena ada aduan," katanya kepada Antarapos. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pengendali laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab membuat pendedahan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mat Sabu yang sedang memberikan taklimat berkenaan usaha menasbotaj Hadi. Usin Ceroi itu turu...

Kejayaan Demo Semalam Hanya Satu – Menyusahkan Orang

Image
Kuala Lumpur, terutama di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, adalah harinya rakyat membanjiri kompleks-kompleks membeli belah untuk berbelanja, maklum, 25hb ramai orang dah dapat gaji terutama yang kerja kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan. Kompleks membeli belah pun, ambik kesempatan tawar potongan mega mencecah 70%, seperti di Sogo – sekalipun barang yang diskaun 70% tu, siapa pun tak minat nak beli (sebaliknya, New Arrival disebelah), tapi itulah strategi pemasaran namanya. Pendek kata, semalam sepatutnya hari yang ideal untuk berurus niaga. Rakyat pun boleh rileks bersama keluarga setelah 5 hari bekerja. Tapi, itu jugalah masanya yang dipilih Pakatan untuk berdemo, lalu atas jalan raya sehingga menyusahkan rakyat, termasuk warga asing yang berkerja di negara ini. Demo semalam, dari segala segi yang pembangkang harapkan, adalah satu kegagalan kerana sudahlah jumlah peserta begitu kurang, matlamat kenapa demo diadakan pun, tak satu yang tercapai. Najib masih Perdana...

Kenapa salahkan UMNO?

Image
Memualkan apabila membaca kenyataan sesetengah pemimpin Pas khususnya daripada golo­ngan Anwarinas yang mengaitkan perbalahan politik antara parti itu dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mempunyai kaitan dengan UMNO. Masalah yang berlaku sekarang ialah penentangan keras DAP yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap usaha Pas untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dipinda untuk diselaraskan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan. UMNO tidak pernah menghalang hasrat Pas untuk berbuat demikian ia dibuktikan di peringkat DUN Kelantan. Wakil rakyat UMNO memberi sokongan sebulat suara kepada enakmen tersebut manakala di peringkat pusat, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat. Puak yang menghalang dan menentang hasrat Pas bukannya UMNO tetapi kawan baik Pas iaitu DAP. Pemimpin yang men...

MB negeri sembilan sekolahkan adun PKR....

Sila sebarka agar rakyat tahu siapa adun PKR negeri sembilan.....

PERANGAI MUNAFIK BANDUAN KETUM MAKIN MENJADI-JADI...

Image
KENYATAAN MEDIA 1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri. Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan! Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut! 2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi; 3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak; 4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas insti...

Inilah wajah dua wakil rakyat dun simpang pulai dan adun teja

Image
Mereka ini bergelut membelasah penguatkuasa DBKL malam semalam Mereka akan didakwa isnin ini kerana cuba menjadi samseng membelasah orang DBKL dalam laporanya untuk menurunkan kain rentang perhimpunan haram Di sekitar dataran merdeka Susulan itu polis menahan enam aktivis termasuk dua wakil rakyat simpang Pulai Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang

SETELAH CABARAN DISAMBUT KETUA POLIS NEGARA DAN PDRM, PARA PEMIMPIN PKR DAN PAKATAN MULA GOYANG

Image
 Apa-apa pun, TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA kerana melaksanakan kedaulatan undang-undang dengan penangkapan-penangkapan golongan pencetus kekarutan, kekalutan dan huru-hara di negara ini menerusi hasutan dan tohmah fitnah mereka.

Video Tian Chua Kena Tangkap....Padan Mukanya

Image

Orang Melayu jangan tertipu dengan puak puak DAPIG.....

Image
Jelas agenda jahat pemimpin-pemimpin DAP untuk melaga-lagakan Melayu. Mereka tahu Cina DAP tidak boleh menjatuhkan Melayu. Apabila Melayu sama Melayu berpecah belah barulah Cina DAP boleh 'pecah dan perintah' dengan selesa. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sememangnya seorang cauvinist dan tebal sikap keCinaannya. Ada sebab sekiranya poster di laman sosial Facebooknya bertulis dengan tulisan Melayu. Sekiranya beliau ingin menyampaikan mesej kepada bangsannya, beliau akan menulis Mandarin/Kantonis di postingnya. Gambar pertama adalah gambar pertemuan tidak rasmi Datuk Dr Harun Din sebelum beliau bergelar Mursyidul Am PAS bersama-sama Datuk Nasaruddin Mat Isa dan DS Jamil Khir Baharom. Gambar lama ini disensasikan kembali bertujuan untuk melaga-lagakan Melayu UMNO-PAS. Gambar kedua pula adalah gambar wanita Melayu yang biadap dan kurang ajar mengherdik anggota Melayu Polis Di Raja Malaysia. Perempuan Melayu murhan ini yang diangkat sebagai hero oleh Cina DAP ini. Nga ...

INILAH PR OTAKNYA....RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA, RUMAH KENA MASUK PENCURI PANGGIL POLIS.

Image
Walaupun pihak polis sering dikatakan sebagai alat politik kerajaan. Jika berlaku kejadian jenayah, pihak polis seringkali sedia membantu tak kira anda penyokong parti politik mana. Jadi jangan la hanya tahu menghentam anggota keselamatan membuta tuli. Mereka hanya menguatkuasakan undang-undang yang anda sendiri atau wakil rakyat ada yang meluluskan undang- undang di parlimen. Hidup ini ada naik turun. Jenayah pula tidak memilih sesiapa.

Ustaz pas pun pandai buat fitnah ke?

Image
BONGKAR FITNAH MESEJ : Pembangkang cuba mengaitkan dengan GST kononnya Kerajaan Negeri Terengganu memberi RM500 kepada semua rakyat Terengganu sempena pengumuman GST. PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA.

Panasss!!! Mustafa Ali pekak, PAS Pusat lembab, dakwa Usin Ceroi

Image
SHAH ALAM: Pengendali laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab mendedahkan terdapat komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjatuhkan kepimpinan ulama hari ini menegur PAS Pusat kerana 'lembab' dalam menjalankan siasatan. Usin Ceroi sebelum ini menggejutkan ahli dan pemimpin PAS apabila mendedahkan sebuah rakaman audio yang mengandungi suara seakan mirip Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat berkaitan usaha menggulingkan Hadi. Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan bahawa Mohamad Sabu akan disiasat. Namun sehingga kini, Mohamad belum dipanggil untuk siasatan meskipun bukti audio itu sudahpun diserahkan kepada jawatankuasa siasatan. Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim menolak menolak keanggotaan jawatankuasa berkenaan. Katanya, keanggotaan jawatankuasa siasatan itu tidak telus berikutan turut dianggotai oleh individu yang disyakki te...

KitaLawan: Polis Serbu Pejabat PKR

Image
PETALING JAYA: Enam anggota polis menyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada petang Ahad dipercayai bagi mengambil barang bukti berkaitan perhimpunan haram #KitaLawan. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mendakwa anggota polis berkenaan memecah masuk pintu pejabat Setiausaha Agungnya, Mohd Rafizi Ramli. Ketika serbuan, Rafizi yang direman sejak Jumaat lalu untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan 1948 turut dibawa ke lokasi ditemani peguam dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan. Dakwa Fahmi, antara barang yang dirampas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu ialah empat komputer, sepucuk surat pekeliling berkaitan perhimpunan #KitaLawan serta kenyataan media berhubung perhimpunan yang sama.

Akibat melulu dalam membuat perbandingan.. Last2 yang terserlah hanya BANGANG!!!

Image
Inilah masalahnya jika jadi juru cakap DAP sehingga tak boleh pikir....