Posts

Showing posts from April, 2014

Kesiannya....Mustafa Ali Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Felda

Image
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi diperintahkan membayar ganti rugi RM130,000 kepada Felda selepas didapati memfitnah syarikat konglomerat itu. Kenyataan fitnah itu adalah berhubung dakwaan Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel. Namun, Felda gagal dalam kes terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Felda berkata, Mazlan menyiarkan sekeping gambar invois di laman Facebook miliknya pada 19 November 2012 yang menggambarkan bahawa syarikat itu menjual minyak sawit mentah ke Israel. Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman Felda terhadap semua defendan.

Pemilihan PKR: Tipu Undi Dedah Kelemahan Calon, Parti

Image
SHAH ALAM: Isu manipulasi undi pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini semakin meruncing apabila kepemimpinan parti itu tampil mendesak supaya tindakan tegas dikenakan terhadap calon yang didapati terbabit. Senario tidak sihat yang dikaitkan dengan calon dan penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali ini dikesan apabila ada dakwaan berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak. Mengikut rekod, perkara seperti ini pernah berlaku pada pemilihan parti 2010 dan dilaporkan kepada JPP. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin. Kejadian terbaharu ini turut mencetuskan kemarahan ramai dan mendorong Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menjalankan siasatan selepas menerima aduan pelbagai pihak. Gesaan sama dikemukakan calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendesak Biro Politik parti supaya tidak berkompromi dengan mana-mana calon yang terbabit. "PKR dan Pakatan Rakyat kecewa de

Gambar Ceramah ANWAR Di PAndan Indah Kurang Sambutan....Padan Mukanya

Image
Sebagai persediaan untuk Perhimpunan Haram Mei 1hb untuk jatuhkan kerajaan, satu perhimpunan kecil di adakan di padang MPAJ di Pandan Indah, Ampang Selangor

Gambar Kemalangan jalan raya jalan Tapah Cameron Highland melibatkan sebuah kereta terbabas jatuh gaung.

Image

ALLAH PERLIHATKAN PEMILIHAN PARTI PKR YANG PENUH DENGAN PENIPUAN.

Image
Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama. Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13. Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN. Pendek kata bagi Anwar, PRU-13 dulu sepatutnya dimenan

DAP SARAWAK SETUJU PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG

Image
DAP Sarawak semalam menyokong desakan agar PAS dikeluarkan daripada Pakatan Pembangkang ekoran tindakannya membelakangi rakan parti dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR. ADUN Piasau, Alan Ling menyokong kenyataan dan pendirian Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke agar PAS keluar Pakatan Pembangkang jika bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan atau di negara ini. Walau apa pun halangan dan cabaran yang terpaksa diterima, DAP tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak hudud dan perkara ini juga berlaku ke atas PKR menerusi kenyataan beberapa pemimpinnya bahawa hudud tiada dalam agenda Pakatan Pembangkang.Ling, setiausaha DAP Sarawak berkata, beliau amat menghormati matlamat perjuangan politik PAS namun tidak bermakna beliau atau DAP setuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud. “Ini kerana, ia adalah bertentangan bukan sahaja dengan perlembagaan persekutuan bahkan bertentangan dengan situasi dan kehidupan masyarakat negara kita kini.“Pendir

MALU! ANWAR IBRAHIM DITEMPELAK RAKAN PARTI SENDIRI !

Image
PAS hari ini menegaskan bahawa parti itu tetap bertekad meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dalam masa terdekat selepas parti itu memberikan penjelasan kepada pimpinan DAP dan PKR mengenai rang undang-undang syariah itu.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap dengan keputusan sebelum ini membentangkan rang undang-undang di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun ini bagi membolehkan hudud di laksanakan di Kelantan. Kenyataan beliau sekali gus menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta PAS mengadakan sesi perbincangan terperinci mengenai isu itu sebelum ia dibawa kepada Parlimen. Anwar juga dipetik berkata bahawa institusi sistem syariah di negara ini masih belum bersedia melaksanakan hudud. Malah Mohamad Amar menyifatkan respon PKR dan PAS pada sesi penerangan di ibu pejabat PAS memuaskan. "Pertemuan hari ini lebih kepada memberi penjelasan kepada DAP secara khususnya tentang keputusan dan cad

Menarik berita kat Malaysiakini Semalam.....

Image
1 - Khalid Samad ( Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ) berkata : "Usul untuk membentangkan mendapatkan sokongan Parlimen ke atas pelaksanaan hudud di Kelantan seharusnya akan lebih mudah diterima jika dikemukakan sendiri oleh kerajaan." “Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. “Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP. Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum." 2 - Ahmad Fadhil Shaari berkata : "Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan menganggap tiada keperluan menerima cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen." -------------- Nampak tak permainan depa? Ini baru 2 ekor.. Ada ramai lagi yg belum kedengaran komen depa. Akhir sekali mesti depa kata : " UMNO TOLAK HUDUD

APA NAK JADI..!! MAK BAPAK SURUH BELAJAR BUKAN SURUH BERDEMO..!! YG HAIRAN TU,TAK NAMPAK PUN PELAJAR BANGSA LAIN?

Image
Apa lagi nak budak ni...manja sgt...belajar,makan , tidur dan berak pun semuanya ditanggung...nak mak bapak dia kasi dui haprak tak da ....ini pelajar yg tiada. berilmu mudah terpengaruh..malang sunggup

'Bil RM17,017? Itu biasa'

Image
Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini. Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish."Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali. Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat. Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin

Menteri Jepun puji kesungguhan Malaysia

Image
PETALING JAYA: Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam usaha mencari Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang selama lebih 50 hari, kata Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera. Sebagai sahabat Malaysia, Onodera berkata, hatinya tersentuh apabila memikirkan nasib penumpang dan anak kapal pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac walaupun usaha mencari pesawat malang itu diteruskan tanpa henti oleh pelbagai negara termasuk Jepun."Bagaimanapun, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan kesungguhan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani insiden itu dan saya ingin menyatakan penghargaan terhadap usaha yang paling terpuji itu," katanya ketika berucap semasa melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini Selasa. Onodera yang berucap menggunakan khidmat penterjemah menarik perhatian bahawa apabila Jepun memberi respons kepada permintaan Malaysia supaya negaranya menyertai operasi mencari, hubungan antara kedua-dua negara men

Pemilihan PKR Bercelaru… Siapa Anwar Mahu Salahkan Kali Ini?

Image
Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama. Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13. Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN. pemilihan-pkr-2014-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lo

Pemilihan PKR… Ludah Ke Langit Akhirnya Kena Muka Sendiri

Image
KUALA LUMPUR 29 April – Pemilihan pucuk pimpinan PKR yang menimbulkan pelbagai kecelaruan termasuk dakwaan berlakunya penipuan bukanlah satu cerita baru kerana perkara yang sama telah berlaku sebelum ini malah masih belum selesai. Justeru tidak peliklah dengan apa yang berlaku itu memandangkan kes-kes serta dakwaan sebelum ini pun dikhabarkan tidak selesai dan semestinya perkara itu menjadi kayu ukur kepada parti yang kononnya melaung-laungkan demokrasi. Ketika perkara ini diajukan kepada bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, beliau secara sinis berkata apa yang berlaku itu sudah dijangka akan berlaku. “Malah apa yang berlaku itu sebenarnya menujukkan kepada masyarakat umum bagaimana hipokritnya mereka apabila sebelum ini terutama selepas pilihan raya umum yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditohmah dengan macam-macam. “Tidak cekap dan diragui serta pelbagai dakwaan dilontarkan kepada agensi yang menguruskan pilihan raya di negara kita. Alih-al

Sah 'blackout' ketika kiraan undi pemilihan PKR...

Image
Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku 'blackout' di beberapa kawasan ketika proses kira undi PRU13 lalu. Kini 'paku buah keras' sudah kena pada diri sendiri. Entah disengajakan atau tidak... tapi kejadian 'blackout' itu benar-benar berlaku. Ini berikutan pengakuan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan. Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul (gambar) berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan. Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan. "Sehabis waktu

Huru-hara Anwar nak jawab kelam kabut pemilihan PKR...

Image
Nampaknya seminggu dua ini, jenuh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 'bersilat' sakan berhubung kekecohan dalam pemilihan PKR di beberapa tempat di Sarawak, Pahang dan Terengganu. Antara yang huru-hara adalah melibatkan Cabang Batang Sadong di Serawak, Setiu dan Kemaman di Terengganu, Paya Besar di Pahang ketika pengundian pada bermula pada Sabtu dan Ahad lalu untuk negeri-negeri zon Timur serta Sarawak. Cuma, macam biasa boleh diagak, Anwar akan tutup kekurangan partinya dengan menyalahkan pihak lain. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, ketika ditanya wartawan isu kekecohan dan penipuan dalam pemilihan PKR seperti yang dilaporkan media sejak Ahad, Anwar dengan selambanya kaitkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Menurut Anwar, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan bertindak sekiranya terbukti wujud unsur penipuan di dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung termasuk terhadap Mohamed Azmin Ali. Menurut beliau, pihaknya memandang seri

Gempar : Bangkai Pesawat MH370 Sudah Ditemui?

Image
Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa. Syarikat GeoResonance berkata kajian mereka mengenalpasti elemen-elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari sebuah kapal terbang. Setelah enam minggu berlalu semenjak MH370 hilang, operasi pencarian di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu. Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengatakan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah amat tipis. Tambah beliau lagi, kini usaha ditumpukan ke atas pencarian di dasar lautan. Namun, GeoResonance percaya kawasan pencarian yang difokuskan oleh pihak berkuasa adalah salah. Syarikat itu juga mengatakan mereka sendiri telah memulakan operasi pencarian pada 10 Mac yang lalu. "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear , kapal selam ... pasukan kami di Ukraine memutuskan kami perlu mencuba dan m

MALAYSIA TIADA INSTITUSI SESUAI LAKSANA HUDUD, BINCANG DENGAN PAKATAN DAHULU, KATA ANWAR

Image
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014. Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen. "Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi

MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?

Image
Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China. Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali. Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi. Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab. Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula. Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan. Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi. Delegasi Malaysia juga menunjukkan data

Setiap kali PRK, SPR akan mengatakan jutaan wang ringgit di habiskan.

Image
SPR perlu mengambil inovasi baru utk mengurangkn kos yg membabitkn wang rakyat. Contohi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti yg berteraskan keadilan dan memperjuangkn penipuan dlm SPR. Ini inovasi yg dicadangkn: Hanya satu tempat mengundi. Hanya satu tempat mengira undi. Hanya seorg sahaja mengundi bagi pihak berpuluh ribu org. Lokasi : Bilik hotel

GAMBAR KONTROVERSI PEMILIHAN PKR 2014 DI KEMAMAN SEMALAM.

Image
Apa sudah jadi dengan Parti yang diberi nama Keadilan ini?? Inikah dinamakan Keadilan?? Pemilihan PKR di kemaman kecoh dan dihentikan selama 2 jam.Parti tunggang langgang, inikah rakyat mahu mereka mentadbir negara kelak?? Renung2kankah.

Pemilihan PKR ada Blackout, Penipuan, Pukul semua tapi UMNO jugak salah?

Image
Tiada calon yang diberikan layanan istimewa oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam menghadapi pemilihan PKR, menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Anwar, JPP merupakan entiti bebas yang tidak terikat dengan pimpinan PKR.“JPP tidak terikat dengan pimpinan tetapi sebaik sahaja yang dianggap curang atau cuai atau ada jelas penipuan dan keganasan tindakan segera diambil,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Insiden di Klang.Anwar turut melontarkan sokongan penuh kepada JPP untuk mengendalikan sebarang siasatan berhubung salah laku dalam pemilihan parti.“Saya meletak kepercayaan penuh kepada JPP kerana kita tidak bertolak ansur…kita tidak sama macam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya sambil tertawa. Kes di Batang Sadong Mengulas mengenai tuduhan berlakunya manipulasi undi di Batang Sadong yang dikatakan melibatkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Anwar berkata ianya sedang dalam siasatan JPP yang diketu

Tidak kah pelik? Jadi siapa yg munafik sebenarnya?

Image
Mula2 aku buka account FB versi politik ni, benda pertama yg aku belajar adalah demokrasi bukan sebahagian dari Islam. Aku pada awalnya, tak bersetuju dengan kenyataan ni. Bagi aku demokrasi boleh di "islam" kan ( mengislamisasikan). Tetapi sebahagian kawan2 aku agak keras pandangan mereka. Mereka menafikan kenyataan aku.. Dari situ aku lakukan sedikit bacaan.. Dan reality nya mmg benar demokrasi bukan dari Islam. Malah dengan demokrasi, ianya boleh membahayakan Islam. ----------- Bagaimana anda ingin menghapuskan LGBT, sedangkan demokrasi menghalalkannya atas nama Hak Kebebasan. Bagaimana anda ingin hapuskan Rusuhan, sedangkan demokrasi menghalalkan nya atas nama hak kebebasan. Bagaimana anda ingin menghapuskan kegiatan sosial yg melanda, sedangkan demokrasi menghalalkannya atas nama hak kebebasan. ----------- Persoalan aku seterusnya, kenapa tak buang sistem demokrasi dan di gantikan sistem Khalifah? 1. Bolehkan para pemimpin pembangkang menerimanya? Hany

VIDEO : Lahanat Punya Olang - Lasuah Talak Telima Loo...

