BERSEKONGKOL DENGAN DAP ITU ‘LILLAHI TAALA’?
Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling lama memegang jawatan Presiden UMNO dan paling lama berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia mengajukan beberapa soalan mengenai UMNO dan perjuangan ‘lillahi taala’.
Dia berkata, “saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah,”. Begitulah bunyi soalan dari bekas pemimpin tertinggi UMNO yang paling lama berkuasa dalam sejarah itu.
Penulis bukan sesiapa, hanyalah ahli UMNO biasa sahaja. Bukan ahli politik dan tidak mempunyai sebarang jawatan mahupun di peringkat cawangan, apatah lagi bahagian. Namun begitu, penulis rasa terpanggil untuk menjawab soalan bekas Presiden UMNO ‘tersohor’ tersebut.
Penulis tidak tahu tentang pegangan atau perjuangan orang politik macam Mahathir. Namun bagi penulis, UMNO merupakan institusi pertubuhan politik yang menjadi tunjang kepada gerakan kemerdekaan dan mengepalai Kerajaan Malaysia hingga kini.
UMNO tidak mencuri, UMNO tidak menipu, UMNO tidak makan suap dan UMNO tidak pernah menyogok. Ini adalah disebabkan UMNO itu bukalah mewakili individu, namun merupakan sebuah institusi politik bagi bangsa Melayu beragama Islam dan bumiputera.
Selaku pemimpin UMNO paling lama dalam sejarah negara ini, Mahathir sudah tentu berfikir kononnya UMNO seperti di zaman dia memerintah dulu yang penuh dengan pemimpin yang aktif ‘mencuri’, ‘menipu’, ‘maka suap’ dan ‘menyogok’.
Namun untuk pengetahuan Mahathir, UMNO di zaman ini sudah bertransformasi. Sejak dia tidak lagi menjadi Presiden dan Perdana Menteri, pemimpin penggantinya giat melakukan ‘pembersihan dalaman’, termasuk menyingkirkan budaya ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’ yang begitu mencemar UMNO ketika dia berkuasa.
Kini, budaya negatif yang menjadi amalan di zaman Mahathir dahulu semakin pupus. Siapa yang masih atau cuba mengamalkan budaya busuk seperti dulu, maka jangka hayat politiknya diramal tidak akan bertahan lama. Zaman ini terlalu ‘ketat’ dan mereka yang ‘diatas’ sentiasa di dalam radar perhatian umum.
Kenapa? Kerana di zaman serba canggih ini, selicik mana pun perlakuan negatif yang cuba disembunyikan, pasti akan terbongkar. Bukan hanya SPRM dan PDRM, malah terdapat banyak agensi dan pihak berkuasa yang tidak akan berkompromi dengan gejala jijik itu.
Di zaman ini, Ketua Hakim Negara atau mana-mana Hakim yang menjatuhkan hukuman tidak menyebelahi kerajaan, mereka tidak dipecat seperti di zaman dulu. Tiada campur tangan dalam bidang judiciari sebagaimana di zaman dulu.
Di zaman ini juga tiada ‘tangan ghaib’ kerajaan yang mengganggu SPRM mahupun PDRM menjalankan siasatan. Jika cukup bukti dan wujud prima facie, pastinya mereka yang bersalah akan diheret ke muka pengadilan. Ia tidak seperti di zaman dulu…
Di zaman ini, Bank Negara tidak lagi meniaga forex seperti dulu. Di zaman ini, sistem percukaian negara tidak ‘bolos’ seperti dulu. Di zaman ini, tidak ‘diktator’ seperti zaman ‘kuku besi’ dulu. Zaman ini serba berubah dan semakin telus terbuka.
Namun begitu, UMNO tetap istiqamah dengan perjuangannya. Jika dulu menolak draf hudud secara total, kini Presiden UMNO sediakan platform untuk kajian bersama bagi memperkasakan undang-undang syariah di negara ini.
UMNO juga terus berjuang untuk bangsa Melayu di mana pelbagai saluran dan peluang dibuka semakin luas kepada anak bangsa memajukan diri dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan agama, profesional dan sebagainya.
Kita tidak lagi seperti dulu yang hanya membantu ‘kroni’ dan mengkayakan lagi ‘kroni-kroni’ yang sudah ‘terlebih kaya’. UMNO tidak lagi melantik adik beradik, kakak abang, ipar duai menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Tiada lagi amalan seperti di zaman Mahathir.
Yang kekal hanyalah perkara-perkara positif dari warisan terdahulu yang kini diperkasakan. Amalan ‘kuku besi’ seperti ugutan dan penahanan ISA juga sudah tiada, serta ditambahbaik dengan pelaksanaan beberapa akta seperti Sosma, Pota dan sebagainya yang lebih adil.
Apa yang dirancang dan sedang dilaksanakan kini semuanya berpaksikan kepada perjuangan asal UMNO, demi agama Islam, bangsa Melayu bumiputera dan tanah air. Maka, ia secara tidak langsung juga sejajar dengan perjuangan yang berteraskan ‘lillahi taala’.
Soalnya kini, adakah tindakan Mahathir bersekongkol dengan DAP itu berdasarkan ‘lillahi taala’? PAS pun gagal mengislamkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, sejauh mana pula kehebatan Mahathir ‘berdakwah’ kepada dua petualang DAP itu?
Apakah Mahathir berpandangan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dari segala perlakuan zina dan seks luar tabii sebagaimana yang Mahathir yakin berlaku dulu? Selamatkah Mahathir ‘naik sekatil’ dengan Anwar? Hubungan ‘lillahi taala’ juga?
Adakah tindakan yang pernah Mahathir lakukan terhadap Anwar, Kit Siang, Guan Eng, dan ramai lagi ‘mangsa-mangsa’nya dulu juga adalah kerana ‘lillahi taala’? Atau ia hanyalah sekadar mahu mempertahankan kuasa politik semata-mata?
Ramai yang menasihati Mahathir supaya kembali ke pangkal jalan agama dengan mengingatkannya tentang ‘tikar sejadah’. Tapi nasihat itu dibalas dengan ‘tuba’. Apakah itu akhlak seperti itu membayangkan perlakuan Mahathir yang ‘lillahi taala’? Fikir sendiri…

Comments