Ratu cantik: JAWI putuskan tiada peserta Islam

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memberitahu larangan ke atas empat gadis beragama Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik adalah kekal dan tidak akan dipertimbangkan.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata keputusan itu diambil setelah JAWI membuat kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Che Mat berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim.

Lim Bagaimanapun berkata pihaknya menerima baik keputusan itu dan masih berharap ianya boleh dipertimbangkan semula.

"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

"Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan," kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana