Posts

Showing posts from January, 2014

Di Johor… Lelaki Maut Akibat Terkena Mercun

Image
JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini. Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk. Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Kuatnya Wayang Rafizi ni...Yer

Image
RAFIZI Ramli sebak dan hampir menangis bila mengulas kepada Kini.TV mengenai kemarahan umum terhadap tindakan PKR mengosongkan kerusi dan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang. Katanya, PKR 'terpaksa' lakukannya demi menyelamatkan rakyat Selangor dari politiking UMNO. Adakah maksud Rafizi barisan kepimpinan PKR, malah Pas dan DAP di Selangor tak mampu nak bekerja mempertahankan PR dari UMNO yang sedang seperti helang patah sayap? Oh kalau Anwar bertanding, semuanya akan okey? Kalau Anwar jadi MB, UMNO tak mampu buat apa-apa dah? Tapi dalam banyak stament Rafizi dalam temubual tu, ini yang paling best: ``Kami terpaksa melukakan dan mengelirukan rakyat demi untuk perkara yang kepentingannya lebih luas kepada rakyat." Mudah kata, maksud beliau, PKR tipu dan lukakan rakyat demi rakyat juga. Helo YB, pelik sungguh kenapa YB hendak menangis macam budak-budak sedangkan kenyataan ini bisa sahaja buat orang ketawa!!

PRK Kajang: MCA Sudah Senarai Pendek Calon...NAma Nama Di Sebut LCW..

Image
KUALA LUMPUR: MCA telah menyenarai pendek calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan akan menyerahkan senarai itu kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan membuat pilihan muktamad, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai. Presiden MCA yang ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina parti pada Jumaat berkata, pertimbangan dalam memilih calon yang paling sesuai ialah seseorang yang boleh memenangi kerusi itu. "Kami mahu seseorang yang akan memastikan kemenangan untuk Barisan Nasional," katanya. Ditanya jika pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei antara nama-nama yang disenaraikan, beliau berkata: "Apa-apa pun berkemungkinan." Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu. Tindakan tersebut didakwa sebag...

Lebih 20 pengundi Kajang mahu Lee disiasat polis dan SPRM...Siapa Mahu Undur Secara Rela?

Image
KAJANG: Lebih 20 penduduk Kajang, pada Khamis menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan sisatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh ekoran peletakan jawatannya secara tiba-tiba. Kesemua mereka berasa tertipu dengan tindakan Lee yang secara tiba-tiba mengosongkan kerusinya walaupun baru tujuh bulan menjadi wakil rakyat. Alasan Lee sebelum ini bahawa keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, menambah rasa curiga mereka. Mereka kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kajang. Wakil Penduduk  Kampung Sungai Kantan, Ismaredza Rahim ketika ditemui di luar balai polis berkata siasatan harus dilakukan bagi memastikan tiada elemen rasuah atau salah guna kuasa wujud dalam polemik. SUPER: Ismaredza Rahim, Penduduk  Kampung Sungai Kantan 03:32- 04:24 "Kami wakil semua penghuni DUN Kajang, merasa tertipu pada hari ini mendengarkan ber...

MAT BABUN MENYERU SEMUA AHLI PAS MENYOKONG PENUH ANWAR DI DUN KAJANG....PERGHHHH

Image
Inilah dia hasil bahalol sial see. Palo PAS lain2..semo tokleh pakaiiii

PAS JANGAN JADI LEBAI MALANG Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.

Image
Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat. Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13. Semua itu dilakukan dengan hanya satu kepentingan iaitu untuk mendudukkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dirasmikan sebagai korban politik. Itu belum lagi dikira sekian banyak dustanya sebelum ini daripada cerita arsenik, 16 September, 40 ribu pengundi warga Bangladesh dan bermacam-macam lagi. Apa yang berulang-ulang pun kemudian dinafikan, inikan pula yang tidak sampai pun 24 jam!

Disembelih Bapa Sendiri....Masyallah Apa Sudah Jadi Ni

Image
KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut disembelih bapanya, manakala dua kakaknya parah, dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini, semalam. Kejadian disedari seorang anak perempuan lelaki terbabit berusia 15 tahun yang pulang dari sekolah kira-kira jam 4.15 petang.Dua anak perempuan lelaki terbabit, masing-masing parah akibat di kelar di belakang leher dan putus jari. Mayat anak perempuan bongsu lelaki terbabit ditemui anggota polis dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah berkenaan. Sebaik memasuki rumah teres dua tingkat itu, anak perempuan lelaki terbabit melihat bapanya memegang sebilah parang, manakala seorang adik perempuannya berusia 10 tahun terbaring berlumuran darah di ruang tamu, dipercayai tidak sedarkan diri. Seorang lagi anak suspek berusia 12 tahun yang cedera di leher pula sempat berlari keluar rumah dan meminta bantuan jiran. Dia kemudian dibawa ke hospital oleh seorang jiran...

PRK Kajang: BN Mesti Tanding, MCA Perlu Diberi Peluang - Dr M

Image
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mesti bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia bukan amalan mereka untuk memberikan kemenangan yang mudah untuk pihak lawannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kita telah bertanding dalam semua pilihan raya. Kita tidak akan memberikan kemenangan yang mudah untuk sesiapa sahaja," kata bekas Perdana Menteri itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan supaya BN tidak mengambil bahagian dalam PRK itu kerana ia sebagai satu pembaziran wang, apabila dilihat seperti "pilihan raya dipaksa" bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN dan berpeluang untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada ia perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. Dr Mahathir turut berkata, terpulang kepada kepimpinan BN untuk memutu...

Strategi PRK Kajang Membuka Tembelang Anwar - Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Image
Heboh ketika ini soal pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang. Semua sudah maklum punca dan sebab ianya diadakan. Walaupun, ada cadangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding tetapi demokrasi memberikan rakyat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Kajang membuat pilihan menentukan parti mana harus mewakili suara mereka. Sebelum ini, sudah sembilan bulan DUN Kajang diwakili PKR. Kerajaan negeri juga kuat sehingga berjaya menguasa dua pertiga DUN Selangor. Sama ada pengundi Kajang berpuashati dgn keadaan itu selepas sembilan bulan sejak PRU 13 akan dapat BN mengetahuinya dlm PRK ini. Diharap bekas Adun Kajang tidak dapat imbuhan lebih besar. BN tentu hendak menguji sokongan rakyat kepadanya walaupun ianya di negeri seperti Selangor yang kedudukan Pakatan Rakyat (PR) adalah kuat. Cuma agak pelik mengapa seorang yang sudah terpilih sebagai ADUN bersedia meletakkan jawatan hanya sembilan bulan. Apakah yang mendorong En Lee Chin Cheh melepaskan peluang yang diberikan unt...

Liow Tiong Lai Pemimpin Cina Terhebat Dunia Bila Boleh Dapat Kembali Sokongan Cina Kepada BN

Image
Gandingan kepimpinan baru yang terbaik MCA dalam sejarah, Liow Tiong Lai Presiden dan Wee Ka Siong Timbalan Presiden dalam usaha menarik kembali sokongan 6.9 juta pengundi Cina kepada BN. Dari 29 juta populasi Malaysia, 27% adalah orang Cina. Untuk memastikan BN menang 2/3 majoriti dalam setiap PRU memerlukan hanya sokongan 30% orang Cina. Bila BN hanya mendapat 10% sokongan maka bermulalah era BN memerintah tanpa 2/3 majoriti. Hanya ahli politik yang gila sahaja tidak mahu dan menyatakan sokongan orang Cina tidak perlu. cakap sokongan orang Cina sangat perlu! Walau DAP kata sokongan Cina 10 % kepada BN akan berkekalan dan akhir nanti akan lagi berkurangan. Atau sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat 90% akan berkekalan dan akhir nanti akan lagi bertambah. Liow Tiong Lai 52 tahun, sebagai Presiden MCA yang baru, ahli parlimen Bentong Pahang, berkelulusan Bsc Hons UKM dan MBA UM, masuk MCA sejak keluar universiti, sanggup jadi Research Assistant MCA dengan gaji RM700 k...

Tuah Tahun Kuda...Siapa Yang Tak Kenal Mereka Ini

Image
Keith Foo, Nur Fathia kejar impian dalam kerjaya, belum sedia lepas status bujang Dua wajah ini bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Namun, hakikatnya bakat dua pelakon itu tidak dicanang hinggalah mereka ditemukan dalam drama ‘meledak’ yang disiarkan TV3 berjudul Ariana Rose. Mengaku impak hebat drama bersiri itu, Keith Foo dan Nur Fathia berharap karya yang diadaptasi daripada novel popular itu menjadi batu loncatan untuk mereka lebih dikenali. Dek serasi menjiwai watak Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose, nama dua tonggak utama ini menjadi sebutan peminat. Digandingkan bersama dalam sesi fotografi di butik milik pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo sempena edisi khas Tahun Baharu Cina, keserasian mereka jelas tergambar.

Empat Anak Pasangan Yang Ditahan Reman Di Sweden Pulang Ke Malaysia...Alhamdulilah

Image
KUALA LUMPUR: Empat orang anak pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden berlepas pulang ke Malaysia dari Stockholm pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, Jumaat bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. Hamzah memberitahu Bernama sebelum berlepas pulang yang mereka akan tiba di tanah air pada Sabtu.-BERNAMA

PRK Kajang: Beberapa NGO Berhasrat Adakan Kempen Tentang PKR

Image
PETALING JAYA: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang pada Khamis menyuarakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhasrat untuk mengadakan kempen menentang Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar tidak membantu perniagaan kecil dan sederhana di Kajang ketika mereka memegang kuasa dan tidak layak mendapat undi mereka. "Terdapat banyak kes banyak premis perniagaan kecil dimusnahkan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Kami dan Umno yang bantu peniaga-peniaga ini," katanya. Ridzuan menambah bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan percaya ahli kaum Cina dalam parti tersebut dijadikan sebagai 'boneka' oleh Pakatan Rakyat. Ridzuan turut mempersoalkan mengenai kesanggupan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh untuk berundur bagi member...

Anwar Bertanding Di Kajang Untuk Capai 1 Matlamat....Giler Kuasa Katakan

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri. Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja. “Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor. Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin ...

Mahkamah Daerah Solna Di Sweden Lanjut Reman Seorang Rakyat Malaysia

Image
Pasangan suami isteri Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul seorang daripada empat anak mereka yang enggan solat, berada dalam keadaan baik dan sihat. Mereka juga sudah bersetuju hak penjagaan anak-anak mereka dipindahkan kepada keluarga Islam yang ditentukan oleh Kedutaan Malaysia di Stockholm. pasangan ini masih direman Empat anak pasangan itu kini di bawah penjagaan keluarga bukan Islam yang dilantik pihak berkuasa Sweden sejak pasangan itu ditahan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada empat anak mereka yang tidak solat. Perkembangan terbaru pasangan terbabit dimaklumkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang melawat Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal yang ditahan di penjara negara ini sejak 18 Disember lalu. Hamzah berkata, pemindahan anak-anak pasangan itu kepada keluarga Islam yang dilantik Kedutaan Malaysia akan dimuktamadkan masa terdekat. Difahamkan, jika berjalan lancar majlis penyerahan kepada ke...

Saksikanlah Anugerah Macai 2013

Kebodohan terang2 nampak dgn jelas puak2 percacai PR....Bagus kerana anda semua di pergunakan terus oleh Al juburi dan DAPig .....Bodoh. .bagang dan tolol. .....JENIS KE TURUN AN HARAMJADAH.........bila cakap semua umno x betul, tapi sekarang mcmana pula? BN x perlu masuk campur dlm PRK Kajang. .....dulu org2 kajang nk sangat PKR lantak mereka la....kalau nk bertanding juga tiada kempen men gunakanlah Wang.

Bapa amuk kelar mati anak....Ya Alllah

Image
Seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental mengelar mati seorang anak perempuannya berusia 7 tahun manakala dua lagi parah ditetak suspek di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, petang tadi. Kejadian jam 4.15 petang itu disedari seorang anak perempuan mangsa yang baru pulang dari sekolah sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang di ruang tamu rumahnya. Difahamkan, suspek yang berusia 44 tahun itu kini bekerja sebagai pendawai sambilan selepas berhenti kerja dua tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian itu salah seorang anak perempuannya baru pulang dari sekolah agama sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang dengan kesan darah. "Anak perempuan berusia 15 tahun ini kemudian berlari ke tingkat atas memberitahu abangnya berada di dalam bilik sebelum mengunci pintu dan menghubungi polis. "Apabila pihak polis tiba di lokasi mendapati suspek sudah melarikan diri," katanya k...

Murid Tahun 4 Dirogol, Diliwat & Ditoreh Kemaluan...Masyalllah

Image
Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di Muar, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya. Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk. Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan. “Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut. “Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya. Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis. LOKASI seorang murid berusia 10 tahun da...

KENAPA ANWAR IBRAHIM PILIH DUN KAJANG?

Image
Sesuatu yang menjengkelkan apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK DUN Kajang dalam sidang akhbar pagi tadi di Ibu Pejabat PKR. Sepatutnya Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang berkuasa dan orang yang sepatutnya mengumumkan pencalonan Anwar Ibrahim bagi PRK DUN Kajang. Pasti ramai yang ternya kenapakah DUN Kajang dipilih dan bukannya DUN lain yang sememangnya menjadi senarai pilihan Anwar Ibrahim? Terdahulu mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Selain berketurunan Melayu dan beragama Islam, Anwar sekiranya menang boleh menjadi Menteri Besar Selangor atas persetujuan Sultan Selangor. Persoalan sekarang kenapa Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang dan seterusnya mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor? Apakah ini ada kaitan dengan kenaikan gaji dan elaun Menteri dan Exco-Exco Negeri yang diumumk...

RAFIZI TERPAKSA MOHON MAAF ATAS PERLAKUAN ANWAR IBRAHIM

Image
Atas perlakuan Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di DUN Kajang, bukan sahaja rakyat menyampah bahkan keaibannya terpaksa ditanggung Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Akibatnya, Rafizi terpaksa memohon maaf terutama pengundi DUN Kajang kerana terpaksa melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) disebabkan sifat ketamakan Anwar dalam mengejar cita-cita politiknya. Dengan PRK DUN Kajang ini, bukan sahaja akan membazirkan wang rakyat, tetapi juga menyerlahkan betapa PKR dan Pakatan Pembangkang kini mempermainkan kepercayaan yang telah diberikan rakyat pada PRU-13 lepas. "Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu. ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

AZMIN ALI: ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN BERTARAF DUNIA

Image
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpandangan penduduk di Malaysia harus bersyukur kerana pemimpin bertaraf dunia seperti Anwar Ibrahim ini sanggup turun untuk bertanding di DUN Kajang. Semua ini bagi merealisasikan cita-citanya untuk menawan Putrajaya seperti mana yang diperkatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurut Azmin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, ketokohan ketua pembangkang itu bukan sahaja dikagumi di Malaysia malah di seantero dunia. Oleh itu, kesanggupan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang merupakan satu 'anugerah' untuk penduduk Kajang. Biarpun Kajang telah terkenal dengan sate Kajang, tetapi kali ini disebabkan Anwar pemimpin bertaraf dunia, Kajang kini semakin disegani dan dikenali di dunia sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia.

Penafian Tun Mahathir...Itulah Cara PR

Image
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan “kem Mahathir” dalam Umno. “Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. “Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program “Dalam Radar Khas” terbitan Bernama Radio24

Kajang: Jangan heret saya...ini masalah dalaman kamu -PM

Image
Sendiri bikin...sendiri punya masalah dalaman, senang-senang geng PKR nak 'cover line' cacamarba parti itu dengan cuba belit dan heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Fikir punya fikir...PKR ini sudah jadi lebih hebat dari Maharaja Lawak. Ingat balik semalam Rabu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri untuk berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di situ. Budak bijak pandai PKR,Rafizi Ramli nak spin konon Anwar kena duduk di DUN  Kajang takut BN nak rampas Selangor. Ini dikaitkan dengan cerita dongengnya konon Tun Dr Mahathir kini dibelakang usaha nak gulingkan Najib. Perdana Menteri yang dminta ulas gelagat budak-budak PKR yang tengah kalut dengan isu DUN Kajang...ingin menyampaikan mesej ini ' jangan heret saya...ini masalah dalaman kamu'. Beliau mengaskan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan NGO Islam dan Melayu di pejabatnya di Putrajaya, Khamis Menurut Najib, pilihan raya kecil ini hanya ker...

PRK Kajang Berpunca Daripada Kemelut Dalaman PKR - Najib

Image
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata disebabkan kemelut yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan. Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu, katanya. Ditanya mengenai cabaran PKR agar beliau bertanding pada pilihan raya berkenaan, Najib berkata PKR tidak patut mengaitkan pilihan raya itu dengan dirinya, kerana beliau bukan punca masalah itu. "Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tidak ada masalah apa-apa pun. Masalahnya ialah dalam PKR, masalah mereka yang mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman mereka, kenapa pula mereka pesongkan masalah itu dan kaitkan dengan saya?" tegas beliau. "Kalau kita tengok reaksi sekarang ini kebanyakannya negatif daripada positif, itu masalah di...

Gambar twitter Najib Razak diedit oleh puak puak tidak bermoral ini. Hentikanlah fitnah ini Pakatan Rakyat.

Image
Sbb tu sy x suka pembangkang kat malaysia ni dah lah kuat spin,ajar rakyat biadap dgn pemerintah dan skg kemaruk kuasa pula ..

Bekas ADUN Kajang akui gagal sempurnakan amanah...Itu Jer Alasannya

Image
KAJANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh, mengakui gagal menyempurnakan amanah sebagai wakil rakyat sebelum penggal berakhir. Berikutan itu, beliau secara terbuka memohon maaf kepada pengundi. "Saya mohon jutaan maaf kepada rakyat Kajang kerana tidak dapat sempurnakan khidmat kepada rakyat tetapi keputusan ini akan memberi kebaikan kepada penduduk," katanya

Peniaga Gelar Bekas Adun Kajang 'Lembu'

Image
KAJANG 30 Jan - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menyifatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebagai 'lembu'  berikutan tindakan drastiknya meletakkan jawatan secara tiba-tiba untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kaum Cina dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diibarat seperti 'boneka' kerana menjadi alat permainan Anwar dalam usaha untuk meraih perhatian rakyat dan memiliki kuasa. "Salahkan Barisan Nasional (BN) disebabkan undi Bangladesh dan isu 'Blackout'. Ini semua pembohongan dan (Anwar) penipu besar.   "Hari ini wakil rakyat Cina (ADUN Kajang) itu pula jadi lembu, orang Cina dalam PKR jadi boneka. Biasa orang Cina pandai tapi kini jadi bodoh," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama peniaga-peniaga kecil di Taman Mesra di sini hari ini. Tambahnya, keputusan meletakkan jawatan secara tiba-tiba itu me...

BANTAHAN..!!! Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat.

Image
Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main. “Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan. “Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja m...

Pelajar Malaysia Adu Salah Laku Penumpang Pesawat

Image
BANGALORE - INDIA 29 Jan - Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat, lapor akhbar Times of India. Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat Jet Konnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa. Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi. Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu. Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat. Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya. Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakuka...

Dewan Ulama Kecam : Kembalikan Jawatan MB Selangor kepada PAS

Image
SHAH ALAM 30 Jan - Dewan Ulama PAS Pusat mahu kerusi Menteri Besar Selangor dikembalikan kepada PAS jika benar ada usaha dalaman yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya sekarang. Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar turut mengkhianati keputusan bersama yang turut dipersetujui bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Presiden PAS telah membuat keputusan bahawa Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar. Jika PKR masih mahu meneruskan tindakan mereka (menukar menteri besar) sama seperti menghina presiden kami. “Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada Pas dan kami memilih Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, ” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau menganggap tidak wajar bagi pimpinan PKR menggugurkan Khalid Ibrahim merujuk kepada pengurusan pent...

Elak mengantuk di tempat kerja...

Image
Waktu tidur malam anda terganggu kerana anak kecil asyik merengek. Keesokan harinya, ketika berada di tempat kerja anda berasa mengantuk dan keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana kurang waktu tidur sememangnya akan membuat rasa mengantuk. Jika sudah mengantuk, pekerjaan pasti terbengkalai dan tidak lancar kerana sukar untuk fokus menyelesaikan tugasan saat mata berat, menguap berkali-kali dan membayangkan bantal serta keinginan untuk tidur. Bagi mengatasi rasa mengantuk itu, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara berikut: 1. Berada di kawasan bercahaya seketika Cari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lemparkan pandangan anda keluar seketika. 2. Basuh muka Ia antara cara mudah yang biasa dilakukan. Tetapi bagi wanita yang sering menjaga penampilan diri dan memastikan diri wajah disolek, mungkin...

Sultan Selangor Tidak Perkenan Anwar?

Image
Ketika ini wujud desas-desus yang kuat bahawa Sultan Selangor berkemungkinan tidak akan memberikan perkenan baginda jika wujud permintaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru andai beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang. Sebaliknya, wujud kemungkinan calon PAS yang akan diperkenan oleh baginda. Antara faktor adalah kerana Anwar bukan anak jati Selangor (walaupun Undang-Undang Tubuh Selangor 1959 membenarkan) dan keadaan bukan begitu terdesak sehingga perlu mengambil calon kelahiran negeri lain menjadi Menteri Besar. PAS sebaliknya pula memiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih ramai berbanding PKR dan hampir kesemuanya berasal dari Selangor yang menimbulkan persoalan apa perlunya mengambil Anwar sebagai Menteri Besar. Dengan PAS membuat bantahan secara terbuka apabila diperkudakan Anwar, kemungkinan besar perkenan tuanku tidak akan jatuh kepada Anwar, sumber memberitahu Mynewshub. Tuanku juga dikatakan memahami sentimen ra...

Siapa Ketua Pembangkang di Parlimen jika Anwar MB Selangor?

Image
Pakatan Rakyat sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ‘sementara’ menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.  Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP. Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang ‘setara’ bagi jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.  Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat. Apa yang mengejutkan ialah, Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.  Sekiranya ini benar, ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang. Walaupun ia dikira tindakan ‘turun pangkat’ bagi Anwar, namun p...

HOT ARTIS !! GAMBAR AKSI 'KANGKANG' SHILA HAMZAH DIKRITIK PEMINAT !!

Image
Kecoh semalam di instagram peribadi milik penyanyi comel lagi ayu si Shila Hamzah , apabila penyanyi itu memuat turun sekeping gambar aksi beliau melakukan senaman yoga. Tetapi gambar itu ternyata mendapat teguran ramai peminat beliau yang menyatakan tidak sepatutnya penyanyi itu memasukkan gambar yang tidak elok kerana perwatakkan beliau kini bertudung dan melambangkan kesucian sebagai wanita Muslim.

Game plan Anwar Ibrahim melalui DUN Kajang.

Image
1. Anwar Ibrahim bertanding DUN Kajang. Dia dari lama dulu sudah tukar alamat di MyKadnya kepada alamatnya di Selangor. Tak peduli la dia pakai alamat rumah siapa pun, asalkan alamat di Selangor. 2. Anwar menang PRK DUN Kajang dengan sokongan 20% Melayu Kajang, 90% Cina Kajang dan 40% India Kajang. 3. DUN Selangor yang dikuasai oleh DAP akan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru menggantikan Khalid Ibrahim. 4. Anwar Ibrahim layak menjadi MB Selangor kerana dia seorang Melayu beragama Islam dan pemastautin tetap di negeri Selangor. Undang2 tubuh negeri Selangor tidak boleh menghalangnya daripada menjadi Menteri Besar kerana dua pertiga DUN menyokongnya. 5. Jika Sultan Selangor perkenan, maka Anwar akan menjadi MB Selangor yang baru. 6. Andainya Sultan Selangor tidak perkenan pula, maka perkara ini akan dibawa Anwar ke peringkat antara bangsa untuk support. Anwar dengan dibantu oleh cauvinis Cina DAP, Melayu dan India PKR dan lebih 50% golongan PAS akan buat demo...

Antara yang hangat beredar ialah satu yang didakwa ditulis oleh seorang ahli PAS di Pahang....Cukup sakan dia lipat PKR dalam isu ini.

Berikut ialah sendalokanya: Sendaloka Kajang Berlipat Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Pakatan bermaksud satu muafakat Tapi bertindak sendirian melulu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Sesuka hati melepaskan mandat Semata melempias agenda tertentu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Pedulikan susah dan perit rakyat Yang penting tertunai kehendak nafsu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Jangan serabutkan rakan dan rakyat Kerana berbalah sesama puakmu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Kalau pun sudah berasa kuat Janganlah sampai rakyat jemu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Membazir tenaga dan harta rakyat Ketika kos hidup perit membelenggu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang kami mengkuang layu Andai berkawan tak reti hormat Jangan ditagih jentera membantu Kajang Pak Malau kajang berlipat Kaja...

MAINAN POLITIK ANWAR.....Strategi kosongkan DUN Kajang untuk beri laluan Ketua Umum PKR jadi MB Selangor dikecam

Image
Kuala Lumpur: Keputusan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang dilihat sebagai percaturan peribadinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Meskipun Anwar memberikan alasan ia strategi memastikan Selangor menjadi asas kukuh mengambil alih Putrajaya, pengumuman itu juga menguatkan teori ia bagi menyelesaikan pertelingkahan Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali. Ia berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam yang membayangkan keputusan memilih Anwar adalah perintis laluan ke arah pelantikan Anwar sebagai Menteri Besar. Salah guna sistem demokrasi untuk kepentingan diri Pemuda PAS ancam boikot pilihan raya kecil Penduduk Permatang Pauh ingatkan pengundi Kajang jangan tertipu Penyokong PKR Kajang tolak Anwar.

Gadis terjun tingkat dua di Jalan Air Jernih K.Terengganu

Image
Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan nyaris maut dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua sebuah flat di Jalan Air Jernih di sini, kelmarin. Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu cedera di badan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Menurut sumber, sebelum kejadian, beberapa jiran di flat berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising dari arah rumah mangsa pada jam 10 malam. “Jiran yang mengesyaki sesuatu yang buruk memaklumkan kejadian itu kepada rakan serumah mangsa berusia 30-an yang ketika itu baru tiba di rumahnya. “Rakan mangsa kemudian memaklumkan tiada orang di rumahnya memandangkan rakan serumahnya (mangsa), jarang pulang ke rumah. Ads by H12-Media “Rakan mangsa yang mengesyaki sesuatu cuba melihat ke arah rumahnya dari bawah sebelum ternampak seseorang membaling barang sambil menjerit-jerit menyebabkan dia segera naik untuk membuat pemeriksaan,” katanya. Sumber berkata, sebaik sampai di rumahnya, rakan mangsa...

GADIS TEMUI AJAL KERANA GUGURKAN JANIN....INGATLAH GADIS DILUAR SANA...JAUHI LAH

Image
Gadis ini dipercayai mati kerana menggugurkan janin. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Jika gadis ini Islam, semoga Allah masih mengampunkannya kerana Dia Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang.Itu cerita dia dan bagaimana dengan cerita kita pula? Jadikan ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran buat diri kita sendiri dan JANGAN HUKUMI DIA...bukan urusan kita untuk menghukumnya