Bapa amuk kelar mati anak....Ya Alllah
Seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental mengelar mati seorang anak perempuannya berusia 7 tahun manakala dua lagi parah ditetak suspek di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, petang tadi.
Kejadian jam 4.15 petang itu disedari seorang anak perempuan mangsa yang baru pulang dari sekolah sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang di ruang tamu rumahnya.
Difahamkan, suspek yang berusia 44 tahun itu kini bekerja sebagai pendawai sambilan selepas berhenti kerja dua tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian itu salah seorang anak perempuannya baru pulang dari sekolah agama sebelum mendapati bapanya sedang memegang parang dengan kesan darah.
"Anak perempuan berusia 15 tahun ini kemudian berlari ke tingkat atas memberitahu abangnya berada di dalam bilik sebelum mengunci pintu dan menghubungi polis.
"Apabila pihak polis tiba di lokasi mendapati suspek sudah melarikan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, tadi.
Beliau berkata, siasatan di dalam rumah berkenaan menemui seorang anaknya putus jari di ruang tamu.
"Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah ini menemui mayat kanak-kanak ini dengan kesan kelar di leher" katanya.
Menurutnya, suspek berjaya dimui di sebatang sungai kira-kira 300 meter berhampiran.

Comments