Wan Azizah Bimbang Tagline BN "Cukuplah...Kami Pulak" Pengaruhi Pengundi
BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan kebimbangannya terhadap strategi kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh terutama yang menggunakan tagline tertentu.
Misalnya tagline "cukuplah...kami pulak" yang tertera pada poster dan kain rentang pihak lawan untuk memancing undi.
Sehubungan itu, Presiden PKR itu mengingatkan pengundi di kawasan berkenaan supaya tidak mudah terpengaruh dengan strategi pihak lawan.
“Ada banner yang katakan, “cukuplah...kami pulak"
"Aik...mana boleh bagi kat depa, Federal (Pentadbiran Persekutuan) depa dah pegang, tak betul tu,” katanya ketika melancarkan Jabatan Daerah Mengundi (JDM) di Kubang Ulu di sini, Selasa malam.
Mengulas lanjut dalam majlis pelancaran ringkas itu, Dr Wan Azizah berkali-kali berharap agar pengundi tidak terpedaya dengan strategi BN yang cuba meraih undi bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi PKR sejak 1999.
“(Kerajaan) Persekutuan bawah BN, jadi kita (kena) pegang Parlimen Permatang Pauh sebab kita nak ada suara dalam Parlimen,” katanya.
Sejak Selasa, BN mula menaikkan poster dan banner di beberapa kawasan tertentu dengan pelbagai tagline dan slogan termasuk “cukuplah…kami pulak” yang bermaksud mahu pengundi memberi peluang kepada parti itu mewakili rakyat di Permatang Pauh.
Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.

Comments