DAP guna strategi zionis pecah belah parti Melayu

DAP menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar, `strategi yang digunakan oleh DAP ialah dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik.

“DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu

“Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama,” katanya.

Tambahnya, cara itu juga turut digunakan DAP untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya masyarakat cina dengan harapan mereka berada di belakangnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Beg Sekolah Parlimen Ketereh di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Kalong.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan berkata DAP bukanlah parti yang ingin melihat keamanan dan kemakmuran di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, tetapi mereka sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini.

"Sebelum memerintah Pulau Pinang, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Negara akan aman tanpa DAP.

"Lihat sahaja di Pulau Pinang, dulu tiada masalah untuk meraikan perayaan yang besar, tapi kini, perayaan Thaipusam diadakan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta...itu menunjukkan DAP sengaja nak pecah belahkan kaum India di sana.

"Ada yang kata DAP ni Developer Action Party atau pun Damn Arrogant Party kerana sikap sombong dan angkuh mereka dan ghairah menarah bukit-bukau sehingga menyebabkan banjir lumpur yang amat teruk berlaku di Pulau Pinang," katanya yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia