Wakil Rakyat bukan kerja part-time
PKR cuba memperbodohkan pengundi di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil perlimen berkenaan, 7 Mei ini, dakwa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
"Wakil Rakyat bukan kerja part-time, bukan suka-suka, ini tanggungjawab dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, jangan cuba nak perbodohkan pengundi Permatang Pauh tegasnya.
Ini jelas beliau, berikutan kenyataan Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik sebagai berkata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan 'menguruskan' Parlimen Permatang Pauh jika parti itu berjaya memenangi PRK tersebut.
"Kenyataan Wan Azizah yang juga calon PKR Parlimen Permatang Pauh amat dangkal, macam budak-budak dan cuba memperbodohkan pengundi di kawasan berkenaan,"tegasnya.
Malah katanya, kenyataan tersebut menunjukkan Wan Azizah seperti langsung tidak menghormati dan menghargai hak serta tanggungjawab lebih 70 pengundi di Permatang Pauh.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan menyifatkan PKR sebagai sebuah parti tidak bertanggungjawab dan seolah-olah menjadikan pengundi di Parlimen Permatang Pauh sebagai bahan mainan.
Katanya, jika Wan Azizah berasakan dirinya 'terlalu sibuk' untuk menguruskan DUN Kajang yang dimenanginya menerusi PRK tidak lama dulu, adalah lebih baik beliau tidak bertanding di PRK Permatang Pauh.
"Orang yang tamak selalunya rugi dan menyusahkan orang lain," katanya sambil menegaskan PKR terbukti sebuah parti dinasti keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh kerana kesalahan meliwat.
Syed Ali menjelaskan, jika PKR tidak tamak dan Wan Azizah seorang pemimpin yang bertanggungjkawab beliau sepatutnya tidak menawarkan diri untuk bertanding di PRK Permatang Pauh.
"Wan Azizah boleh kata bahawa dia dipilih atas kehendak Pakatan Rakyat (PR), tetapi masih boleh menolaknya dan diberikan kepada calon PKR lain yang lebih berwibawa," katanya.
Bagaimanapun ujar beliau, selain berusaha untuk mengekalkan dinasti politik Anwar pemilihan Wan Azizah juga membuktikan PKR tidak ada calon untuk diketengahkan.
"PKR sudah tidak ada lagi tokoh berwibawa dan bersih cuma yang tinggal sekarang ini adalah segelintir saki-baki pengikut taksub Anwar yang berkepentingan.
Justeru kata Syed Ali, amat merugikan kepada pengundi di Permatang Pauh jika mereka sekali lagi memberikan kemenangan kepada calon PKR.
"Awal-awal lagi calonnya (Wan Azizah) kata jika menang, Azmin akan uruskan Parlimen Permatang Pauh kerana dirinya sibuk di DUN Kajang, jadi sudah jelas betapa pengundi cuba dipermainkan," tegasnya.
"Pengundi Permatang Pauh harus sedar bahawa PKR sebuah parti yang tidak bertanggungjawab, tidak ada apa-apa yang hendak diperjuangkan untuk rakyat, kecuali berusaha menegakkan sisa-sisa perjuangan politik Anwar.
Beliau menyambut baik ingatan yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penduduk Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, bukannya anggota Parlimen yang hanya sesekali berada di kawasan itu.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata Ahli Parlimen atau wakil rakyat yang hanya sesekali menjenguk kawasan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah penduduk di sesebuah kawasan.
“Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh saya perlukan wakil saya berada di sini. Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Permatang Pauh… apakah mereka mahu wakil rakyat mereka yang menjaga di Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin berkata soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada parti itu.
Malah, katanya, Presiden PKR itu selaku calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor masih boleh memberi perkhidmatan baik kepada penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.
PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Wan Azizah, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, yang merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh sebelum ini, melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Comments