Pengguna Membeli-Belah Di Saat Akhir Elak GST...Nampak Sangat Tak Tahu Langsung Tentang GST

PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa tengah malam ini menyebabkan ramai pengguna membeli-belah di saat akhir sejak beberapa hari lalu untuk mengelakkan barangan yang dibeli dikenakan cukai baharu itu.

Walaupun sering diingatkan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, pusat membeli-belah, pusat digital dan kedai runcit dibanjiri ribuan pengguna pada cuti hujung minggu.
Beberapa peruncit telefon pintar di George Town, Pulau Pinang berkata merek kehabisan stok model popular kerana pelanggan membeli produk tersebut untuk mengelak daripada dikenakan GST.

Peruncit tersebut berkata mereka mula mengambil tempahan sekarang sekiranya ada pelanggan yang sanggup membuat bayaran pendahuluan untuk produk berkenaan sebelum 1 April.

Mereka hanya perlu membayar mengikut harga semasa (tiada GST) apabila stok tersebut sampai nanti.

Di Digital Mall di sini, peruncit berkata ramai pelanggan membeli telefon dan peranti lain pada hujung minggu menyebabkan pusat digital itu dibuka sehingga lewat malam.

Waktu perniagaan biasa adalah pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Malah, ahli farmasi melaporkan berlaku peningkatan dari segi kehadiran pelanggan.

Orang ramai mula membeli stok suplemen kesihatan dan ubat-ubatan terutama mereka yang menghidap penyakit jangka masa panjang.

Keadaan di beberapa pasar raya menyaksikan barisan panjang di kaunter pembayaran.

Malah mereka menjangkakan terdapat pelanggan yang akan marah berikutan keliru mengenai harga baharu selepas pelaksanaan GST pada Rabu.

Seorang peniaga di Johor Baru cuba menyediakan pelanggan dengan meletakkan harga sebelum dan selepas GST sejak beberapa bulan lalu selain mengedarkan risalah mengenainya.

Namun sebagai langkah keselamatan, pengawal keselamatan ditempatkan untuk memantau sekiranya terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati.

Pada Isnin, kemudahan troli berkurangan di beberapa pasar raya kerana ramai pengguna membeli-belah di saat akhir.

Seorang pembeli berkata orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkan troli.
Beberapa pemilik restoran juga bimbang untuk berhadapan dengan pelanggan yang tidak berpuas hati dan mungkin enggan membayar bil makanan mereka.

Mereka berkata takut untuk menggenakan GST kepada pelanggan kerana pernah berhadapan insiden pelanggan bertindak ganas apabila cukai jualan dilaksanakan pada tahun lalu.

Sebuah aplikasi telefon mudah alih yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Aplikasi 'MyKira GST' hanya boleh dimuat turun secara percuma untuk mereka yang menggunakan sistem Android.

Dari sudut positif, peruncit besar berkata mereka bersedia untuk melaksanakan GST.

Sepanduk dan papan tanda menjelaskan mengenai GST dan barangan sifar GST telah dipasang.

Sesetengah peniaga berkata mereka berharap tidak akan dikenakan penalti bagi kesilapan awal yang mereka lakukan berkaitan GST.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL