Selamatkan Malaysia : Ku Li bidas Kit Siang
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membidas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhubung cadangan ‘Selamatkan Malaysia’ menerusi pembentukan kerajaan baharu hasil gabungan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang dicadangkannya.
Ku LiBeliau yang juga mesra dipanggil Ku Li berkata, cadangan Lim itu bersifat peribadi dan kabur malah veteran DAP itu tiada hak untuk menentukan individu yang layak mengetuai negara ini.
“Itu cadangan beliau, saya sendiri tidak berapa jelas.
“Beliau boleh cadang seribu namapun tidak ada apa, tapi akhirnya rakyat yang akan menentukan,” katanya mengulas cadangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak mengetuai negara ini yang dibuat veteran DAP itu.
Antara yang dicadangkan Lim Kit Siang pada Ahad ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak.
Manakala dari Sabah pula membabitkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Comments