AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat.

SHAH ALAM 30 Dis. – Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.

Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada.

Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilan itu dilihat sekadar menjadi medan untuk menyebar kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling ketara, Dr. Mahathir sendiri dalam ucapannya selama hampir sejam, telah menyebut nama Najib sebanyak 38 kali sejak dari awal hingga akhir dan menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan negatif khususnya kleptokrat.

Tidak ketinggalan, Pas yang turut menjadi sasaran kecaman barisan kepemimpinan tertinggi PPBM hanya kerana parti tersebut enggan menyertai Pakatan Harapan dan bersekongkol dengan DAP.

Ternyata perkara tidak digemari perwakilan PPBM sendiri apabila mereka tampil menyuarakan kekecewaan terhadap Dr. Mahathir khususnya kerana tidak menjadikan medan AGM sebagai pentas untuk mengangkat perjuangan bangsa, agama dan tanah air, sebaliknya menjelmakan dendam politik yang kesumat. 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL