Liwat 2: Anwar Anggap Rayuan Tambah Hukuman Perkara 'Jijik'....rasakan


PUTRAJAYA 30 Okt - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dibicarakan atas tuduhan kes liwat di Mahkamah Persekutuan di sini menggangap usaha pihak pendakwaan untuk menambahkan hukuman yang telah ditetap oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah menjijikkan.

Anwar berkata, walaupun pihak pendakwaan belum mengemukakan hujah, beliau yakin mahkamah akan membebaskan beliau selepas pihak pembelaan selesai memberikan hujah selama tiga hari kerana alasan yang diberikan sangat kukuh.

"Mereka mendakwa mereka mahu menambah lagi hukuman itu, yang bagi saya adalah menjijikkan kerana selepas mendengar fakta dan jika anda bertindak secara profesional, tidak ada soalan, tetapi mengakui saja.

"Ia belum pernah terjadi sebelumnya. Ia sudah dijangkakan, tetapi saya sangat berharap dan begitu teruja ekoran cara pasukan saya menangani kes ini."

"Ini semua politik yang menjijikkan kerana penghujahan kita yang sangat kuat. Dan saya cukup yakin bahawa mana-mana mahkamah yang mengikuti undang-undang dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan tidak dapat membuat keputusan lain." katanya di Lobi Istana Kehakiman di sini tengahari tadi.

Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini, dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Dia bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pembelaan hari ini menyimpulkan penghujahan dengan Ramkarpal dan akan bermula esok pada pukul 9 pagi dengan hujahan pasukan pendakwaan yang diketuai peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Kata Anwar kepada pemberita hari ini, sekurang-kurangnya 85% daripada hujah pendakwaan dijawab oleh pasukan pembelaan dan ia akan menambah 15% lagi fakta baru.

Panel lima hakim mendengar rayuan dengan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Yang lain adalah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL