Tukar Ketua Balai Jika Gagal Banteras Judi Haram Dalam 24 Jam...Syabas

PULAU PINANG 30 Okt. - Ketua Balai di semua balai polis di negeri ini berhadapan tindakan ditukar dalam tempoh 24 jam sekiranya gagal memantau dan membanteras kegiatan mesin judi di kawasan mereka.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, arahan itu sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai di negeri ini supaya terus memantau dan memerangi kegiatan judi terbabit.

“Kita akan melakukan pemantauan berterusan dan sekiranya masih terdapat kedai judi haram ini selepas ini, tindakan drastik ke atas ketua balai polis terlibat akan diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memebri tempoh seminggu kepada ketua polis setiap negeri membanteras judi haram yang disifatkannya duri dalam daging ekoran semakin berleluasa dinegara.

“Saya telah arahkan semua Ketua Polis Negeri supaya memastikan Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah membersihkan kawasan masing-masing dalam tempoh seminggu.

“Semua pihak perlu memandang serius arahan ini dan mengambil tindakan seperti mana yang diarahkan demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis. Ini bukanlah amaran kosong kerana saya akan mengotakan kata-kata saya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL