Itu Hari Bukan Main Sombong Tunjuk POwer!!!! Isu Air : Azmin Ingin Jumpa Najib Secepat Mungkin

SHAH ALAM 30 Mac - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai penyelesaian isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor sekembalinya Najib dari Sabah.

Menurut Azmin beliau akan berusaha mendapatkan tarikh yang paling awal untuk bertemu Najib secepat mungkin.

“Saya difahamkan beliau (Najib) berada di Sabah dan sekembalinya (beliau) saya akan tetapkan secepat mungkin, kerana peringkat pegawai kita telah pun adakan perbincangan pada Isnin lalu.

“Dan saya juga ingin menyusul dengan pertemuan dengan Menteri sendiri supaya perkara ini dapat dimuktamadkan segera,” kata Azmin merujuk kepada hajatnya untuk bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam ikhtiarnya menyelesaikan isu air dalam waktu terdekat.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada akan bertemu Perdana Menteri, bagi melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini yang mahu isu berkenaan diselesaikan segera dan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Ini juga menjadi prinsip kita semua supaya semua perjanjian yang telah ditandatangani mesti dihormati oleh kedua-dua belah pihak dan jangan dipolitikkan kerana ianya adalah untuk kepentingan pengguna dan rakyat Negeri Selangor,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Bukit Antarabangsa itu.

Kata Azmin lagi, beliau komited untuk segera menyelesaikan isu berkenaan dengan syarat Kerajaan Pusat juga turut sama mengenepikan soal politik dalam menanganinya.

“Ini juga merupakan komitmen Kerajaan Negeri (Selangor).

“Saya juga telah nyatakan berulang kali, kami komited untuk memuktamadkan perjanjian utama industri air di negeri Selangor dengan syarat Kerajaan Persekutuan tidak terganjak dari segi semangat dan prinsip dalam terma perjanjian utama yang telah ditandatangani,” tegas Azmin.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai majlis pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Kali ke- 13, Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana