Posts

Showing posts from July, 2013

Dr Asri: Ada pengikut Syiah dalam PAS tapi bukan perkara baru

Image
SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui terdapat pengikut-pengikut Syiah di kalangan pemimpin PAS.Malah katanya, perkara itu  tidak dinafikan oleh pemimpin parti itu sendiri."Saya difahamkan oleh kawan-kawan dalam PAS, Syiah antara perkara yang ada di dalam PAS dan mereka tidak menafikannya. "Mereka memaklumkan kepada supaya ada tindakan tegas untuk mengikis kewujudan Syiah dalam PAS, sebab isu Syiah dalam PAS bukan isu baru," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.Walaubagaimanapun, Menurut Asri, beliau tidak menolak isu ini sengaja diperbesar-besarkan sejak kebelakangan ini sebagai propaganda politik akibat kekeringan isu."Mungkin kalau mereka kata ada tak pihak mengambil kesempatan untuk menjadikan ia isu politik? Kemungkinnya ada dan berasas. "Oleh kerana 'point' ada, maka orang ambil kesempatan. Tapi apa yang boleh kita simpulkan, Syiah adalah satu masalah dalam negara... "(...

Terkini !! Foto Suspek Pembunuh Pengasas AMBANK !! Sebarkan !

Image
Lelaki ini dikenali sebagai nama Sei Ngan Chai. Hubungi Balai Polis Berdekatan Jika punyai maklumat lelaki ini. Sila sebarkan..

Pelatih Anjing Ditahan Isu Video Hina Islam...Rasakan Kan Lah

Image
PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan. Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan. Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing. Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin. Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seo...

Dr Yusri kesal PAS anggap isu Syiah propaganda Umno...Masyallah PAS Ni...BAik Cermin Muka Lah

Image
SHAH ALAM: Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno. Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya. "Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS. "Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau. "Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini ...

Suspek Di KEsan....Polis buru Sei Ngan Chai suspek bunuh Hussain Najadi

Image
KUALA LUMPUR: Polis hari ini telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di ibu negara. Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek. Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun yang memandu sebuah teksi yang membantu penembak itu melarikan dirinya. Pada kejadian Isnin lalu, Hussain, 75, ditembak mati manakala  isterinya Chong Mei KuenChong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon. Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Saya tidak hina Islam, kata pelatih anjing...Ada Otak Tak NAk Berfikir...Lu Buat Lu Tanggung Sendiri

Image
SHAH ALAM: Wanita yang dipaparkan menyambut Hari Raya dengan anjingnya dalam video bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' menafikan dakwaan beliau menghina Islam. Sebaliknya, menurut Maznah Mohd Yusof, 38 yang dipetik portal mesra pembangkang Malaysiakini, pihak yang membidasnya sebenarnya yang memburukkan imej Islam. "Saya cintakan agama saya. Saya berpendapat mereka yang membidas saya perlu mempelajari tentang Islam terlebih dahulu dan tidak menyalahtafsirkan video saya, yang  dibuat tiga tahun lalu. "Islam telah mengajar saya tentang kepentingan kebersihan... maka ini mengapa dalam video, saya membersihkan diri saya dan anjing saya," katanya yang dipetik portal itu. Malaysiakini juga mendakwa Maznah seorang pelatih anjing kesal bahawa imam masjid di kawasan itu juga membidas dirinya. "Sebagai pemimpin agama,apakah dia tidak tahu tentang undang-undang Islam? Setakat yang saya tahu, agama saya tidak melarang saya daripada memelihara atau menjaga anjing,...

‘Jangan Beritahu Suami Saya’ Rayu Wanita Dicekup Khalwat

Image
GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin. Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin. Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh. Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusi...

Gambar Seorang Lagi Ditembak Di Perak...Semakin Menjadi Jadi Nampaknya

Image
PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.  Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut. Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal. Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

Jangan salahkan pengundi'....itu pemimpinan PR

Image
Kuala Lumpur: Kepemimpinan UMNO dan pengundi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut semalam menolak kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya kemiskinan dan kesibukan mencari rezeki menyebabkan mereka menolak Islam. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, menegaskan pengundi tidak boleh dipersalahkan kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu lalu berikutan matlamat mereka inginkan parti sentiasa mengambil berat dan membantu menyelesaikan masalah mereka. “Pengundi yang kebanyakannya nelayan dan bekerja sendiri mahukan kerajaan stabil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Tindakan mereka memberi kemenangan kepada BN amat tepat. Nik Aziz tidak sepatutnya menuduh mereka lalai dan mengetepikan tanggungjawab kepada agama kerana memberi kemenangan kepada BN.  Ulas kenyataan “Tanyalah kepada pemimpin PAS di negeri ini apakah kesilapan mereka ketika diberi mandat memerintah negeri ini empat tahun tetapi rakyat berpalin...

Siasatan SPR dapati propaganda 40,000 Bangladesh undi PRU13 adalah pembohongan

Image
Inilah dikatakan cakap tak serupa bikin bila buat kenyataan kepada pengikutnya supaya rakyat tak berpuashati pada kerajaan pusat.apabila spr buat siasatan itu hanya propanganda PR.....HENTIKAN SEMUA ITU.KALAH BUAT CARA KALAH

Hussain Najadi dibunuh kerana wang RM300,000..?

Image
Pembunuhan pengasas Bank Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur. Sumber memberitahu sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan. “Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. “Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya. Tambah beliau, beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa. Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35  ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertem...

Tiz Zaqyah Dedahkan Kekasih Ke Dunia Hiburan

Image
KUALA LUMPUR: Pelakon Tiz Zaqyah mahu kekasihnya, Daniel Haziq, faham selok-belok dunia hiburan agar tidak timbul rasa curiga dengan membawanya ke majlis-majlis tertentu. Tiz, 25, berkata, dia mahu kekasihnya itu dapat melihat bagaimana kehidupan golongan artis selain bersedia untuk berhadapan dengan teman-teman media dan juga peminat. "Ya, saya ada bawa dia ke beberapa majlis hiburan salah satunya adalah kerana untuk beri pendedahan bagaimana situasi saya bekerja. "Tapi dia agak pemalu sedikit dan tidak mahu di temu ramah atau diambil gambar bersama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita, di sini, Selasa.Dalam pada itu, jelas Tiz, mereka masih belum merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut. "Kami belum fikir lagi untuk bertunang atau berkahwin, buat masa sekarang kami masih lagi berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. "Tetapi setiap perhubungan sudah tentu ada perancangan ke ar...

BILA ORDINAN DARURAT HAPUS , AKIBARNYA JENAYAH BERAT SEMAKIN MENINGKAT !

Image
Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju. "Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi. Semalam, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas ke...

Isu Ditangkap Tidak Puasa Tak Jejaskan Lana Nordin

Image
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil. "Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata. "Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya. "Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya kepada mStar Online. Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan te...

Chetz Yusof Pembikin Video Klip Raya Bersama Anjing Tiada Niat Hina Islam. Melayu Yang Terlebih Sensitif Katanya

Image
KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya. “Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan. “Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.Chetz turut menyata...

BACA SAMPAI HABIS, BODOHNYA KITA SELAMA INI, BUTA BUTA/SIANG SIANG KENA TIPU....

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!... Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita. 1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenar...

GEMPAR!!! Rakan Sendiri Suspek Penembak Pengerusi MyWatch?

Image
Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri. Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan. Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya. Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat. Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. P ~ The Malaysian Insider

PAK IBHARIM DIDAKWA ADA MUSLIHAT DENGAN UTUSAN???

Image
 Berikut kenyataan dari seorang penyokong tegar PAS mengenai kenyataan yang dibuat oleh Pak Ibharim dalam akhbar Utusan: Ternyata, pemimpin Pakatan Haramjadah ni sebenarnya hanya retorik dan bersikap munafik. Suruh ahli jangan percaya dengan Utusan.

Pelik! Kenapa LKS & LGE beriya-iya pertahan The New Villages?

Image
Pelik! Kenapa Lim Kit Siang anak beranak beriya-iya benar duk pertahan filem The New Villages? Dan kenapa dua Cinabeng ini jugaklah yang bermati-matian protes filem Tanda Putra? Apakah ia bermakna semangat komunisme masih menebal dalam otak fikiran, hati dan jiwa kedua-dua beranak ini? Umum mengetahui LKS terlibat secara langsung dalam Peristiwa 13 Mei, iaitu rusuhan kaum terbesar di Malaya sejurus pilihan raya umum pada 1969. Dalam filem Tanda Putra ada digambarkan peristiwa berkenaan. Dan atas sebab itulah LKS beriya-iya benar mahu filem arahan Shuhaimi Baba ini tidak ditayangkan. Agaknya takut generasi muda sekarang sedar bahawa Cinabeng-cinabeng inilah dahulunya duk "sembelih" Melayu dan halau orang Melayu dari Kuala Lumpur. Tapi peliknya, sekarang ini LKS dan LGE beriya-iya pula mempertahankan filem TNV. Apa istimewa sangat filem ini sehinggakan kedua-dua beranak Cinabeng ini mempertahankannya? Apakah ia membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa filem itu mempunyai se...

Siasat Di Bawah Akta Hasutan !! Noh omar

Image
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini melawat SK Seri Pristana berikutan isu makan dalam tandas yang cuba di politikkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di luar sana sehinggakan hampir menimbulkan ketegangan antara kaum. Noh berkata, isu di SK Seri Pristana sudah selesai dan tidak ada isu perkauman. Tindakan PIBG dan sekolah adalah betul. Ikhtibarnya , inilah kesan media sosial mudah pengaruhi rakyat dan mudah mendapat perhatian masyarakat oleh itu guru-guru perlu berhati-hati. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar kerana telah bertugas dengan baik. Noh berkata ibu bapa yang memuat naik gambar di laman media sosial sebelum ini baru seminggu menghantar anaknya ke sekolah tersebut tanpa mengetahui sejarah sekolah menyebabkan ia menjadi isu sensitif sedangkan sejak Mac bilik berkenaan telah digunakan oleh semua kaum. Beliau berkata guru besar mendapat uguta...

Bunuh:PM minta polis tindak segera pulihkan keyakinan rakyat

Image
Kejadian bunuh guna senjatapi di lampu-lampu isyarat dan tempat-tempat lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini turut mencetuskan kebimbangan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Terbaru Isnin,Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur. Perdana menteri turut melahirkan kebimbangan berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini berkata kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara.     Menjawab soalan mengenai isu berkenaan semasa sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya tengahari Selasa,Najib berkata kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk mena...

Buku Teks Unsur Syiah....?

Image
Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menggesa supaya kerajaan mengkaji semula sejarah Islam yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam rendah dan menengah yang didakwa mempunyai kecenderungan ke arah fahaman Syiah. Pengerusinya, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ada silibus pengajian yang menggambarkan seolah-olah para sahabat nabi terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman.

Jangan salahkan polis kes tembak tinggi

Image
PUTRAJAYA - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju. "Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi. Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta sele...

Najib ikrar bantu apa saja bagi polis perangi jenayah berat

Image
PUTRAJAYA:  Kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja  yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, perdana menteri turut melahirkan kebimbangan berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini. Beliau berkata kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara. Sehubungan itu, Najib mahu pihak polis mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini. “Terpulang kepada polis untuk meminta daripada kerajaan apa yang mereka perlukan dari segi meningkatkan keupayaan dalam lingkungan alasan dan kemampuan yang boleh kerajaan sediakan untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat dalam negara. “Kita bersedia ...

Lagi...mahkamah tolak petisyen terhadap kemenangan BN di Lubuk Merbau,Perak

Image
Mahkamah pilihanraya di Ipoh pagi Selasa menolak petisyen terhadap kemenangan calon BN di kawasan Dewan Undangan Negeri Lubuk Merbau kerana difailkan tidak ikut peraturan yang ditetapkan. Pada pilihanraya umum 5 Mei lalu calon BN di situ Datuk Siti Salmah Mat Jusak telah menewaskan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi. Petisyen itu telah difailkan oleh seorang pengundi, Abdul Karim Abdul Rashid untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13. Keputusan itu dibuat setelah Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli mendapati petisyen berkenaan cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Hakim juga memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada Pegawai Pilihanraya.

Video...Iklan Baru Raya Petronas Yang Menyentuh Perasaan...

Image

Siasat Di Bawah Akta Hasutan Penyebar Fitnah

Image
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini melawat SK Seri Pristana berikutan isu makan dalam tandas yang cuba di politikkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di luar sana sehinggakan hampir menimbulkan ketegangan antara kaum. Noh berkata, isu di SK Seri Pristana sudah selesai dan tidak ada isu perkauman. Tindakan PIBG dan sekolah adalah betul. Ikhtibarnya , inilah kesan media sosial mudah pengaruhi rakyat dan mudah mendapat perhatian masyarakat oleh itu guru-guru perlu berhati-hati. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar kerana telah bertugas dengan baik. Noh berkata ibu bapa yang memuat naik gambar di laman media sosial sebelum ini baru seminggu menghantar anaknya ke sekolah tersebut tanpa mengetahui sejarah sekolah menyebabkan ia menjadi isu sensitif sedangkan sejak Mac bilik berkenaan telah digunakan oleh semua kaum. Beliau berkata guru besar mendapat uguta...

SKMM Diarah Siasat Lagi Video Hina Islam

Image
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. "Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa. Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengam...

Dr Khir Toyo Sudah Sudah Lah...Bawa Banyak Berehatlah

Image
Semalam Dr Khir Toyo Sindir KJ mengenai sokongan orang muda kepada Barisan Nasional.Bagi Admin lah jangan nak salahkan kesalahan orang lain saja ...ini semuanya terletak di bahu pemimpinan dalam BN termasuk MIC MCA UMNO.Dr Khir hanya pandai bercakap saja.....semasa pemerintahannya di Selangor apa yang dilakukannnya?Buatlah yang terbaik rakyat Selangor....Dulu masa Pemerintahannya.Tiada pun aktivity untuk orang di Selangor.Inilah hanya pandai mengkritik saja.

video menghina Islam ....1 hari di hari raya.

Image
Lepas sekor2 mainkan agama islam... buruk btoi. Mohon sumbat orang ni dlm penjara juga...

Ratu cantik: JAWI putuskan tiada peserta Islam

Image
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memberitahu larangan ke atas empat gadis beragama Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik adalah kekal dan tidak akan dipertimbangkan. Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata keputusan itu diambil setelah JAWI membuat kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang. Che Mat berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim. Lim Bagaimanapun berkata pihaknya menerima baik keputusan itu dan masih berharap ianya boleh dipertimbangkan semula. "Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim. "Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya. "Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluan...

NGO Islam dakwa ada pengaruh Syiah dalam PAS

Image
SHAH ALAM: Meskipun PAS menafikan bahawa terdapat pemimpin parti itu yang menjadi pengikut Syiah, namun beberapa pertubuhan bukan kerajaan bertegas ada pengaruh ajaran sesat mahzab itu dalam diri beberapa pemimpin utama PAS. Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, hal berkenaan tidak boleh dipandang enteng kerana jika ia dibiarkan berterusan, dalam jangka panjang kumpulan itu berkemampuan menghura-harakan negara. "Saya melihat ada pengaruh Syiah dalam kalangan pemimpin PAS ini bukan sedikit, cuma kalau nak bukti satu-satu adakah mereka mengamalkannya ini (perkara) nombor dua. "Soal seseorang mengamalkan Syiah atau tidak, ia soal yang lain. Cuma yang kita lihat bagaimana Syiah boleh mengambil kesempatan atas PAS itu sendiri. Wujudnya pemimpin-pemimpin yang pro-Syiah dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini. Abdullah juga menyatakan kebimbangan beliau sekiranya ajaran Syiah semakin menular di negara i...

Khalid ismath sapa tak kenal pendokong syiah yang dipuja-puja dikalangan Mahasiswi PAS.

Image
Tapi yang menariknya adalah Mahasiswi PAS kononnya ISLAMIK dan Pegangan Agama yang MANTOP mudah sangat DI KENCING, PUAK-PUAK SYIAH NI!!!

HENTI SEBAR SPEKULASI PEMBABITAN POLIS DALAM KES SANJEEVAN - KHALID

Image
Kuala Lumpur, 29 Julai - Mereka yang menyebarkan spekulasi pembabitan polis dalam kes tembak aktivis antijenayah R. Sri Sanjeevan akan dikenakan tindakan tegas jika didapati perkara itu tidak benar. Ketika memberi amaran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan yang dilakukan pihak tertentu termasuk ahli politik menerusi laman sosial tersebut hanya memburukkan lagi keadaan selain menyukarkan siasatan polis. "Kami sentiasa memantau rapat penulisan mereka di laman-laman sosial ini yang mengandaikan pihak polis terlibat dalam kes ini. Janganlah mudah tuduh polis begitu dan jangan racuni fikiran rakyat untuk benci polis. "Kita tak pernah lindungi anggota kita. Biarlah kami jalankan siasatan dahulu, kami akan dedahkan keputusannya kelak," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan 5,400 bungkusan kuih raya kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas pada Aidilfitri di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), di Bukit Aman di ...

Video....Tq Jo!MEmang Respect Untuk Cuba Berpuasa...TErbaik Lah

Tahniah jo. You are a real malaysian.saya teruja melihat video ini. If all malaysian are like you, nescaya malaysia akan lebih aman dan tenang

Video 2013 Canada Open .... Berlaku Pergaduhan Di Gelanggang Badminton.

Video....Awas! Jika anda berhadapan dengan tayar truck terbang!!!!

Guan Eng tak faham konteks hubungan diplomatik..Macam Mana Boleh Jadi Ketua Menteri

Image
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz. Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya. Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang. "Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM). "PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Anta...

Pas... Pas...Pas Masuk Fasa Kritikal Tak Kira Bulan Puasa?

Image
Gema nak huruharakan KL dah bermula !! Himpunan Anak Bangang tak kira waktu dan masa Siri Ke 4 bakal d buat juga demi nak kekalkan momentum persepsi dan doktrin Rakyat Benci Kerajaan BN !! Sumber  SINI

Bloger setuju kerajaan kaji semula kebebasan internet

Image
SHAH ALAM: Bloger Rocky Bru atau nama sebenarnya  Datuk Ahirudin Attan bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan menyemak semula kemudahan akses internet di negara ini  yang kini pada tahap kritikal kerana terlampau diberi kebebasan. Bagaimanapun, katanya sebelum berbuat demikian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek perlu mengambilkira pandangan semua pihak dalam menimbangkan kewajaran berkenaan. "Sekarang ini pun dah banyak sangat berlaku penyalahgunaan internet. Terlalu kerap dengan yang terbaru kes Alvivi (Alvin-Vivian), kes kutuk agama Islam, agama (lain) dang bangsa, sebab itu kerajaan terpaksa melihat balik perkara ini. "Seelok-eloknya bawa pelbagai pihak untuk berbincang. Tak perlu bawa ahli politik untuk berbincang. Boleh bawa persatuan ibu bapa, persatuan pengguna internet, boleh bawa bijak pandai kita. Ambil pandangan mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini. Menurut  Ahirudin yang juga bekas editor be...

Video Inilah CAra Puak Syiah Solat....Pelik dan Ajaib

Image

Pendedahan arkitek bukti mainan politik Suaram

Image
PUTRAJAYA - Pendedahan arkitek yang terlibat secara terus dalam pembelian kapal selam Scorpene jelas memperlihatkan apa yang didakwa  pihak Suaram selama ini merupakan satu mainan politik.   Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya tidak dapat mengambil tindakan terhadap Suaram yang menimbulkan isu itu kerana ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat.   "Kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan  polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak  polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.   Beliau berkata meskipun permasalahan itu hanya dapat dirungkaikan setelah sekian lama, tetapi masih belum terlambat untuk kerajaan mengambil sebarang tindakan menerusi pendaftar syarikat atau pihak polis berdasarkan undang-undang sedia ada.   Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendedahan ...

Alahaiii....Khalid Mohd Ismath Dalam Twitternya...APa Jenis Manusia Lah

Image
Khalid Ismath mempertikai bahawa filem the New Village sekadar menunjukkan bagaimana rejim komunis memperjuangkan kemerdekaan.Apa punya Poyooo lah Khalid Mohd Ismath Ni.