Posts

Showing posts from April, 2015

PRK Pmtg Pauh: Wan Azizah Tercengang Ditanya Tentang Manifesto

Image
BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mendedahkan manifestonya dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Permatang Pauh walaupun kempen memasuki hari keenam pada Khamis. Malah calonya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tercengang ketika diajukan soalan berhubung janji-janji yang dilakukannya jika diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan. Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Wan Azizah sebaliknya menyatakan bahawa parti itu mahu menunggu manifesto yang akan dilancarkan parti lawannya. "Manifesto? Oh…tak apa, kita tunggu BN dulu," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini, Khamis. Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin; Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak. Pada Rabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin O...

Ini pertama kali dalam hidup aku tengok seorang Perdana Menteri pegang payung...Tabik Lah PM Kita

Image
Perdana Menteri pegang payung dan meninjau perniagaan golongan OKU mengusahakan bengkel. PM melawat Bengkel 2H Auto Workshop yang dikelolakan oleh Zaharul, antara pengusaha OKU paling berjaya di Kampung Baru. Bengkel ini telah menerima manfaat daripada Program TEKUN yang bermatlamat untuk membantu golongan Bumiputera memulakan atau memajukan perniagaan mereka.

Wan Azizah Akui Tidak Sempat Jenguk Banjir Di Kajang....Habis Galak Gatal Nak Bertanding

Image
BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu isu ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini tidak diperbesarkan. Malah Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, masalah berkenaan sudah ditangani oleh wakilnya di kawasan itu. "Ehh...mana ada (masalah), semua selesai  dah. Kita dah lama turun buat kerja. "Tak...tak dak, tak ada masalah. Semua OK. Tak ada isu dah," katanya ketika ditemui mStar Online selepas bersarapan bersama penduduk kampung di Permatang Rawa di sini, Khamis. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rungutan penduduk di Kajang mengenai ketiadaannya di kawasan yang diwakilinya itu sewaktu banjir kilat baru-baru ini. Malah pada Rabu, Dr Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh mengakui tidak sempat berada di Kajang ketika insiden banjir kilat melanda. Sebelum ini, Dr Wan...

BETULLAH KATA ZUL NORDIN, PAS NI JANGAN HARAP SANGAT PENDIRIAN MEREKA!!!

Image
Berita tentang Pemuda PAS Pulau Pinang buat u-turn sememangnya telah dijangkakan dari awal oleh banyak pihak. Pendapat mereka mudah, PAS tidak mempunyai pendirian dan mereka sekadar berlenggok mengikut tiupan angin. Makin kuat angin yang bertiup ke arah mereka, semakin condonglah dan akhirnya mereka akan rebah. Bunyi memanglah hebat, macam lalang jugalah bila ditiup angin... berdesir tapi rebahnya pun boleh tahan condongnya. 26 April, Pemuda PAS Pulau Pinang buat ketetapan tidak akan menyokong Pakatan Rakyat. Beria-ia sungguh alasan yang diberikan. Seolah-olah mereka sudah berkerat rotan berpatah arang. Zul Nordin kemudiannya mengeluarkan kenyataan di bawah apabila siaran media Pemuda PAS Pulau Pinang dihebahkan. Jadi, tidak hairanlah mengapa Wan Azizah semakin kuat kokoknya dan AMK serta PKR pula bertambah juah dan takbur kerana tanpa mereka perlu akur kepada kehendak PAS pun, akhirnya duduk tak duduk, (dengan campurtangan DAP), akhirnya PAS terpaksa akur.

Penduduk Kajang Protes : 'Mana Wan Azizah Ketika Kami Susah?'Jawab Lah Jijah

Image
Buka Lah Mata semua kepada penyokong PKR .... KAJANG 30 April - Ketika Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sibuk berkempen untuk bertanding PRK Parlimen Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima di sini pula berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.   Sambil mempertikaikan keupayaan Presiden PKR itu melaksanakan amanah, Bahtiar Mohd Annuar, 44, yang mengetuai piket tersebut berkata 'kehilangan' Dr Wan Azizah ketika mereka dilanda musibah merupakan perkara yang amat menyedihkan dan sukar untuk dimaaf.   "Selasa lepas berlaku ribut, 60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin dan semalam Kampung Sungai Kantan pula dilanda banjir, tetapi Wan Azizah langsung tidak muncul. "Mana Wan Azizah ketika kami dalam kesusahan?   "Ketika penduduk sedang bersedih dengan apa yang berlaku, wakil rakyat yang diharap pula sibuk berceramah dan berkempen untuk dirinya di Permatang Pauh...ini yang kami kesalkan," katanya.   ...

Pas jadi bahan jenaka akibat u-turn...Apa Tidak Nya PKR Tak Maaf Pun Pada Presiden PAS Tapi Mengalah

Image
PRK Permatang Pauh mencatatkan sejarah tersendiri apabila Pas, parti yang tidak bertanding menjadi sebutan ramai dan lebih popular berbanding PKR. Dua kali Pas membuat kejutan dan menjadi tajuk muka depan kebanyakan media dalam tempoh seminggu ini. Pas Kawasan Permatang Pauh memecah kesunyian dan tembok halangan apabila membuat pusingan U dengan kembali menyokong PKR dalam pilihan raya ini walaupun sebelum ini bertegas dengan usul yang dibentangkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh. Sengketa itu selesai pada malam pengumuman nama calon PKR apabila kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man Mat Aji. Manakala PKR diwakili Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. ...

Cubaan 'spin' gambar Tok Guru Salleh Musa dan calon PKR

Image
Keberadaan tokoh ulama yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah Sik, Tuan Guru Haji Salleh Musa di Masjid Saidina Abu Bakar, Taman Guar Perahu, di sini adalah kerana menyampaikan kuliah tetapnya di situ. Oleh itu, dakwaan pihak tertentu bahawa beliau hadir dan mengadakan solat hajat sebagai kempen politik bagi parti tertentu yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh adalah tidak benar sama sekali. Menurut murid kanannya, semasa berkuliah di situ, Tuan Guru telah didatangi wakil sebuah parti yang memaklumkan ingin bertemunya. "Setelah selesai kuliah, Tok Guru adakan tahlil. Setelah itu, ada permintaan untuk Tok Guru buat solat hajat sempena juga ada orang hajatkan akikah tiga ekor kambing. "Jadi tujuan solat hajat adalah permintaan orang yang buat kenduri akikah semalam. Bagi meraikannya, Tok Guru pimpin solat hajat. "Sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaji dengan Tok Guru di masjid itu, Tok Guru pasti akan buat tahlil dan solat hajat,...

Cakap Senang Jijah Ni Hantar Wakil......Wakil Rakyat bukan kerja part-time

Image
PKR cuba memperbodohkan pengundi di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil perlimen berkenaan, 7 Mei ini, dakwa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. "Wakil Rakyat bukan kerja part-time, bukan suka-suka, ini tanggungjawab dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, jangan cuba nak perbodohkan pengundi Permatang Pauh tegasnya. Ini jelas beliau, berikutan kenyataan Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik sebagai berkata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan 'menguruskan' Parlimen Permatang Pauh jika parti itu berjaya memenangi PRK tersebut. "Kenyataan Wan Azizah yang juga calon PKR Parlimen Permatang Pauh amat dangkal, macam budak-budak dan cuba memperbodohkan pengundi di kawasan berkenaan,"tegasnya. Malah katanya, kenyataan tersebut menunjukkan Wan Azizah seperti langsung tidak menghormati dan menghargai hak serta tanggungjawab lebih 70 pengundi di Permatang Pauh. Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Per...

Saya tidak tergamak buat seperti Dr Mahathir...- Shahrir

Image
Selain Tengku Razaleigh Hamzah dan Lim Kit Siang...orang lama yang kini masih bertahan sebagai Ahli Parlimen ialah Tan Sri Shahrir Samad. Dari 1978 hingga kini beliau ialah Ahli Parlimen bagi kawasan Johor Bharu. Sejarah politiknya terlalu panjang bermula dari menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Musa Hitam kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya Allahyarham Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan Menteri dan yang terakhir hingga 2009 sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna. Kini beliau mengetuai Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yakni badan yang menjadi payung kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan atau biasanya disebut backbencher. Dari latar belakang itu lebih-lebih lagi dikenali sebagai orang yang berani bercakap terus terang membuatkan ramai tertarik untuk mendengar pandangan beliau mengenai isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak...

Penduduk kajang selangor dah mula menyampah kat wan azizah

Image
Lain kali korang pangkah lah lagi PKR kan wan azizah dah kata, masalah banjir atau masalah penduduk kajang Kena tanya MB selangor si azmin tu Dia jadi wakil rakyat untuk keluarganya saja Korang kenalah tanya si azmin Korang meroyanlah macam mana sekalipun tak guna dah Rasakanlah keperitan di bawah jagaan YB keturunan anwar ni

WAN JIJAH MAKI BLOGER PEMBANGKANG....ADUSSS

Image
KESIAN AMENO WORLD KENA MAKI DENGAN ORANG YANG DIA JILAT.

PKR TERPAKSA BUAT CERAMAH KAT KEDAI MAKAN SEBAB TAK ADA ORANG ?

Image
Apa kah daya jentera PKR untuk menarik perhatian dan orang ramai untuk mendengar Ceramahnya sehingga sambutan pun semakin hambar jugak.Siap ada Meja dan Kerusi lagi tu.Minum confirm dapat Percuma...itu pun ramai yang tidak mahu turun lagi tu.

Apakah Pemuda PAS Sudah Hilang Maruah ? #PRKPmtgPauh

Image
Tak tahan dihentam kiri dan kanan terus buat pusingan U-TURN 360 Darjah.Nak cakap banyak malas lah perilaku Pemuda PAS Penang ni.

Gempar - Raja Bomoh Distihar SESAT Dan HARAM !!!

Image
IPOH: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya semalam untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar. "Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun, menurut akhbar itu hari ini, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses. Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam be...

Mana alasan Azizah mahu jaga cucu sebelum ini? Soal Jahara....Semuanya Kena Kencing Lahhh

Image
PERMATANG PAUH: ADUN Telok Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid mempertikaikan kemampuan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan. Jahara mempersoal jasa Presiden PKR itu sepanjang menjadi ADUN Kajang sejak Mac tahun lalu. Malah Jahara turut bertanyakan mana perginya alasan Azizah sebelum ini untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya, sehingga bertindak meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen kawasan yang sama demi memberi laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Wan Azizah sekarang sudah menjadi ADUN Kajang, yang mana dahulu apabila nak beri laluan kepada Anwar beliau menggunakan alasan nak beri tumpuan kepada keluarga dan mahu jaga cucu. Tetapi sekarang, sama ada beliau nak jaga Kajang atau cucu atau nak jaga orang di Permatang Pauh pula? "Saya nak tanya masyarakat Permatang Pauh, sepanjang Wan Azizah jadi wakil rakyat di sana, apa yang be...

Mazlan Aliman, ANAK – Punca Kegagalan Kempen PAS

Image
AGAK menyedihkan juga nasib Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya (Anak FELDA Kebangsaan) bilamana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran mereka di Parlimen Rompin dilihat sebagai liabiliti kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS. Program anjuran ANAK dengan kerjasama PAS, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4 hujung minggu lalu dilihat gagal dalam meraih sokongan dan kepercayaan pengundi di FELDA Gugusan Keratong. Kegagalan yang masih cuba diputar belitkan! Program tersebut yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut sepatutnya diakhiri dengan ceramah Mat Sabu pada malam 26hb April, namun program tersebut telah dibatalkan keseluruhannya secara tiba-tiba pada tengahari. Peniaga pula sudah mula mengemas tapak jualan seawal lebih kurang jam 1 petang manakala kerusi meja diangkut pada sebelah petang lebih kurang jam 6. Pembatalan program tersebut dan ceramah penutup tanpa alasan yang kukuh menjadi tanda tanya dan bahan sendaan penduduk tempatan apab...

Jijah Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Dapatkan Undi....Mana Ustaz PAS Tak Nak Tegur Ker?

Image
Sanggup lakukan apa sahaja walaupun perbuatan mendekatkan diri dengan syirik, tetapi itu bukan halangan asalkan nak dapat undi. Begitulah kisahnya dengan calon PKR untuk PRK P044 Permatang Pauh, Wan Azizah isteri KETUM. Kepada umat islam di bumi Permatang Pauh boleh saksikan sendiri dan buatlah penilaian mengikut akal fikiran yang waras. Apakah ini jenis wakil rakyat beragama islam yang anda mahukan ? Sedang berlangsung kempen PRK di Permatang Pauh, semakin banyak pulak pekung famili KETUM yang didedahkan sendiri oleh pengundi pengundi yang telah petugas jentera BN temui.... Memang buruk sungguh tingkah laku kelakuan famili KETUM termasuklah calon recycle Kipas Cap Ikan Sepat Kering ini !

Meninjau kempen PAS di Rompin...Tak Berani Bangkit Isu Hudud Takut Hilang Sokongan Daripada Bukan Islam

Image
Kempen PAS pada pilihanraya kecil Rompin dilihat lebih tertumpu kepada isu Felda dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada menerangkan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti itu. Beberapa penganalisis politik berpendapat PAS akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku dan mampu mempersonakan rakyat seperti Felda, GST dan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana isu hudud mampu menjejaskan sokongan kerana ditentang sekutunya DAP dan PKR. Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata jika isu hudud dibawa dalam kempen ia dilihat mampu memberi kesan terhadap sokongan kepada PAS khususnya daripada pengundi bukan Islam. Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza pendirian dengan pemimpin DAP dan PKR dalam isu itu bakal menjauhkan pengundi bukan Islam terhadap calon PAS, katanya. "Malah isu hudud dilihat mampu memecah-belah sokongan pengundi b...

Inilah Wakil PKR....Tiada keperluan perjelas isu hudud semasa kempen PRK - Syed Ibrahim

Image
PULAU PINANG: Tiada keperluan perjelas isu hudud semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh atau Rompin, kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh. Ini kerana hudud belum pun dilaksanakan dan masih dalam peringkat perbincangan. Sebaliknya jentera pilihan raya Pakatan Rakyat perlu fokus pada isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudahpun dikuatkuasakan 1 April lalu. Pakatan Rakyat sebelum ini bersetuju untuk membawa isu-isu nasional yang membelit rakyat seperti pelaksanaan GST, ketirisan dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan persekutuan dan banyak lagi. "Kalau pun isu itu (hudud) ditimbulkan, kita boleh beri penjelasan kepada pihak pengundi tetapi daripada awal lagi kita sebutkan ialah kos sara hidup, harga barang naik yang mana kesannya adalah langsung kepada rakyat. "Jadi kalau kita sebut tentang hudud kepada rakyat sebenarnya itu benda yang belum pasti lagi dan masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi GST sudah pun mencengkam ra...

Konflik dalam PAS: Reaksi Nasrudin pada ugutan Mat Sabu

Image
Panglima perang Haji Hadi, Nasrudin Hassan Tantawi membuat kenyataan terbuka di dalam facebooknya memberi amaran kepada pimpinan PAS Pusat supaya tidak terburu-buru mengambil tindakan untuk menghukum Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah. Reaksi keras itu berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Suhaizat Kaiat supaya tindakan disiplin dikenakan pada Yusni yang berkeras mahu memboikot PRK Permatang Pauh. Nasrudin yang juga AJK PAS Pusat berkata tindakan yang diambil Yusni perlu diselidik dengan teliti terlebih dahulu sama ada betul-betul melanggar disiplin parti. Malah Nasrudin menegaskan beliau tidak akan berpeluk tubuh jika tindakan terhadap Yusni diambil secara tergesa-gesa tanpa sebarang siasatan terperinci. “Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jemaah dan (berniat) memelihara maruah pucuk pimpinan. “Isu yang timbul mesti terlebih dahulu diusahakan untuk sel...

Wakil Rakyat bukan kerja part-time

Image
PKR cuba memperbodohkan pengundi di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil perlimen berkenaan, 7 Mei ini, dakwa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. "Wakil Rakyat bukan kerja part-time, bukan suka-suka, ini tanggungjawab dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, jangan cuba nak perbodohkan pengundi Permatang Pauh tegasnya. Ini jelas beliau, berikutan kenyataan Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik sebagai berkata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan 'menguruskan' Parlimen Permatang Pauh jika parti itu berjaya memenangi PRK tersebut. "Kenyataan Wan Azizah yang juga calon PKR Parlimen Permatang Pauh amat dangkal, macam budak-budak dan cuba memperbodohkan pengundi di kawasan berkenaan,"tegasnya. Malah katanya, kenyataan tersebut menunjukkan Wan Azizah seperti langsung tidak menghormati dan menghargai hak serta tanggungjawab lebih 70 pengundi di Permatang Pauh. Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Per...

Murahnya Harga "Hudud" Di Sisi PAS Penang

Image
Anda fikir fikirkan lah....

Harga Tambah Nilai Prabayar Kembali Ke Asal Mulai 1 Mei

Image
PUTRAJAYA: Syarikat telefomunikasi akan kembali menetapkan harga tambah nilai prabayar kepada yang asal mulai 1 Mei ini. Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat telekomunikasi telah dimaklumkan supaya mengembalikan kadar sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April lalu. Ini bermakna isi semula tambah nilai RM10 akan dijual pada harga RM10 berbanding harga termasuk GST iaitu RM10.60.

Saat Kajang merintih,Wan Azizah terus berkempen di Permatang Pauh

Image
Pencalonan Wan Azizah sebagai calon recycle di Kajang bukan sahaja dipertikai oleh warga Permatang Pauh tetapi juga penyokong fanatik Pakatan Pembangkang. Di antara komen mereka : - Satu wakil rakyat satu kawasan. Adun mahupun parlimen. - Contoh kes di atas. Kelayakan dan kredibliti DSWA layak dipertikaikan. - Bukan secara individu bahkan wakil rakyat yang mempunyai 2 kerusi memang layak dipertikaikan kredibliti mereka. - Tak mampu jaga Kajang sibuk nak jaga Permatang Pauh. - Legasi, menafikan hak DAP menjawat jawatan ketua pembangkang dan akan mengantikan peranan Anwar di parlimen. 3 dari 7 alasan yang diberi. - 4 alasan yang lain, tiada satu pun yang menyebut tentang rakyat. Tiada. - Dan itulah parti politik dan wajah sebenar wakil rakyat, jika kau mahu tahu. Di Kajang sendiri terdapat permasalahan rakyat yang perlu perhatian Wan Azizah tetapi tidak diselesaikan. Dan sekarang, ADUN Kajang ini menyibuk bertanding di PRK Permatang Pauh. Terbaru ialah keluhan rakyat Kajang...

Wan Azizah Bimbang Tagline BN "Cukuplah...Kami Pulak" Pengaruhi Pengundi

Image
BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan kebimbangannya terhadap strategi kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh terutama yang menggunakan tagline tertentu. Misalnya tagline "cukuplah...kami pulak" yang tertera pada poster dan kain rentang pihak lawan untuk memancing undi. Sehubungan itu, Presiden PKR itu mengingatkan pengundi di kawasan berkenaan supaya tidak mudah terpengaruh dengan strategi pihak lawan. “Ada banner yang katakan, “cukuplah...kami pulak" "Aik...mana boleh bagi kat depa, Federal (Pentadbiran Persekutuan) depa dah pegang, tak betul tu,” katanya ketika melancarkan Jabatan Daerah Mengundi (JDM) di Kubang Ulu di sini, Selasa malam. Mengulas lanjut dalam majlis pelancaran ringkas itu, Dr Wan Azizah berkali-kali berharap agar pengundi tidak terpedaya dengan strategi BN yang cuba meraih undi bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi PKR sejak 1999. “(Kerajaan)...

U-TURN Balik Dah.....Boikot PKR: Akhirnya Yusni Mat Piah Mengalah

Image
KEPALA BATAS: Konflik berpanjangan antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang berakhir apabila kini Dewan Pemuda PAS negeri membuat 'pusingan U' berhubung pendirian mereka untuk mempertahankan hudud. Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya akur dengan arahan PAS Pusat untuk membantu parti sekutunya itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. "Kami sebulat suara akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Markas PAS Pulau Pinang di sini, Rabu. Bagaimanapun dalam masa yang sama Mohd Yusni berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang dengan pendirian untuk menuntut permohonan maaf daripada Angkatang Muda Keadilan (AMK) berhubung kenyataan menghina terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Februari lalu. Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin. Ditanya mengapa tidak...

Harap rakyat ini kalilah bijak bertindak terhadap nepotisme keluarga

Image
Bayangkan Kajang sendiri tak terjaga dulu dengan langkah Kajang nak jadi MB selangor siap pecat ts Khalid Ibrahim dari pkr , tapi kerana pas tak sokong maka gagal jadi MB kini nak pergi permatang pauh pulak

HINANYA ORANG MISKIN DIMATA WAN AZIZAH....MASA NAK UNDI SAJA CAKNA TU

Image
Calon Prk permatang pauh melebelkan meggi hanya sesuai dimakan orang miskin..kenapa menghina dan aibkan orang miskin?taulah keluarga kak Wan kaya tapi tak perlu hina orang miskin rupa ini !! Busuk betul mulut bini Anwar ni..

Barua Politik Malaysia Upah Majalah Indonesia ?

Image
Baru-baru heboh diberitakan dalam media maya mengenai laporan sebuah majalah Indonesia yang mengeluarkan artikel menceritakan gaya hidup mewah isteri Perdana Menteri Malaysia . Perihal mengenai kemewahan pemimpin-pemimpin kerajaan BN dan kaum keluarga mereka bukan lah sesuatu yang baru dimainkan . Perdana Menteri sebelum Najib Razak iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir juga diberitakan mengenai perkara yang sama. Sebagai contoh anak kepada salah seorang mantan Perdana Menteri yang turut difitnah pihak pembangkang kerana mempunyai gaya hidup yang mewah. Oleh itu, isu mewah ini lebih kepada permainan politik yang biasa pembangkang bagi meraih sokongan . Perkara ini dilihat sengaja dibangkitkan dikala serangan bertalu-talu dari dalam dan luar yang dilakukan terhadap PM . Rosmah sebagai isteri turut menerima tempias , sama seperti tempias serangan yang terpaksa dihadapi ahli keluarga mantap PM. Antara yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan ialah penggunaan beg tangan berjena...

Pelik kalau PKR tak tahu Anwar tak layak mengundi

Image
SHAH ALAM – Pemimpin PKR diyakini mengetahui bahawa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara tidak layak mengundi di PRK Permatang Pauh, bulan depan. Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Perkara 119 (3) (a) menyentuh soal kelayakan pemilih dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih jika sedang menjalani hukuman pemenjaraan. “Layakkah Datuk Seri Anwar menjadi pengundi PRK Permatang Pauh? Apabila PKR meminta Anwar diberi izin untuk mengundi, saya rasa pelik. “Ini kerana peruntukan Perkara 119(3)(a) menyatakan seseorang yang gila atau sedang menjalani hukuman penjara; atau dihukum dengan hukuman mati atau penjara melebihi 12 bulan, maka hilang kelayakan untuk mengundi pada hari pengundian,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya, semalam. Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul I...

Puak 'PAS Ekstrim' Seperti Tukang Fatwa - Khalid Samad

Image
BLOG KHALID SAMAD - Saya menyambut baik teguran Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini melalui FBnya terhadap tulisan saya; tanpa disebut nama. Beliau mempersoalkan sebab mengapa saya “membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh” yang bersifat negatif pada pandangan beliau. Pada masa yang sama, beliau menegur sikap yang melukakan imej parti oleh mereka yang “melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka”. Sebagai salah seorang Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sememangnya wajar menegur saya dan saya menerimanya dengan baik. Sememangnya hujjah Dato' Tuan berhubung contoh baik di Rompin adalah tepat. Begitu juga hujjah berhubung kesediaan PAS mengagihkan kekuatannya di antara Rompin dan Permatang Pauh sebagai bukti keutuhan PR adalah juga benar. Namun masalahnya adalah, di Rompin, PAS yang bertanding dan PKR serta DAP memberikan sokongan yang padu, tetapi ianya tidak sebegitu di Permatang Pau...

Wartawan selar pengurus 'WhatsApp Group' PRK P.Pauh kendali program Azizah

Image
PULAU PINANG: Kempen calon PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh bercelaru apabila lokasi lawatannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan wartawan. Jadual program Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak teratur malah menyusahkan pihak media yang terpaksa membazirkan masa untuk menunggu beliau di program yang diikuti. Difahamkan PKR mewujudkan satu sistem melalui khidmat aplikasi WhatsApp yang dinamakan PRK.P.Pauh (Keadilan 2) bagi memudahkan media mengikuti program Azizah. Namun kemudahan itu menyulitkan pihak media apabila individu yang bertanggungjawab mengakses akaun tersebut lambat memberi maklum balas terutamanya mengenai penukaran program Azizah. Seorang wakil media yang tidak mahu namanya ditulis memberitahu begitu kecewa dengan pihak admin tersebut. Katanya beliau terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapat kepastian program yang diikuti oleh Azizah pada hari pertama program Presiden PKR itu. “Boleh tahu pukul berapa kak Wan p...

Kit Siang terkesima diajak peluk Islam oleh pelajar....Ternganga Lim Kit Siang DiBuatnya

Image
Ini strategi DAP untuk tarik hati orang Melayu dengan mendekati golongan ulama dan memulakannya di Mesir dan Jordan. Satu rombongan pembesar-pembesar DAP berlepas ke Asia Barat dalam rangka lawatan muhibbah bertemu pelajar Malaysia di negara tersebut. Tapi ada cerita menarik bagaimana Penasihat DAP Lit Kit Siang terkesima ketika dijemput memeluk Islam oleh seorang pelajar. Ia dibuat ketika Ahli Parlimen Gelang Patah bersama pemimpin DAP lain termasuk Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan program berjumpa pelajar-pelajar Islam di Asia Barat, baru-baru ini. Pelajar berkenaan, Zaid Zainul Rashid merupakan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Mesir. Dia memberanikan diri menghampiri Kit Siang selepas sesi soal jawab dan menjemput pemimpin politik veteran itu memeluk Islam. “Saya ingin menjemput awak untuk memeluk Islam,” kata Zaid kepada Kit Siang seperti yang diceritakannya di akaun Facebook. Dia berkata, Kit Siang seperti kurang jelas dengan pelawaaannya itu dan ...

Panas Telinga Puak PR Ni.....Permatang Pauh perlukan wakil rakyat sepenuh masa

Image
BUTTERWORTH: Penduduk Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, bukannya anggota Parlimen yang hanya sesekali berada di kawasan itu. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Ahli Parlimen atau wakil rakyat yang hanya sesekali menjenguk kawasan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah penduduk di sesebuah kawasan. "Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh saya perlukan wakil saya berada di sini. Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Permatang Pauh... apakah mereka mahu wakil rakyat mereka yang menjaga di Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini. Semalam, Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin berkata soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada parti itu. Malah, katanya, Presiden PKR itu selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen...

Agus minta PKR henti sensasikan fakta tidak tepat

Image
SHAH ALAM: 'Cukuplah mensensasikan fakta yang tidak tepat dan hal yang tidak perlu,' tegas penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof. Mohammad Agus berkata demikian mengulas permintaan pihak pembangkang supaya kerajaan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini. "Cukuplah mensensasikan fakta yang tidak tepat dan hal yang tidak perlu," ujar Agus menerusi laman Facebooknya. Agus berkata, walaupun PKR mahukan Anwar mengundi dalam PRK Permatang Pauh, perkara itu tidak dibenarkan berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Ini kerana peruntukan Perkara 119(3)(a) menyatakan seseorang yang gila atau sedang menjalani hukuman penjara atau dihukum dengan hukuman mati atau penjara melebihi 12 bulan, maka hilang kelayakan untuk mengundi pada hari pengundian," katanya. Malah, Agus berkata beliau ...