Suspek Di KEsan....Polis buru Sei Ngan Chai suspek bunuh Hussain Najadi

KUALA LUMPUR: Polis hari ini telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di ibu negara.

Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun yang memandu sebuah teksi yang membantu penembak itu melarikan dirinya.

Pada kejadian Isnin lalu, Hussain, 75, ditembak mati manakala  isterinya Chong Mei KuenChong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL