Perghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade), mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu disiasat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan.

Synergy Promenade adalah syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Mohd Puad berkata, mana-mana pihak yang terbabit dengan penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang.

"Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah FELDA.

"Dakwaan Khairuddin dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan dua beradik berkenaan (Noraini Soltan dan Abd Rahman Soltan), yang ada angka 71, sehingga satu laporan polis dibuat oleh beliau.

"Sedangkan, ramai pemimpin pembangkang seperti (Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Setiausaha Agung PKR) Datuk Saifuddin Nasution dan (Ahli Parlimen Ampang) Zuraida Kamaruddin, juga memiliki kad pengenalan yang ada angka 71," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan blogger, Lim Sian See, yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, bahawa pemilik Synergy Promenade, Noraini dan Abd Rahman, mempunyai hubungan baik dengan keluarga Dr Mahathir.

Sian See mendakwa, Noraini adalah usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 ketika Tun Ismail Mohd Ali, yang juga abang ipar Dr Mahathir menjadi Pengerusi PNB.

"Dengan bantuan PNB, syarikat itu berkembang maju menjadikan Noraini dikenali sebagai vendor Proton, malah beliau sering berperanan sebagai pengerusi penganjur beberapa Persatuan Vendor Proton (PVA)," dakwanya.

Dr Mahathir juga didakwa rapat dengan PVA dan kerap membincangkan isu persatuan itu, malah anak beliau, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.

Sehubungan itu, Mohd Puad, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, pembangkang tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu tanah FELDA di Jalan Semarak.

"Yang penting, Perdana Menteri sudah mengarahkan audit forensik dibuat terhadap kes berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL