Terkini....Beg Pakaian Disyaki Berisi Bahan Letupan Diletupkan UPB

KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), sebentar tadi.
Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian.

Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian.

Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?