Wartawan selar pengurus 'WhatsApp Group' PRK P.Pauh kendali program Azizah
PULAU PINANG: Kempen calon PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh bercelaru apabila lokasi lawatannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan wartawan.
Jadual program Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak teratur malah menyusahkan pihak media yang terpaksa membazirkan masa untuk menunggu beliau di program yang diikuti.
Difahamkan PKR mewujudkan satu sistem melalui khidmat aplikasi WhatsApp yang dinamakan PRK.P.Pauh (Keadilan 2) bagi memudahkan media mengikuti program Azizah.
Namun kemudahan itu menyulitkan pihak media apabila individu yang bertanggungjawab mengakses akaun tersebut lambat memberi maklum balas terutamanya mengenai penukaran program Azizah.
Seorang wakil media yang tidak mahu namanya ditulis memberitahu begitu kecewa dengan pihak admin tersebut.
Katanya beliau terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapat kepastian program yang diikuti oleh Azizah pada hari pertama program Presiden PKR itu.
“Boleh tahu pukul berapa kak Wan pergi rumah Adam,” soalnya kepada pihak admin (pengurus) pada pukul 1.48 petang semalam.
Bagaimanapun jawapan soalan wartawan tersebut hanya dibalas pada pukul 3.07 petang oleh pihak yang bertanggungjawab.
“Now…Dah pergi dah sekarang,” katanya.
Jawapan yang lambat daripada pihak admin (pengurus) tersebut menyebabkan banyak media terpaksa bergegas ke lokasi tersebut dan hampa apabila sampai di situ, kelibat Azizah sudah tidak kelihatan lagi.
Malah wartawan dari Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli turut menzahirkan rasa tidak senang dengan pihak itu yang tidak tahu pergerakan calon PKR mereka sehinggakan dilihat menyusahkan banyak pihak media.
“Sekarang Kak Wan di mana ya?,” soal beliau kepada pihak admin (pengurus).
“Di atas kerusi hehe,” jawab salah seorang ahli kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Pah.
“Hahaha saya perhati je perangai kau Kak Pah,” kata Zulaikha.
“Kalau tanya pun dorang jawab lambat. Dah habis program Kak Wan baru bagi tahu, hahaha,” jawab Kak Pah.
Kemudian selepas dilihat pihak admin terus gagal memainkan peranannya di dalam kumpulan whatsapp tersebut, Zulaikha dilihat mengambil pendekatan untuk menegur mereka.
“Kalau ada pertukaran jadual Kak Wan, boleh tolong alertkan dalam group ni?
“Pengurus calon ke, yang follow Kak Wan ke, masukkan dalam group ini then update.
“Sekadar cadangan. Sebab nanti susahlah kita nak ke sana ke mari apa semua. Dah la tak familiar dengan jalan,” tegurnya kepada pihak tersebut.
Teguran Zulaikha itu disambut baik oleh seorang lagi ahli kumpulan whatsapp tersebut yang dikenali sebagai Ammar.
“Saya sokong,” katanya sambil menunjukkan ikon ‘thumbs up’ (bagus) kepada Zulaikha.
Sokongan itu turut disapa oleh wartawan lain.
“Saya sokong 200% tambah media yang hantar seorang sahaja reporter, huhu,” kata Kak Pah.
“Rasa Kak Wan tak ikut jadual yang diberi…sebab itu minta update jika ada pertukaran,” kata wartawan dari TV Selangor yang dikenali sebagai Yatt Hayati.
“Saya sokong Zulaikha,” kata seorang lagi wartawan Firdaus Azil.
Kelewatan pihak admin (pengurus) memberi maklum balas terkini pergerakan calon PKR tersebut dilihat memang sangat menyusahkan pihak media.
Ini ekoran jika perkara ini berterusan berlaku sehingga sehari sebelum hari pembuangan undi, sudah pasti ia mendatangkan kemarahan kepada pihak media yang sangat menghargai masa.
Sehubungan itu pihak tersebut diminta lebih peka dan memberikan maklum balas terkini kepada ahli kumpulan WhatsApp tersebut yang diwujudkan sendiri oleh ahlinya itu.
Terdahulu pihak media keliru dengan tentatif program jadual Jelajah Permatang Pauh Wan Azizah bertarikh 26 April yang menyatakan beliau berada di tiga lokasi dalam masa yang sama pada pukul 3 petang.
Antara lokasi yang dijadualkan untuk Wan Azizah adalah Taklimat Isu-isu Semasa di An-Nahdhoh, Bengkel Kecantikan di Pangsapuri Permata Seberang Jaya dan Program Tukar Minyak Motor Percuma di Pos Kawalan Kuala Mengkuang.

Comments