Elak mengantuk di tempat kerja...
Waktu tidur malam anda terganggu kerana anak kecil asyik merengek. Keesokan harinya, ketika berada di tempat kerja anda berasa mengantuk dan keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana kurang waktu tidur sememangnya akan membuat rasa mengantuk.
Jika sudah mengantuk, pekerjaan pasti terbengkalai dan tidak lancar kerana sukar untuk fokus menyelesaikan tugasan saat mata berat, menguap berkali-kali dan membayangkan bantal serta keinginan untuk tidur.
Bagi mengatasi rasa mengantuk itu, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
1. Berada di kawasan bercahaya seketika Cari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lemparkan pandangan anda keluar seketika.
2. Basuh muka
Ia antara cara mudah yang biasa dilakukan. Tetapi bagi wanita yang sering menjaga penampilan diri dan memastikan diri wajah disolek, mungkin cuba mengelakkan berbuat demikian. Bagaimanapun, membasuh muka dengan air boleh membantu anda kembali segar. Jika tidak mahu membasuh muka kerana malas menyapu semula solekan, alternatif lain ialah menggunakan semburan penyegar.
3. Pandang sepohon hijau
Jika kawasan persekitaran pejabat anda ada taman indah atau pokok-pokok hijau, nikmatilah seketika keindahannya. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah persekitaran itu untuk beberapa minit sebelum kembali semula menyambung kerja. Dengan menghirup udara segar yang dibangkitkan oleh pokok-pokok hijau atau tumbuhan semula jadi dan warna warni itu, ia juga dapat memberikan ketenangan kepada anda.
4. Berjalan dan bergerak aktif
Jangan biarkan diri anda duduk terlalu lama. Ambil masa beberapa minit membuat senaman regangan ringkas atau berjalan keliling. Anda juga boleh naik turun tangga sejenak. Dengan bergerak aktif, secara tidak langsung membuatkan anda perlu menghimpunkan tenaga yang lemah malah, gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Selain itu berjalan dan bergerak aktif juga membantu merangsang perjalanan darah menjadi lancar dan menjadikan anda lebih segar.
5. Minum air masak
Rasa mengantuk adalah disebabkan oksigen kurang ke otak, walaupun hidung tidak berhenti henti bernafas. Justeru, apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.

Comments