Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan PKR akan terbukti membelakangkan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sekiranya benar-benar sedang melaksanakan 'pelan peralihan' demi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata demikian mengulas laporan media kononnya PKR meletakkan tiga syarat untuk bersetuju dengan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara pembangkang.

Tiga syarat itu adalah sebaik saja membentuk kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir hendaklah mengusahakan Anwar dibebaskan segera dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik Perdana Menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Syarat kedua, PKR bertanding kerusi Parlimen paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan syarat ketiga, Dr Mahathir setuju melaksanakan reformasi ke atas institusi negara.

"Seandainya inilah pelan peralihan mereka, ketara sekali PH dan PKR sebuah parti yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Jika mereka memerintah, negara akan jadi tunggang langgang. Saya yakin sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir akan keberatan menunaikan hasrat tidak rasional PKR itu," katanya dipetik Berita Harian Online.

Zuhdi bertegas, jika pun Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh dibebaskan kelak, Ketua Umum PH itu terikat dengan perundangan yang menetapkan seseorang banduan tidak boleh bertanding sejurus dilepaskan.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Selain itu, adalah tidak beradab, malah sangat menjengkelkan jika PH dan PKR dengan mudah dan sesuka hati memanipulasi proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agung sebagai satu daripada kaedah melepaskan Anwar," tegas Zuhdi.

Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi Antarapos hari ini menafikan PKR ada meletakkan syarat sedemikian.

Bagaimanapun beliau mengesahkan wujudnya  perbezaan pendapat sesama parti komponen PH dalam menentukan calon layak untuk dilantik sebagai perdana menteri dan timbalannya.

PH dijangka mengumumkan dua calon bagi jawatan itu pada konvensyennya 7 Januari depan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL