Lebih 20 pengundi Kajang mahu Lee disiasat polis dan SPRM...Siapa Mahu Undur Secara Rela?
KAJANG: Lebih 20 penduduk Kajang, pada Khamis menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan sisatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh ekoran peletakan jawatannya secara tiba-tiba.
Kesemua mereka berasa tertipu dengan tindakan Lee yang secara tiba-tiba mengosongkan kerusinya walaupun baru tujuh bulan menjadi wakil rakyat.
Alasan Lee sebelum ini bahawa keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, menambah rasa curiga mereka.
Mereka kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kajang.
Wakil Penduduk Kampung Sungai Kantan, Ismaredza Rahim ketika ditemui di luar balai polis berkata siasatan harus dilakukan bagi memastikan tiada elemen rasuah atau salah guna kuasa wujud dalam polemik.
SUPER: Ismaredza Rahim, Penduduk Kampung Sungai Kantan
03:32- 04:24
"Kami wakil semua penghuni DUN Kajang, merasa tertipu pada hari ini mendengarkan berita Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di DUN Kajang.
"Kami rasa dia telah melanggar dari segi demokrasi di Malaysia dengan ada unsur-unsur rasuah dan menyalahgunakan kuasa ke atas ADUN Kajang yang lalu iaitu Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya baru-baru ini.
04:25-52
Dengan itu sebagai penghui Kajang dan anak watan Kajang, kami rasa PRU yang lalu tertipu, sebelum ini kami telah memilih dia (Lee) sebagai wakil kami di DUN Kajang, dengan ini kami rasa mahu polis menyiasat kerana ada unsur-unsur rasuah," katanya ketika ditemui wartawan.
Pada 27 Januari lalu, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang media tergemparnya mengumumkan bahawa ADUN Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keesokan harinya mengumumkan Anwar akan diberi kepercayaan untuk menjadi calon PKR menggantikan Lee.
Peniaga Kecil, Taman Delima Kajang Syed Mohd Nor Syed Abu Bakar berkata beliau dan pengundi DUN Kajang menolak Anwar untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu.
SUPER: Syed Mohd Nor Syed Abu Bakar, Peniaga Kecil, Taman Delima Kajang.
05:25- 42
Kita memang rasa tertipu, Datuk Seri Anwar Ibrahim suruh Lee Chin Cheh letak jawatan mungkin sebab dia (Anwar) mahu jadi Menteri Besar Selangor
"Macam mana Jepun tolak Anwar, kita rakyat Kajang pun tetap akan tolak Anwar jugak," tegas beliau.
Wakil Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Hazdi Khalid pula mendakwa bahawa peletakan jawatan Lee dan kemunculan Anwar untuk menawarkan diri bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang adalah dirancang oleh Ketua Pembangkang itu.
07:51-08:28
"Kami merasa dikhianati oleh Mantan ADUN Kajang yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab yang betul-betul boleh diterima
"Kami rasa pilihan raya ini (Pilihan Raya Kecil) dirancang oleh Anwar Ibrahim demi capai matlamat peribadinya bukan memperjuangkan rakyat sekalipun sebenarnya dia mengejar impian dirinya sahaja, impian politiknya, dan kami menentang keras perkara ini
08:30- 09:09
"Mantan DUN Kajang telah lari daripada amanah rakyat yang telah diberi kepada dia, kami minta pihak polis bekerjasama dengan SPRM untuk buat siasatan yang telus dan teliti terhadap peletakan jawatan ADUN Kajang ini.
"Kerana kami mengesyaki ia terbabit dengan unsur rasuah," ujarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Februari ini untuk mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh PRK kali ini.

Comments