Gadis terjun tingkat dua di Jalan Air Jernih K.Terengganu

Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan nyaris maut dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua sebuah flat di Jalan Air Jernih di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu cedera di badan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Menurut sumber, sebelum kejadian, beberapa jiran di flat berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising dari arah rumah mangsa pada jam 10 malam.
“Jiran yang mengesyaki sesuatu yang buruk memaklumkan kejadian itu kepada rakan serumah mangsa berusia 30-an yang ketika itu baru tiba di rumahnya.
“Rakan mangsa kemudian memaklumkan tiada orang di rumahnya memandangkan rakan serumahnya (mangsa), jarang pulang ke rumah.
Ads by H12-Media
“Rakan mangsa yang mengesyaki sesuatu cuba melihat ke arah rumahnya dari bawah sebelum ternampak seseorang membaling barang sambil menjerit-jerit menyebabkan dia segera naik untuk membuat pemeriksaan,” katanya.
Sumber berkata, sebaik sampai di rumahnya, rakan mangsa mendapati pintu rumahnya berkunci sebelum membukanya menggunakan kunci yang dibawa.
Katanya, sebaik masuk, mangsa didapati berada di beranda rumah sambil memegang dua pisau.
“Rakan mangsa cuba menenangkannya, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan rakannya yang bimbang kejadian buruk segera menghubungi polis, tetapi mangsa terus terjun.
“Mangsa dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.-harian metro

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL