Saya tidak hina Islam, kata pelatih anjing...Ada Otak Tak NAk Berfikir...Lu Buat Lu Tanggung Sendiri

SHAH ALAM: Wanita yang dipaparkan menyambut Hari Raya dengan anjingnya dalam video bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' menafikan dakwaan beliau menghina Islam.

Sebaliknya, menurut Maznah Mohd Yusof, 38 yang dipetik portal mesra pembangkang Malaysiakini, pihak yang membidasnya sebenarnya yang memburukkan imej Islam.

"Saya cintakan agama saya. Saya berpendapat mereka yang membidas saya perlu mempelajari tentang Islam terlebih dahulu dan tidak menyalahtafsirkan video saya, yang  dibuat tiga tahun lalu.

"Islam telah mengajar saya tentang kepentingan kebersihan... maka ini mengapa dalam video, saya membersihkan diri saya dan anjing saya," katanya yang dipetik portal itu.

Malaysiakini juga mendakwa Maznah seorang pelatih anjing kesal bahawa imam masjid di kawasan itu juga membidas dirinya.

"Sebagai pemimpin agama,apakah dia tidak tahu tentang undang-undang Islam? Setakat yang saya tahu, agama saya tidak melarang saya daripada memelihara atau menjaga anjing," katanya.

Maznah, yang lebih dikenali sebagai Chetz, mengeluh bahawa jiran-jirannya yang beragama Islam kini mempertikaikan tindakannya itu sedangkan dulu mereka hanya membiarkannya.

"Video ini dirakam  tiga tahun lalu, mengapa jadikannya isu sekarang?

"Saya percaya ini adalah yang berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee ... kerana pada mulanya, orang-orang yang melihat video yang menyangka saya berbangsa Cina," katanya.

Video yang menjadi kontroversi ini berlatarbelakang suara takbir raya dan durasinya adalah selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.

Maznah yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Rakaman disertakan dengan keterangan aksi yang dipaparkan sebelum itu dengan kata-kata:

"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies (manusia atau anjing (haiwan), warna kulit (kulit anjing tersebut), dan asal-usul (tempat asal anjing tersebut yang ditulis Klang Lama, Penang Island dan Rawang)."

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL