Saat Kajang merintih,Wan Azizah terus berkempen di Permatang Pauh
Pencalonan Wan Azizah sebagai calon recycle di Kajang bukan sahaja dipertikai oleh warga Permatang Pauh tetapi juga penyokong fanatik Pakatan Pembangkang.
Di antara komen mereka :
- Satu wakil rakyat satu kawasan. Adun mahupun parlimen.
- Contoh kes di atas. Kelayakan dan kredibliti DSWA layak dipertikaikan.
- Bukan secara individu bahkan wakil rakyat yang mempunyai 2 kerusi memang layak dipertikaikan kredibliti mereka.
- Tak mampu jaga Kajang sibuk nak jaga Permatang Pauh. - Legasi, menafikan hak DAP menjawat jawatan ketua pembangkang dan akan mengantikan peranan Anwar di parlimen. 3 dari 7 alasan yang diberi.
- 4 alasan yang lain, tiada satu pun yang menyebut tentang rakyat. Tiada. - Dan itulah parti politik dan wajah sebenar wakil rakyat, jika kau mahu tahu.
Di Kajang sendiri terdapat permasalahan rakyat yang perlu perhatian Wan Azizah tetapi tidak diselesaikan. Dan sekarang, ADUN Kajang ini menyibuk bertanding di PRK Permatang Pauh.
Terbaru ialah keluhan rakyat Kajang yang mengadakan piket bagi membantah pembinaan pangsapuri perkhidmatan yang terletak 100 meter daripada SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Menurut laporan, bantahan ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bukan sahaja kerana projek itu terletak berhampiran dengan sekolah tersebut tetapi projek itu melanggar Garis Panduan Piawian Perancangan Negeri Selangor.
Malah, ibu bapa turut melahirkan rasa khuatir mereka terhadap keselamatan anak-anak mereka kerana jalan di kawasan itu sempit dan turut digunakan oleh lori dan jentera berat untuk pembinaan tersebut.
Yang mengejutkan ialah kenyataan pihak PIBG sekolah tersebut yang turut mendedahkan bahawa kelulusan tanah bagi projek tersebut masih belum dimuktamadkan oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi pemaju sudah memulakan kerja-kerja pembinaan! Baca Sini
Persoalannya sekarang, di manakah Wan Azizah, ADUN Kajang, Selangor?
Kenapa beliau tidak berada di kawasan beliau dan membantu rintihan rakyat Kajang yang tersepit dengan permasalahan yang turut melibatkan keselamatan anak-anak, ibu dan bapa?
Rakyat parlimen Permatang Pauh perlukan wakil rakyat yang fokus dan sentiasa bersama mereka. Bukannya, individu yang kawasan DUN sendiri mempunyai masaalah rakyat.
Logiknya, Wan Azizah tidak mungkin dapat fokus dan bekerja sepenuh masa di Permatang Pauh jika dibandingkan dengan Suhaimi Sabudin, calon BN yang bukan sahaja anak tempatan parlimen tersebut tetapi sudah terbukti sentiasa berkhidmat untuk rakyat Permatang Pauh sebelum ini.
PRK ini bukan untuk mencari wakil rakyat yang berjuang untuk satu individu atau hadir masa kenduri sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat dan bersama-sama mereka, sama ada masa susah dan juga senang.

Comments