HENTI SEBAR SPEKULASI PEMBABITAN POLIS DALAM KES SANJEEVAN - KHALID

Kuala Lumpur, 29 Julai - Mereka yang menyebarkan spekulasi
pembabitan polis dalam kes tembak aktivis antijenayah R. Sri Sanjeevan akan dikenakan tindakan tegas jika didapati perkara itu tidak benar.

Ketika memberi amaran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan yang dilakukan pihak tertentu termasuk ahli politik menerusi laman sosial tersebut hanya memburukkan lagi keadaan selain menyukarkan siasatan
polis.

"Kami sentiasa memantau rapat penulisan mereka di laman-laman sosial ini yang mengandaikan pihak polis terlibat dalam kes ini. Janganlah mudah tuduh polis begitu dan jangan racuni fikiran rakyat untuk benci polis.

"Kita tak pernah lindungi anggota kita. Biarlah kami jalankan siasatan dahulu, kami akan dedahkan keputusannya kelak," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan 5,400 bungkusan kuih raya kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas pada Aidilfitri di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang kelmarin di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan, Sri Sanjeevan, 29, yang juga Pengerusi MyWatch cedera di perut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin keretanya untuk merokok.

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis sedang menunggu untuk mengambil keterangan Sri Sanjeevan berhubung dakwaannya menerusi laman Twitter bahawa ada anggota pasukan penguat kuasa memberi arahan supaya dia ditembak.

"Kita nak tanya siapa anggota penguat kuasa itu yang beri arahan supaya menembaknya.

"Namun, apa-apa pun kita kena tunggu sehingga Sri Sanjeevan benar-benar sembuh dan dapat beri keterangan pada kita segera," katanya menambah polis juga sedang menyiasat satu akaun Twitter yang mendakwa perkara serupa. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL