Wakil Rakyat & Menteri Besar Pakatan Berkhidmat Untuk Rakyat Atau Anwar?

SEPANJANG 3 hari berlalu perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya ini, dapatlah kita melihat ramai sekali ahli-ahli parlimen dan Menteri Besar Pakatan yang datang ke Mahkamah untuk memberi sokongan kepada bakal banduan tersebut.
Pengecualian kepada ahli parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh sebab seorang anak dan seorang tertuduh tu sendiri. Yang lain nak sibuk apa disitu?

Masalahnya, bagi ahli parlimen yang berkenaan, kalau takde sidang parlimen tak mengapalah, sidang sedang berlangsung, dia curi tulang pula untuk mendengar kes Anwar. Ada seorang itu, cuba mencetuskan kekecohan dengan merempuh hadangan polis dihadapan, ahli parlimen ni.

Begitu juga dengan seorang Menteri Besar yang baru dilantik. Cakap bukan main besar kau 3 bulan nak selesai masalah jalan di Selangor, selesainya tak juga (dah nak masuk 2 bulan), ada pula masa berjam-jam mendengar perbicaraan Anwar.

Apapun, tahniahlah penulis ucapkan kepada ahli-ahli parlimen PAS, tak ada atau kurang sekali yang penulis lihat membuang masa mendengar kes Anwar. Kalau ada pun, hanyalah pemimpin yang bukan wakil rakyat seperti Salehudin Ayub dan Suhaizan Kaiat.

Itupun bukan hari-hari.

Yang lain tu apa cerita? Apakah anda dibayar untuk berkhidmat kepada Anwar atau berkhidmat kepada rakyat? Masalah 2 makhluk sesama jenis dalam bilik ini, sangat jelas adalah masalah peribadi. Kalau ada paksaan, jadi kes jenayahlah, kalau ada kerelaan, jawablah dengan Tuhan, mana-mana satu pun, apa yang berkaitan kepentingan rakyat disitu?

Nak kata rakyat ambil peduli dengan kes kali ini, nampak kosong saja pulak. Rakan penulis yang dah 3 hari berkampung di Putrajaya kata, jumlah yang datang bukan makin hari makin bertambah, tapi makin hari makin kurang. Dahlah tu, bukan semuanya penyokong Anwar, ada juga ratus-ratus penyokong Saiful hadir menyatakan sokongan.

Penulis harap Parlimen dapat merangka satu undang-undang bagi memastikan rakyat didahulukan ahli Parlimen kerana pemimpin parti hanya mencalonkan, yang hantar mereka ke parlimen adalah rakyat. Hadir kes Mahkamah yang tidak ada kepentingan rakyat seperti ini, perlulah dianggap sama seperti curi tulang.

Bukan 365 hari ada persidangan pun, beberapa minggu saja setahun, itupun nak ular juga?

Kesimpulannya, inilah padah bila mengundi berdasarkan sentimen, bukan kerana orang itu benar-benar boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. Inilah jadi, makan gaji buta.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL