Posts

Showing posts from December, 2017

WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!

Image
Mantan PM dan bekas diktator Malaysia telah meminta maaf semasa AGM PBBM yang berlangsung pada hari ini. Ironinya 2 tahun sebelum itu dan selama beliau memerintah Malaysia, tidak sesekali beliau mahu minta maaf dan mengakui kesilapan serta kezaliman beliau. Hakikatnya, lafaz minta maaf yang diucapkan Mahathir tersangatlah murah di mata rakyat Malaysia. Kenapa? Mudah saja. Bila diri dah tersepit, keperluan semakin terdesak dan terlalu gilakan kuasa, beliau telah menggunakan talian hayat terakhir beliau iaitu untuk pancing simpati dengan meminta maaf. Sekiranya Mahathir mengakui beliau telah lakukan dosa dan benar-benar zalim seperti yang digebang Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, maka adakah Mahathir sebenarnya benar-benar salah dalam isu liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim? Adakah beliau bersalah dalam isu membunuh Ibrahim Libya di Memali? Dan adakah beliau bersalah memperdaya rakyat bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvinist? Atau adakah ini semua satu lagi...

AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat.

Image
SHAH ALAM 30 Dis. – Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini. Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada. Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilan itu dilihat sekadar menjadi medan untuk menyebar kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Paling ketara, Dr. Mahathir sendiri dalam ucapannya selama hampir sejam, telah menyebut nama Najib sebanyak 38 kali sejak dari awal hingga akhir dan m...

Duri dalam daging PAS umum ‘angkat kaki’…Tak Hairan ler

Image
Satu dunia tahu kebelakangan ini jiwa dan raga Datuk Mahfuz Omar sudah tidak lagi dengan PAS.Namun Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus ‘main dalam’ ikut rentaknya dalam parti itu. Ibarat orang yang nak sambut tahun baru 2018 dengan wajah baru,duri dalam daging PAS itu umum beliau keluar parti yang dianggotainya selama 34 tahun itu berkuatkuasa tengah malam Ahad. Dalam pengumuman yang dibuat menerusi siaran live di facebook Parti Amanah (PAN) Mahfuz buat-buat kata beliau perlu masa untuk fikir parti mana nak masuk seleps ini. Mahfuz menilai tindakan keluar parti itu perl;u tempoh ‘ berkabung’ sebelum ambil langkah lanjut. Dakwanya semua parti pembangkang – PKR,DAP,PAN dan PPBM  sedia terima penyertaannya. PAS Kedah pada Oktober lalu sudah umum Mahfuz tidak akan dicalonkan semula bertanding di Pokok Sena. Mahfuz tembak balik kata beliau sendiri tidak ingin jadi calon PAS lagi.

Cakap Besar Pemimpinan PPBM Ni!!!! Tak Perlu Dengan PAS

Image
Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14. “Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya. Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa sidang media selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan parti di Shah Alam “Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu. Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”. Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya. Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ...

Sampai perwakilan parti sendiri pun boring dan meluat. ...

Image
Satu hari bersidang, dari pagi sampai petang hanya sebut nak jatuhkan Najib. Langsung takde agenda Melayu dan Islam. Mengumpat Najib je memanjang. 

Mahfuz keluar PAS tengah malam ini...Keluar Lah Tak Hairan Pun

Image
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membuat keputusan meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu. Mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Kedah, keputusan itu berkuat kuasa tengah malam ini. "Hari ini saya akan hantar surat kepada Setiausaha Agung PAS (Datuk) Takiyuddin Hasan. "Berdasarkan perlembagaan PAS 15(2) maka ini saya zahir pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam 31/12/2017. "Kenapa saya tak buat pada 12 tengah malam? Kerana 1 minit untuk tarik nafas untuk langkahi 2018," katanya berseloroh. Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung di Facebook Amanah negeri Kedah. Bagaimanapun, Mahfuz berkata beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya. Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH). Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PA...

Jangan sesekali percaya dengan pencipta melayu mudah lupa.

Image
Bila-bila masa sahaja dia akan kianati orang lain pula bila apa yg dihajati tidak tercapai?Bila dah buat salah kat orang kemudian cuma mintak maap tanpa perbetolkan kesalahan itu namanya Nak Lepas Tengkok.

MAHATHIR HARI INI VS MAHATHIR SEBELUM INI..ORANG MACAM INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Image
Dulu kata tak pernah buat salah masa jadi PM, tiba-tiba hari ini minta maaf dan mengaku ada buat salah. Makin tua makin pandai berlakon dan berdrama pula ye. Kesian Anwar..dipecat, dimalukan, dihina, disumbat dalam penjara dulu kerana Mahathir.

Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan

Image
KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit diramal berterusan sehingga 2018, meningkat sekitar 4.00 berbanding dolar, berikutan sokongan daripada sentimen dollar US yang lemah dan pemulihan harga komoditi. Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, unit tempatan yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan diniagakan secara positif minggu depan. Ia turut disokong perkembangan tempatan yang positif, termasuk pertumbuhan ekonomi yang mampan, aliran masuk dana asing yang mantap serta prestasi pasaran ekuiti yang kukuh. Menurut beliau, prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyokong sentimen di pasaran. “Pasaran yang cergas akan berterusan tahun depan. Kita mempunyai banyak pemangkin yang memacu ringgit, dengan rizab kita menunjukkan trend meningkat. Semua ini menjadi petanda baik untuk ringgit,” katanya lapor Bernama. Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bi...

Tunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra

Image
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Tunku Aziz yang mengulas laporan Malaysia Today berkata, dakwaan berkenaan menunjukkan betapa mantan perdana menteri itu sanggup melakukan apa saja demi survival anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. "Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu. "Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket Umno dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya dalam satu sidang media. Terdahulu blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin menerusi blognya, Malay...

Madey janji kebebasan bersuara jika memerintah?Jangan Nak Pusing dan Berbohong lah

Image
Cakap hak kebebasan bersuara...Orang yang baru celik Politik Boleh lah nak kelentong atau nak berbohong kononnya beri "JANJI KEBEBASAN BERSUARA".Lihat saja dalam politik PPBM ini...siapa berani bersuara pada pemimpinan PPBM ni....? Semasa Madey menjadi PM tiada siapa berani bersuara lantang pasti akan menerima padah...kenapa Madey tubuhkan parti PPBM dan keluar daripada UMNO...Madey yang melantik Pak lah dan Najib tidak mengikut kemahuannya. Lagi mahu percaya cakapnya...sehingga Musuhnya ANWAR dulu kutuk dan hina boleh menjadi rakan plak...siap puji lagi.Dan kita nak PUJI dan PERCAYA cakap Madey lagi kah? Orang macam ini kita tidak boleh dipercayai cakapnya.....tiba tiba saja boleh buat U-TURN. Kawan boleh Makan Kawan..

Dr Mahathir kena beri penjelasan

Image
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya. Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang. "Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu. "Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada sidang me...

Calon PM: Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M!Bahaya Percaya Orang Yang Kuat U-TURN Ni

Image
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan portal berita propembangkang kononnya parti itu telah bersetuju bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya meminta pimpinan Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara jangan terburu-buru membuat keputusan seperti itu. Menurut beliau, Anwar malah mengingatkan pimpinan gabungan parti pembangkang itu bahawa Pakatan Harapan masih memperjuangkan agenda reformasi yang menyeluruh dan bukan hanya mahu mengubah Perdana Menteri.. “Saya mengambil maklum laporan media yang memetik sumber berkaitan pandangan pimpinan PKR terhadap cadangan Perdana Menteri Pakatan Harapan. “Bagi pihak pimpinan parti, saya ingin menegaskan bahawa PKR hanya meminta ruang untuk membincang dan membina konsensus di dalam isu ini. “Perlu juga diperjelas bahawa sebelum ini a...

Akhirnya Muhyiddin Nampak Macam Orang Bodoh...Kenapa...?

Image
KASIHAN. Kasihan. Kasihan. Itulah perasaan yang saya ingin kongsikan apabila mengenang nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara di ambang PRU14. Daripada menduduki kerusi TPM tak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi PM sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM. Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun diisi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang. Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu. Buat rakyat, renung-renungkan lah nasib negara ini jika pembangkang mendapat undi anda pada PRU14, siapa nak jadi PM pun susah nak tentukan, apatah lagi nak uruskan negara. Sebelum menang, memang pemba...

Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?

Image
TERBONGKAR!… Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade), ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad, perlu disiasat pihak polis. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi ketika membuat pendedahan itu berkata, siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan sendiri tanpa diketahui. Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak di ibu negara untuk pembangunan projek mewah Kuala Lumpur Vertical City (KLVC). Mohd. Puad berkata, pihak terbabit penukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang. “Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa konon warga asing mendapat hak pemilik...

Perghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa

Image
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade), mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu disiasat. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan. Synergy Promenade adalah syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC). Mohd Puad berkata, mana-mana pihak yang terbabit dengan penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang. "Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah FELDA. "Dakwaan Khairuddin dibuat be...

Rapid Rail Lancar Set Empat Gerabak Pertama...Syabas Memang Terbaik Untuk Keselesaan Pengguna

Image
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan tren empat gerabak pertamanya, hasil cantuman set dua gerabak menerusi projek Mid-Life Refurbishment (MLR). Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zohari Sulaiman berkata tren empat gerabak itu akan memastikan keselesaan dan waktu menunggu singkat untuk penumpang bersama ciri-ciri  tambahan. “Setelah menamatkan sesi ujian 2,000 kilometer dan pentauliahan bagi perkhidmatan dan menampilkan ciri-ciri tambahan baharu, tren empat gerabak memulakan perkhidmatannya beberapa jam selepas percubaan  praoperasi  terakhir dijalankan anggota utama pasukan projek daripada Pengurusan Bersepadu dan Perkhidmatan Kejuruteraan Prasarana,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Zohari dan Datin Norlia Noah bergambar di hadapan skrin infotainment yang menunjukkan ciri baharu gerabak tersebut. - Bernama Zohari berkata projek itu antaranya melibatkan baik pulih, pembaikan, kerja-kerja menaik ta...

PRESIDEN PAS: JANGAN UNDI DAP KERANA AKAN HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU

Image
Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme jika DAP yang dominasi Pakatan Harapan menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Konsep sekularisme ‘Malaysia Malaysian‘ DAP termasuk membolehkan bukan Islam menjadi ketua negara yang bercanggah dengan ketetapan Islam iaitu negara Islam mesti diperintah oleh golongan muslim. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda sekularisme itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang jika menang sudah pasti pemimpin Melayu Muslim yang akan menjadi ketua Kerajaan Pusat dan negeri. “PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan di dalam Perlembagaan Negara yang sudah merdeka. “PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sahaja sekadar simbol, maka mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu,” katanya dalam satu kenyat...

Macam ni level pembangkang?Madey berucap dah 30 minit asik sebut Najib je.

Image
Nak jatuhkan Najib atau BN?Langsung tkde sebut hala tuju parti. Ucapan dasar presiden parti selalunya lebih pada hala tuju perjuangan,perkuatkan parti bukan hanya tuju keburukan lawan. Dalam PAU tkde pulak pemimpin atau perwakilan UMNO sebut pembangkang lebih dari 5 ayat.Lebih pada perjuangan parti. Mengata orang sendiri lebih.

Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC

Image
KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya, Datuk Sri Dr. Alex Ong berkata, kepimpinan Najib menyaksikan syarikat perniagaan kecil dan sederhana tempatan kini berkembang dengan amat positif. Datuk Sri Dr. Alex Ong PRESIDEN DEWAN PERNIAGAAN MALAYSIA GLOBAL (MGCC), DATUK SRI DR. ALEX ONG. “Syarikat perniagaan ini juga bukan sahaja mengembangkan perniagaan di dalam negara tetapi kini mampu memperluaskan perniagaan ke luar negara. “Inisiatif ekonomi Perdana Menteri terbukti membuahkan hasil cemerlang dalam merancakkan pelaburan dan perdagangan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Pendirian MGCC itu sekali gus menyanggah salah tanggapan yang disebarkan pembangkang. untuk memberi gambaran buruk tentang sektor perniagaan di Malaysia. Alex berkata, MGCC banyak terlibat dalam usaha-usaha membantu banyak syarikat Malaysia yang ingin meluaskan perniagaaan di ...

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Image
Muka tak tahu maluuuuuu...... HAKIKATNYA... . Perjuangan Memansuhkan Tol Telah Dimulakan Oleh UMNO Shah Alam Sejak Tahun 2008 lagi. . Beberapa Siri Pertemuan Bersama LLM Dan PLUS Telah Berjalan Hingga Beberapa Memorandum Turut Dihantar Kepada Kementerian Kerja Raya Dan Pejabat Perdana Menteri. . KEMUNCAKNYA Adalah Pada Bulan Ogos Yang Lalu Apabila Perdana Menteri Berkenan Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Shah Alam Di Seksyen 18. . UMNO Shah Alam Telah Mengusulkan Sendiri Kepada Perdana Menteri Pada Mesyuarat Itu Dan Mendapat Sokongan Sebulat Suara Daripada Perwakilan Yang Hadir. . Akhirnya Berita Gembira Tentang Pemansuhan Tol Diumum Sendiri Oleh Perdana Menteri Pada Pembentangan Bajet 2018 Yang Lalu. . Terima Kasih Perdana Menteri Dan UMNO Shah Alam Yang Berjuang Demi Kami Semua...

Siapa PM...PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Image
Riuh rendah siapa hendak jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa menimbulkan rasa tidak selesa parti pembangkang terkuat PAS. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, jika benar PH mahu meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara ia menunjukkan pembangkang mengamalkan demokrasi tidak baik. Jelasnya tindakan tersebut tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat apabila sanggup mengadaikan prinsip demokrasi demi kepentingan seorang individu. “Apa pun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri locum bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan stabil dan kuat,” kata beliau. Dalam pada itu, Takiyuddin juga mengingatkan blok pembangkang, pelantikan jawatan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di Pertuan Agong dan faktor itu tidak boleh diabaikan kerana baginda memiliki kuasa prerogatif untuk memilih individu yang layak memegang jawatan pentin...

2017 tahun pemulihan bagi Ringgit...Alhamdulilah

Image
2017 sememangnya merupakan tahun pemulihan bagi ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan disokong oleh pembangunan domestik positif dengan langkah-langkah berhemat yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengawal mata wang tempatan itu. Berbanding tempoh kelam pada 2016, dagangan tahun ini agak cergas yang menyaksikan mata wang tempatan itu melantun semula dengan kukuh daripada paras terendahnya dalam tempoh 19 tahun mencatatkan pemulihan 10 peratus. Ringgit memulakan dagangan tahun ini rendah dibuka pada 4.4900/4950 berbanding dolar AS pada 3 Jan, meneruskan momentum lemah 2016 disebabkan oleh spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir, dolar AS yang lebih kukuh serta keadaan geopolitik yang tidak menentu. Prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pemegang asing bon Malaysia mengimbangi semula portfolio mereka yang membawa kepada aliran keluar modal, ditambah dengan permintaan kukuh terhadap dolar AS telah...

MANSUH TOL ADALAH USAHA DAN TITIK PELUH UMNO SHAH ALAM!!!

Image
Kami Geleng Kepala Apabila Menerima Berita Bahawa YB Rodziah, PKR Shah Alam Dengan Muka Tebal Mengaku Kononnya Pemansuhan Tol Adalah Usaha Dia...(Semoga Penduduk Yang Ditipu YB PKR Ini Mendapat Hidayah Allah.) . HAKIKATNYA... . Perjuangan Memansuhkan Tol Telah Dimulakan Oleh UMNO Shah Alam Sejak Tahun 2008 lagi. . Beberapa Siri Pertemuan Bersama LLM Dan PLUS Telah Berjalan Hingga Beberapa Memorandum Turut Dihantar Kepada Kementerian Kerja Raya Dan Pejabat Perdana Menteri. . KEMUNCAKNYA Adalah Pada Bulan Ogos Yang Lalu Apabila Perdana Menteri Berkenan Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Shah Alam Di Seksyen 18. . UMNO Shah Alam Telah Mengusulkan Sendiri Kepada Perdana Menteri Pada Mesyuarat Itu Dan Mendapat Sokongan Sebulat Suara Daripada Perwakilan Yang Hadir. . Akhirnya Berita Gembira Tentang Pemansuhan Tol Diumum Sendiri Oleh Perdana Menteri Pada Pembentangan Bajet 2018 Yang Lalu. . Terima Kasih Perdana Menteri Dan UMNO Shah Alam Yang Berjuang Demi Kami Semua...

