Pemberontak Sulu mati ditembak di Penampang
Sejak petang Khamis, riuh di media sosial kisah polis 'kepung' bandar Penampang Sabah. Ada yang kata sebab rompakan bersenjata ada yang kata angkara pemberontak Sulu. Sehingga malam Khamis, hanya Bernama yang melaporkan memetik sumber polis bahawa kejadian tersebut yang menjadi bualan ramai berkaitan dengan kedua-duanya, iaitu rompakan bersenjata oleh militan Sulu. Menurut agensi berita itu, polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut an...