Disembelih Bapa Sendiri....Masyallah Apa Sudah Jadi Ni
KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut disembelih bapanya, manakala dua kakaknya parah, dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini, semalam.
Kejadian disedari seorang anak perempuan lelaki terbabit berusia 15 tahun yang pulang dari sekolah kira-kira jam 4.15 petang.Dua anak perempuan lelaki terbabit, masing-masing parah akibat di kelar di belakang leher dan putus jari.
Mayat anak perempuan bongsu lelaki terbabit ditemui anggota polis dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah berkenaan.
Sebaik memasuki rumah teres dua tingkat itu, anak perempuan lelaki terbabit melihat bapanya memegang sebilah parang, manakala seorang adik perempuannya berusia 10 tahun terbaring berlumuran darah di ruang tamu, dipercayai tidak sedarkan diri.
Seorang lagi anak suspek berusia 12 tahun yang cedera di leher pula sempat berlari keluar rumah dan meminta bantuan jiran. Dia kemudian dibawa ke hospital oleh seorang jiran.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata remaja yang terkejut itu kemudian memaklumkan kepada abangnya yang berusia 17 tahun yang sedang tidur di tingkat atas.
Anak lelaki suspek itu dan adik perempuannya itu berkurung dalam sebuah bilik di tingkat atas serta menghubungi polis.Abdul Rahim berkata ketika polis tiba, suspek yang berusia 44 tahun dan menganggur sejak dua tahun lalu itu sudah melarikan diri ke arah sungai kira-kira 300 meter dari rumahnya manakala parang masih dipegangnya.
Lelaki terbabit yang turut cedera di kepala ditahan polis di situ kira-kira jam 6.30 petang.
Difahamkan, suspek amat dikenali di sekitar kejiranan itu kerana sering bersolat jemaah di surau di situ bersama anak-anaknya.
Ketika kejadian, isteri suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Cyberjaya dan seorang lagi anaknya berusia 18 tahun tidak berada di rumah.
Abdul Rahim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Serdang manakala dua beradik yang cedera itu dirawat di Hospital Kajang

Comments