MAHATHIR DIPERKUDA UNTUK BEBASKAN ANWAR

Image
Itulah sebenarnya yang dicatur dan direncanakan oleh PKR apabila bersetuju melantik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya pasca PRU14 kelak. Lantikan berstatus sementara ini hadir dengan syarat Anwar mesti dibebaskan oleh kerajaan sebelum jawatan Perdana Menteri itu diserahkan kepadanya sekaligus menyempurnakan segala cita-cita politik peribadi pesalah liwat tersohor itu. Situasi ini, jika berlaku, menjadi simbol betapa Pakatan Harapan amat terdesak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengubah keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Ini juga, apabila berlaku nanti, menjadi bukti tentang budaya politik songsang dan di luar norma sosial yang diamalkan Pakatan Harapan kerana tergamak mencampuri urusan dan sistem keadilan negara, dasar yang selama ini dihormati dan dipatuhi rakyat berdasarkan prinsip pengasingan kuasa yang dipraktikkan sejak kemerdekaan negara ini. Kita juga boleh menjangkakan ti...

Rakyat sendiri dipaksa bayar tol pada kroni dan NAIK HARGA setiap 3 tahun.

Image

SEKOLAH BUKA PENGHASUT PUN TIMBUL

Image
oleh Ab Jalil Backer Minggu hadapan sekolah akan dibuka semula. Saban tahun akan menular kisah sedih yuran mahal, buku mahal dan kos mahal oleh segelintir ibu bapa dan guru dengan tujuan menyemai kebencian rakyat kepada kerajaan. Sebenarnya pendidikan sekolah sudah percuma. Yuran sekolah dan yuran peperiksaan sudah dimansuhkan kerajaan hampir 10 tahun lalu. Buku teks kini diberi percuma kepada semua pelajar tanpa mengambil kira pendapatan lagi. Gaji guru, kakitangan sekolah, peralatan, infra, utiliti dan kebersihan ditanggung oleh kerajaan 100 peratus. Dulu kita tidak gunakan buku latihan, sekarang semua sekolah menggunakan buku latihan. Kos sekitar RM 100 seorang. Kiraan kasar ia adalah sekitar RM 10 sebulan. Jika ada 10 orang anak ia adalah kos RM 100 sebulan. 95% rakyat Malaysia mampu bayar kos ini asalkan mereka mahu menerima hakikat pendidikan anak adalah keutamaan. Jika tidak mampu insha-Allah ada Pusat Zakat akan membantu. Ada badan keagamaan, kebajikan dan wa...

BERSEKONGKOL DENGAN DAP ITU ‘LILLAHI TAALA’?

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling lama memegang jawatan Presiden UMNO dan paling lama berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia mengajukan beberapa soalan mengenai UMNO dan perjuangan ‘lillahi taala’. Dia berkata, “saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah,”. Begitulah bunyi soalan dari bekas pemimpin tertinggi UMNO yang paling lama berkuasa dalam sejarah itu. Penulis bukan sesiapa, hanyalah ahli UMNO biasa sahaja. Bukan ahli politik dan tidak mempunyai sebarang jawatan mahupun di peringkat cawangan, apatah lagi bahagian. Namun begitu, penulis rasa terpanggil untuk menjawab soalan bekas Presiden UMNO ‘tersohor’ tersebut. Penulis tidak tahu tentang pegangan atau perjuangan orang politik macam Mahathir. Namun bagi penulis, UMNO merupakan institusi pertubuhan politik yang menjadi tunjang kepada gerakan kemerdekaan dan mengepalai Kerajaan Malaysia hingga kini. UMNO tidak mencuri, UMNO tidak menip...

MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SEMENTARA HANYA MENGUNDANG HURU HARA DALAM NEGARA

Image
DALAM perlembagaan negara kita tidak ada jawatan Perdana Menteri sementara.  Dah jadi Perdana Menteri, jadi Perdana Menterilah, apa nak sementara-sementara pulak?  Sehingga si polan itu berundur dengan rela hati atau mati, hilang kepercayaan dalam parlimen dan disabitkan dengan kesalahan jenayah yang menghilangkan kelayakannya, selagi itu dia akan kekal dengan jawatan tersebut. Melainkan undur dengan rela hati dan mati, selain dari itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita – bila bercakap tentang pengunduran sebagai Perdana Menteri. Justeru, cadangan Pakatan untuk mewujudkan jawatan Perdana Menteri sementara ini hanyalah usaha untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negara kita, apatah lagi manusia yang dinamakan untuk memegang jawatan itu ialah Mahathir – manusia paling tidak boleh dipercayai dalam dunia. Dulu dia nangis-nangis kata “dah lama dah”, sekarang dia nak jadi (Perdana Menteri) lagi “pulak dah”. Apa berlaku kalau Mahathir enggan lepas jawa...

AGM PPBM TERPAKSA DIADAKAN BUKTI PARTI MAHATHIR TIDAK BERSEDIA

Image
PENASIHAT Undang-Undang Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Mohamed Haniff Khatri Abdulla sendiri mengakui bahawa parti Mahathir itu terpaksa mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya kerana parti tersebut berhadapan dengan kemungkinan pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Kenyataan beliau tersebut seolah-olah mengambarkan bahawa PPBM tidak bersedia untuk wujud dalam arena politik tanahair memandangkan mereka tidak secara rela mematuhi peraturan yang digariskan oleh kepimpinan parti tersebut sendiri. Ironinya hingga kini parti tersebut masih belum mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian ataupun cawangan memandangkan struktur parti itu masih terlalu kabur. Mana mungkin sebuah parti yang kabur mampu memperjuangkan masa depan rakyat. Pada 21 November lalu, beberapa pemegang jawatan PPBM menemui Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim untuk mendapatkan nasihat mengenai cara mengadakan AGM memandangkan perlembagaan parti itu menyata...

Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

Image
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan PKR akan terbukti membelakangkan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sekiranya benar-benar sedang melaksanakan 'pelan peralihan' demi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pembangkang. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata demikian mengulas laporan media kononnya PKR meletakkan tiga syarat untuk bersetuju dengan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara pembangkang. Tiga syarat itu adalah sebaik saja membentuk kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir hendaklah mengusahakan Anwar dibebaskan segera dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik Perdana Menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Syarat kedua, PKR bertanding kerusi Parlimen paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan syarat ketiga, Dr Mahathir setuju melaksanakan reformasi ke atas institusi negara. "Seandainya inilah pelan peralihan mereka, ketara sekali PH...

Kit Siang perlu timbang hasrat tanding PRU14 atas faktor kesihatan...Nak Bertanding Tanding Lah Sampai Lagi Boleh

Image
SHAH ALAM: Veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mempertimbangkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang lebih-lebih lagi atas faktor usia dan kesihatan, susulan pendedahan penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Kit Siang patut memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda dan bertenaga, selain faktor dirinya sendiri sudah terlibat dalam politik lebih daripada separuh abad.  "Beliau pun sudah lama dalam politik, dan bagi saya (beliau) dah tidak relevan. Sepatutnya ditampilkan lebih ramai generasi baru. Tapi sesetengah orang memang susah sikit nak berhenti. "Saya rasa inilah masa untuk berehat, dengan keadaan tak berapa sihat. Bukan Kit Siang saja, mana-mana pemimpin yang sudah tak berapa sihat sangat, tak payahlah," katanya kepada Antarapos. Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada 19 Disember lalu menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kir...

Siapa PM... PAS ingatkan PH jangan lupa kuasa Agong

Image
Riuh rendah siapa hendak jadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa menimbulkan rasa tidak selesa parti pembangkang terkuat PAS. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, jika benar PH mahu meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara ia menunjukkan pembangkang mengamalkan demokrasi tidak baik. Jelasnya tindakan tersebut tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat apabila sanggup mengadaikan prinsip demokrasi demi kepentingan seorang individu. “Apa pun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri locum bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan stabil dan kuat,” kata beliau. Dalam pada itu, Takiyuddin juga mengingatkan blok pembangkang, pelantikan jawatan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di Pertuan Agong dan faktor itu tidak boleh diabaikan kerana baginda memiliki kuasa prerogatif untuk memilih individu yang layak memegang jawatan pentin...

Bila kebencian mengatasi pemikiran normal maka menunjukkan kebodohan saja.

Image
Pemegang Kad Pengenalan Kod Tempat Lahir 71 warganegara asing ke? Kalau begitu Wan Azizah, Azmin Ali, Saifudin Nasution, Khairil Khir Johari dan Mak Lampir yg MyKad masing-masing mempunyai Kod negeri/negara dilahirkan 71 pun warganegara asinglah?

DAP guna strategi zionis pecah belah parti Melayu

Image
DAP menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Menurut Annuar, `strategi yang digunakan oleh DAP ialah dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik. “DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu “Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama,” katanya. Tambahnya, cara itu juga turut digunakan DAP untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya masyarakat cina dengan harapan mereka berada di belakangnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Beg Sekolah Parlimen Ketereh di Sekolah Kebangsaan (...