Terima Kasih Najib Bijak Tarik Pelabur Asing – MGCC

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Sri Dr. Alex Ong berkata, kepimpinan Najib menyaksikan syarikat perniagaan kecil dan sederhana tempatan kini berkembang dengan amat positif.

Datuk Sri Dr. Alex Ong
PRESIDEN DEWAN PERNIAGAAN MALAYSIA GLOBAL (MGCC), DATUK SRI DR. ALEX ONG.

“Syarikat perniagaan ini juga bukan sahaja mengembangkan perniagaan di dalam negara tetapi kini mampu memperluaskan perniagaan ke luar negara.

“Inisiatif ekonomi Perdana Menteri terbukti membuahkan hasil cemerlang dalam merancakkan pelaburan dan perdagangan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pendirian MGCC itu sekali gus menyanggah salah tanggapan yang disebarkan pembangkang. untuk memberi gambaran buruk tentang sektor perniagaan di Malaysia.

Alex berkata, MGCC banyak terlibat dalam usaha-usaha membantu banyak syarikat Malaysia yang ingin meluaskan perniagaaan di peringkat global.

Justeru, kata beliau, MGCC perlu menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara-negara luar terutama China, Indonesia India dan beberapa lagi negara Asean.

Jelas beliau, hubungan baik yang terjalin Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara luar membantu meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

“Inilah yang dikatakan Perdana Menteri untuk rakyat, disamping menjalinkan hubungan diplomatik, bijak menarik pelabur-pelabur asing ke Malaysia.

“Ia secara tidak langsung memudahkan jalinan usahasama perniagaan diadakan dengan syarikat-syarikat di luar negara,” katanya.

Selain itu, kata beliau, MGCC menyokong inisiatif baru kerajaan pimpinan Najib yang merangkumi program latihan dan skim kepada usahawan-usahawan tempatan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana