Bersukan Atau Nak Berpolitik!!!! Slogan 'Kita Lawan' Kontinjen Sukma Selangor Cetus Kontroversi
PETALING JAYA: Kontroversi #KitaLawan memasuki fasa baharu apabila kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan slogan tersebut di kalangan atletnya yang akan beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma 2016) di Sarawak.
Slogan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari selepas mempengerusikan mesyuarat dengan persatuan sukan di negeri itu pada Jumaat.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Datuk Yeoh Choo Hock tidak bersetuju dengan penggunaan slogan tersebut.
Beliau menegaskan sukan tidak patut dicampur-adukkan dengan politik.
"Mereka (kerajaan Selangor) perlu memberikan perhatian lebih tinggi kepada semangat sukan dan tindakan cuba melibatkan lebih ramai atlet muda dalam perjuangan politik mereka adalah tidak wajar," katanya.
Chef-de-Mission Malaysia untuk Sukan Komanwel New Delho 2010, Tan Sri Abdul Halil Mutalib berkata adalah jelas slogan tersebut berbaur politik.
"Suka atau tidak, apabila anda meletakkan apa-apa konotasi, orang ramai akan melihat ia sebagai (sesuatu) politik," katanya.
Bekas Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Zafarul Akbar Kassim berkata sukan perlu dijadikan platform untuk memupuk nilai-nilai positif.
Katanya, Majlis Sukan Negeri Selangor tidak layak untuk memimpin kontinjen Selangor dalam temasya Sukma, salah satu acara sukan terbesar di negara ini.
Atlet gimnas elit kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi turut menyatakan kekecewaannya dengan berkata ia satu penghinaan terhadap Selangor untuk melibatkan atlet muda dalam pertelagahan politik.
"Atlet gimnas bertanding dalam Sukma seawal usia 12 tahun dan adalah tidak adil untuk memanipulasi mereka dalam sebarang motif politik," katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman menggesa tindakan diambil terhadap Majlis Sukan Negeri Selangor.
"Ia melampau. Tindakan itu menunjukkan Selangor begitu terdesak. Mereka sepatutnya menjaga kebajikan rakyat.
"Secara tidak langsung, mereka mendidik generasi muda untuk memberontak dan saya berharap Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Comments