Lagi...mahkamah tolak petisyen terhadap kemenangan BN di Lubuk Merbau,Perak

Mahkamah pilihanraya di Ipoh pagi Selasa menolak petisyen terhadap kemenangan calon BN di kawasan Dewan Undangan Negeri Lubuk Merbau kerana difailkan tidak ikut peraturan yang ditetapkan.

Pada pilihanraya umum 5 Mei lalu calon BN di situ Datuk Siti Salmah Mat Jusak telah menewaskan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi.

Petisyen itu telah difailkan oleh seorang pengundi, Abdul Karim Abdul Rashid untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.

Keputusan itu dibuat setelah Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli mendapati petisyen berkenaan cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Hakim juga memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada Pegawai Pilihanraya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana