Jangan salahkan pengundi'....itu pemimpinan PR

Kuala Lumpur: Kepemimpinan UMNO dan pengundi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut semalam menolak kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya kemiskinan dan kesibukan mencari rezeki menyebabkan mereka menolak Islam. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, menegaskan pengundi tidak boleh dipersalahkan kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu lalu berikutan matlamat mereka inginkan parti sentiasa mengambil berat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Pengundi yang kebanyakannya nelayan dan bekerja sendiri mahukan kerajaan stabil dan mengutamakan kebajikan rakyat. Tindakan mereka memberi kemenangan kepada BN amat tepat. Nik Aziz tidak sepatutnya menuduh mereka lalai dan mengetepikan tanggungjawab kepada agama kerana memberi kemenangan kepada BN.  Ulas kenyataan “Tanyalah kepada pemimpin PAS di negeri ini apakah kesilapan mereka ketika diberi mandat memerintah negeri ini empat tahun tetapi rakyat berpaling tadah kepada BN,” katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz melalui Facebooknya yang antara lain mendakwa, kehidupan sebagai nelayan anggota masyarakat di kawasan berkenaan memberi peluang cerah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit. Selain Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ketika berceramah dalam kempen PRK itu mendakwa, kemiskinan di kawasan berkenaan menyebabkan anggota masyarakat, terutama nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah kurang mengikuti bahan berita yang disebarkan melalui internet, sebaliknya hanya bergantung kepada media massa arus perdana. Rugikan ekonomi Nelayan di Kampung Nail, Kuala Besut, Azmi Jusoh, 48, berkata majoriti pengundi menolak PAS bukan bermakna mereka menolak Islam, sebaliknya tidak mahu pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu 1999 -2004 yang merugikan ekonomi dan sosial rakyat negeri itu berulang.

Katanya, walaupun kebanyakan penduduk kawasan berkenaan mencari rezeki kampung seperti turun ke laut dan mengusahakan kebun serta sawah, mereka tetap mengikuti perkembangan isu semasa dan membuat penilaian berdasarkan pertimbangan antara realiti yang dibawa BN dengan wayang gambar fantasi yang dimainkan PAS. “Tak betul Tok Guru Nik Aziz kecek (cakap) lagu (macam) tu. Takkanlah kami bekerja kampung, kami tak tahu macam mana nak bezakan antara kerajaan yang baik dengan kerajaan yang tak baik?,” katanya. Ketua UMNO Cawangan Kampung Pengkalan Sentol, Bukit Puteri, Kuala Besut, Mohd Zahari Mat Rawi berkata, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berjaya menguasai kelapan-lapan peti undi berbanding hanya enam pada PRU-13 berikutan kesedaran pengundi terhadap kemampuan BN melaksanakan janji membawa kemakmuran ekonomi, politik dan sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana