Saya tidak tergamak buat seperti Dr Mahathir...- Shahrir

Selain Tengku Razaleigh Hamzah dan Lim Kit Siang...orang lama yang kini masih bertahan sebagai Ahli Parlimen ialah Tan Sri Shahrir Samad.

Dari 1978 hingga kini beliau ialah Ahli Parlimen bagi kawasan Johor Bharu.

Sejarah politiknya terlalu panjang bermula dari menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Musa Hitam kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya Allahyarham Tun Hussein Onn.

Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan Menteri dan yang terakhir hingga 2009 sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna.

Kini beliau mengetuai Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yakni badan yang menjadi payung kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan atau biasanya disebut backbencher.

Dari latar belakang itu lebih-lebih lagi dikenali sebagai orang yang berani bercakap terus terang membuatkan ramai tertarik untuk mendengar pandangan beliau mengenai isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan Soal Jawab di TV3 Rabu malam.

Antaranya mengenai isu 1MBD yang menjadi isu utama dibawa oleh bekas Perdana Menteri itu,Shahrir tegas merasakan wang syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu tidak lesap seperti yang didakwa.

"Saya tidak percaya wang itu lesap...syarikat ada tatacaranya ...tentu ada penjelasan tentang hal ini,"katanya menjawab soalan mengenainya.

Serentak dengan itu beliau berharap semua orang bersabar menunggu hasil siasatan oleh Ketua Audit Negara keatas 1MDB yang diarah sendiri oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Malah beliau menyifatkan keputusan Najib mengarahkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB adakah sesuatu yang 'di luar jangkaan'.

Katanya adalah tidak wajar hanya berasaskan pada dakwaan terus hendak hukum.

"Kena ikut proses tertentu..tak boleh tangkap gantung..tembak mati...tidak.
"Setakat ini baru peringkat dakwaan...penyiasatan harus dilakukan dengan cara yang baik dan teliti,"katanya.

Shahrir menaruh keyakinan penuh kepada kredibiliti Ketua Audit Negara dalam menjalankan siasatan telus keatas 1MDB berdasarkan rekod Jabatan Audit Negara selama ini.

" Sejak Tan Sri Ahmad Nordin lagi memang tidak pernah kontrovesial...ia telus dan tegas...begitu juga sampai kepada Tan Sri Amrin Buang (sekarang).Lagipun selepas itu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlibat (siasat),"katanya.

Beliau menilai keputusan Perdana Menteri meminta Ketua Audit Negara siasat dan kemudiannya PAC pula adalah tepat sekali.

Menurutnya adalah penting institusi seperti Ketua Audit Negara dan PAC (bawah Parlimen) diperkukuhkan dalam sistem demokrasi.

Shahrir berpendapat sistem negara akan pincang jika tidak wujud keyakinan pada institusi-institusi berkenaan.

"Bahaya kata walau disiasat oleh Ketua Audit Negara tak bagus...tak jelas ...tak telus sidangkan Ketua Audit Negara siasat cara biasa.PAC pula dianggotai Ahli Parlimen BN dan pembangkang",ujarnya.

Katanya jika hendak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja misalnya ia akan mengambil masa dan kemudian akan timbul persoalan siapakah yang akan menjadi anggotanya.

Apapun Shahrir mahu agar siasatan Ketua Audit Negara disegerakan.

Ditanya kenapa Dr Mahathir seolah tidak sabar,Shahir berkata ," mungkin Tun ada jadualnya sendiri..."

Mengenai isu pembunuhan Altantuya,Shahrir berkata dalam keadaan ini kalau seseorang itu nak jadikan sesuatu isu apapun penjelasan tidak akan diterima.

Katanya kes ini sudah melalui segala proses mahkamah dan sepatutnya soal siapa arah dua anggota UTK bunuh model Mongolia itu menjadi hujah untuk mempertahankan diri.

"Tapi ia tidak timbul (masa perbicaraan),"katanya.

Shahrir berkata dalam hal pembunuh upahan ini tidak semestinya siapa yang suruh itu akan diketahui.

Beliau memberi contoh mengenai pembunuhan salah seorang pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi tidak lama dulu dimana pembunuhnya ditangkap tetapi sampai sekarang tidak diketahui siapa yang mengupahnya.

Shahrir merasa isu ini menjadi mainan sekadar untuk mendapat tepukan orang dan menyindir.

Mengenai cakap Dr Mahathir beliau menyesal bersara sebagai Perdana Menteri,Shahrir anggap ia mungkin gurauan.

Dalam konteks ini beliau telah menyingkap balik sejarah pemilihan UMNO yang sengit pada tahun 1987.

Pemilihan itu melibatkan Team A diketuai Dr Mahathir dan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Shahrir yang dalam Team B pada pemilihan itu memberitahu Najib disaat akhir telah menyokong Team A yang telah membawa kemenangan Dr Mahathir.

Pada pemilihan itu Dr Mahathir ( 761) menang tipis jawatan Presiden UMNO 43 undi mengatasi Tengku Razaleigh (718).

Katanya jika Najib (ketika itu Ketua Pemuda UMNO) sokong Team B maka Tengku Razaleigh sudah jadi Perdana Menteri.

"Akhirnya dalam apapun pertandingan kalau kita sayangkan parti...kita akan kembali,"katanya.

Shahrir menegaskan beliau tidak tergamak buat seperti Dr Mahathir sekarang.

Beliau menyingkap tentang pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Puteri yang terletak dalam kawasan Parlimen Johor Bharu pada tahun 1988.

Katanya sekalipun ketika itu dalam Team B yang baru tewas dalam pemilihan UMNO, beliau dilantik sebagai pengarah pilihanraya itu.

Namun katanya beliau tidak terlintas langsung hendak sabotaj BN pada pilihanraya itu bagi menjatuhkan imej kerajaan yang dipimpin oleh Team A, Dr Mahathir.

"Apapun perbalahan kita...jangan rosakan parti,"katanya.

Mengenai kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri,Shahrir menegaskan ia ditentukan oleh sokongan Ahli Parlimen sendiri dan tidak timbul keadaan dimana pihak ketiga atau pembangkang nak cuba campur tentukan siapa patut jadi pegang jawatan itu.

"Masa Tun beralih dari UMNO lama kepada UMNO Baru ( selepas UMNO diharamkan lanjutan dari pemilihan tahun 1987) Tun jumpa Ahli Parlimen BN untuk dapatkan satu pengesahan samaada beliau masih mendapat sokongan.

"Konsep demokrasi negara berasaskan kepada bilangan Ahli Parlimen yang sokong...kalau majoriti masih terimanya (Najib) sebagai Perdana Menteri...saya tidak tahu bagaimana pihak ketiga atau pembangkang nak cuba campur siapa patut jadi Perdana Menteri,"katanya.

Ditanya pandangannya mengenai worst case scenario isu kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri,Shahrir berkata beliau yakin Najib tidak akan ubah hala tuju dasar ekonomi seperti pemberian BR1M, GST (yang turut dikritik bekas Perdana Menteri itu).

Katanya apa sekalipun keadaan akhirnya ia akan berbalik kepada soal sokongan di kawasan-kawasan yang diwakili oleh setiap Ahli Parlimen.

"Terpulang kepada kami sebagai Ahli Parlimen untuk yakinkan pengundi kami di kawasan kami,"katanya.

Beliau berpendapat kritikan Dr Mahathir mungkin mendatangkan kesan jika tidak terjawab.

"Tapi saya rasa ada jawapan pada pandangan dan kritikan Dr Mahathir,"katanya.

Shahrir menegaskan sebagai Pengerusi BNBBC beliau akan tentukan rakan-rakan Ahli Parlimen BN berusaha mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

"Kita tidak akan duduk diam...kita akan berfungsi sebagai Ahli Parlimen BN,"tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL