Inilah Wakil PKR....Tiada keperluan perjelas isu hudud semasa kempen PRK - Syed Ibrahim
PULAU PINANG: Tiada keperluan perjelas isu hudud semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh atau Rompin, kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.
Ini kerana hudud belum pun dilaksanakan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Sebaliknya jentera pilihan raya Pakatan Rakyat perlu fokus pada isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudahpun dikuatkuasakan 1 April lalu.
Pakatan Rakyat sebelum ini bersetuju untuk membawa isu-isu nasional yang membelit rakyat seperti pelaksanaan GST, ketirisan dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan persekutuan dan banyak lagi.
"Kalau pun isu itu (hudud) ditimbulkan, kita boleh beri penjelasan kepada pihak pengundi tetapi daripada awal lagi kita sebutkan ialah kos sara hidup, harga barang naik yang mana kesannya adalah langsung kepada rakyat.
"Jadi kalau kita sebut tentang hudud kepada rakyat sebenarnya itu benda yang belum pasti lagi dan masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi GST sudah pun mencengkam rakyat. Harga barang memang naik bukannya turun seperti mana yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Pusat Media PKR, Yayasan Aman.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yaakob sebelum ini berkata partinya akan menjelaskan isu hudud pada kempen PRK Permatang Pauh dan Rompin, bagi meningkatkan kefahaman rakyat berhubung isu itu.
Katanya setakat ini rakan sekutunya, DAP dan PKR tidak membantah hasrat parti itu berbuat demikian.
Syed Ibrahim kemudiannya berkata PAS sepatutnya terus memberikan penerangan berhubung hudud kepada Pakatan Rakyat dan tidak membelakangkan gagasan itu seperti sebelum ini.
"Saya rasa kita sudah pun sebut secara jelas bahawa ini akan dirundingkan di peringkat majlis Pakatan Rakyat. Kita setuju bahawa Pakatan Rakyat perlu tumpu dan gerakkan sekarang bahawa isu-isu pembelaan rakyat yang mana perkara utamanya adalah berkenaan dengan GST, berkenaan dengan isu-isu hutang yang menjadi perkara utama.
"Jadi tidak timbul kita akan sokong atau tidak (promosi hukum hudud oleh PAS). Bawalah perkara itu dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat akan datang. Perkara itu boleh dirunding dan dibincangkan bersama.
"Tumpuan sekarang adalah apa yang ada di hadapan kita iaitu memastikan calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh menang," katanya.
PKR dan DAP sebelum ini membantah hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Masing-masing berpendirian isu hudud tiada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, PAS tidak boleh meneruskan agenda mereka.
Namun PAS meminta DAP dan PKR menghormati hak demokrasinya dan mengingati perjanjian yang ditandatangani tiga parti itu untuk 'setuju untuk tidak bersetuju' bersabit isu hudud.

Comments