Guling Hadi: Belum ada aduan dibuat babitkan Mat Sabu...Akhirnya Senyap Begitu Saja Lah

SHAH ALAM: Timbalan Presiden, Mohamad Sabu tidak akan disiasat jawatankuasa siasatan khas buat masa ini berhubung dakwaan mendalangi komplot  menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata ini kerana sehingga kini tiada aduan dibuat membabitkan Mohamad Sabu, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu.

"Sebenarnya untuk kita siasat itu kena ada aduan dahulu.. kita tahu isu Mat Sabu itu hanya dalam audio saja, tak sampai kepada kita..Kita tak siasat

"Kena ada aduan rasmi.. kalau kita dengar dari mana-mana saja, itu bukan kes. Kalau nak minta siasat atau ambil tindakan, kena ada aduan," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pengendali laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab membuat pendedahan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mat Sabu yang sedang memberikan taklimat berkenaan usaha menasbotaj Hadi.

Usin Ceroi itu turut menyifatkan PAS Pusat sebagai 'lembap dalam membuat siasatan' dan 'memekakkan telinga' terhadap pendedahan audio berkenaan.

Tambah Mahfodz, jawatankuasa siasatan buat masa ini sedang melakukan penyiasatan terhadap kumpulan pemimpin 'Hawaii Five o' yang dikatakan sebagai dalang menggulingkan Hadi, seperti yang didedahkan dan diadukan oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim.

Noorzazilafadli pada pertengahan Februari lalu mengadakan demonstrasi aman di Ibu Pejabat PAS Pusat bagi mengemukakan memorandum dan mendedahkan kewujudan kumpulan Hawaii Five O, yang didakwa dalang kepada komplot menjatuhkan pemimpin ulama itu.

Dalam demonstrasi tersebut, Noorzazilafadli juga mengemukakan akuan bersumpah (SD) dan imej paparan skrin (screenshot) perbualan kumpulan berkenaan daripada aplikasi Whatsapp, sebagai bukti untuk menyokong dakwaannya.  

Agak mengejutkan, lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat didedahkan sebagai ahli kumpulan Hawaii Five O itu, ujar Noorzazilafadli.

Mengulas kenyataan Noorzazilafadli yang menolak jawatankuasa siasatan kerana mendakwa sebahagian panelnya terdiri daripada ahli hawaii Five O, Mahfodz berkata, ia bergantung kepada AJK PAS Pusat untuk melihat kritikan berkenaan.

"Itu hak dia lah (nak buat kenyataan).

"Kita pun tak mahu nak apa-apa, jadi kita serahkan kepada AJK PAS Pusat sama ada kritikan itu dikira atau diterima. Saya ini hanya penyiasat, jadi kita bukan keputusan nak terima atau tak pandangan dia," ujarnya lagi.    

Jelas mahfodz lagi, siasatan berhubung isu berkenaan akan mengambil masa, sebelum ia akan dirumuskan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin untuk sebarang tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana