Padan Mukanya....Berlagak Sangat Nak Sokongan Terbuka Lah Kononnya
PETALING JAYA: Polis telah menahan penerbit akhbar mingguan bisnes, The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.
The Malaysian Insider kini adalah portal berita milik The Edge.
Menurut portal berita itu, Jahabar dan Ho ditahan Selasa pagi di Balai Polis Dang Wangi ekoran satu artikel yang diterbitkan minggu lalu.
Semalam (Isnin), polis telah menahan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais, Pengarang Bahasa Malaysianya, Zulkifli Sulong yang juga bekas pengarang Harakah serta Pengarang Berita, Amin Iskandar.
Portal berita itu telah memuat naikkan satu artikel yang menyebut bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak pelaksanaan Hukum Hudud ketika persidangan pada 11 Mac lalu.
Artikel tersebut memetik sumber-sumber dalaman sebagai berkata.
Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad telah membuat penafian berhubung perkara tersebut dan membuat laporan polis, Khamis lalu.

Comments