Image
Kalau Tak terima rasuah, maki dan caci diterima. Yang pasti memang ini olang sengaja nak memalukan abam trafik sebab awal-awal lagi dah standby video camera. SIAL!!! Saksikan cubaan rasuah di bawah :

Hudud: PAS sudah 'terlajak' jauh ke depan - Pang Chaw....Inilah Padahnya PAS Ada Tersirat Rupanya

Image
SHAH ALAM: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw menyifatkan parti itu sudah terlajak jauh ke depan dalam polemik hukum hudud sambil menegaskan pelaksanaan undang-undang itu berdepan kesukaran selagi rakyat tidak memahami secara terperinci mengenainya. Menurut beliau, selain rakyat berbilang kaum di negara ini, anggota parti berteraskan Islam itu juga masih belum memahami akan hukum hudud serta pelaksanaannya. Justeru Pang Chaw menegaskan perkara tersebut sepatutnya diperjelaskan dengan terperinci kepada anggota parti terutamanya sayap penyokong terdiri daripada orang bukan Islam sebelum berhasrat melaksanakannya di Kelantan. "Sebenarnya isu hudud ini tiada masalah bagi DHPP sebab ia isu yang dibawa oleh parti sendiri, jadi DHPP yang merupakan sayap yang terdiri daripada orang bukan Islam patutnya diberikan taklimat lebih awal. "Biar kita faham dulu sebelum masyarakat umum sebab saya rasa ahli PAS sendiri bukan faham sangat tentang hukum hudud ini,

Puak PAS KEcam Lah ANWAR!!!!!! Hudud PAS belum sesuai di Malaysia - Anwar

Image
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen. "Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi. Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekali gus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah. "Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah. "Siapa yang akan laksanakan hudud?

MH370: Adakah dakwaan wanita balik umrah benar?

Image
KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu. Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu. Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman. Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia sem

Kata Buruk Kat UMNO Selama ini.......ANWAR Gelabah PEngundian PKR Kacau Bilau

Image
Selama ini dikatakan UMNO yang punca masalah kepada PR...dituduh pelbagai rupa dan cara.Ambil kau sudah terkena dibatang hidung sendiri.Pemilihan PKR lagi Buruk dan lebih teruk lagi.Baik semuanya PKR....sekarang siapa buat pemilihan parti paling buruk? PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memberi layanan istimewa terhadap mana-mana pemimpin yang melakukan penipuan pada pemilihan parti kali ini termasuk calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya tindakan JPP untuk melakukan siasatan terhadap insiden pemilihan peringkat Cabang di Batang Sadong kerana PKR menentang sebarang elemen kecuaian dan penipuan. "Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPP. Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana penipuan. "Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melindungi penipuan. JPP tidak terikat dengan pimpinan parti. Ia badan bebas," katanya p

Lihatlah Gambar Ini..Buka Kasut Hormatnya Presiden OBAMA

Image
Tahukah anda bahawa Barack Obama membuka kasut ketika beliau masuk ke dalam rumah Allah sedangkan DAP tidak membuka kasut semasa mereka masuk ke masjid. Sikap dan etika yang terlalu jauh berbeza juga meletakkan DAP sebagai pencemar kesucian masjid. Barack Obama masuk masjid dalam keadaan menutup aurat sedangkan pemimpin DAP masuk dalam keadaan tidak menutup aurat disamping tidak menghormati azan yang sedang berkumandang. Mereka menganggu umat Islam yang sedang menunaikan solat kerana menyerbu masjid semasa waktu solat.

ANTARA 9 MILITAN YANG DITAHAN DI KEDAH DAN SELANGOR SEMALAM

Image

Macai PKR yang beranggapan hidangan air yang berwarna ungu gelap itu adalah wine/arak....Senang Saja Buat Tuduhan

Image
Cubalah macai-macai PKR simpan sikit kebodohan tu, takkan dalam mesyuarat antara kedua-dua negara ini, air arak dihidangkan.Admin nak kata BODOH kan Marah...Ada akal letak kepala lutut ini lah jadinya.

Masyallah.....Dadah RM300 Jadi 'Tiket' Pesta Seks Liar

Image
PETALING JAYA: Bukan wang tunai, tetapi bekalan dadah bernilai RM300 menjadi 'tiket' untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai pesta seks liar di sekitar ibu negara. Antara dadah popular yang ditetapkan penganjur adalah Eramin 5, ecstacy, ketamine, ganja dan methamphetamin. Pengunjung pesta seumpama itu yang hanya dikenali sebagai Ryan, berkata wang tunai bukan suatu kemestian untuk menyertai parti itu kerana penganjur lebih berminat dengan dadah sebagai bayaran masuk. "Penganjur akan memaklumkan kepada kami lebih awal," katanya. Beliau yang berusia 33 tahun dan mula menyertai pesta seks sejak 10 tahun lalu, berkata amalan ini bukan baharu tetapi mudah bagi penganjur untuk menyembunyikan kegiatan seperti ini. Katanya, selain dadah, ada penganjur yang menggalakkan peserta pesta seks itu datang dengan separuh bogel kononnya supaya menepati tema. "Biasanya wanita yang turut serta akan mengenakan pakaian ketat dan senteng," katanya sambil menambah

MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

Image
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand. Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan. Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang. Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut". Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-b

MEncemaskan.....Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

Image
PERTH: Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas. Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi. Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar. Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin. "

PEMBANGANG YANG BANGANG MACAI PEMBANGANG PROTES KEMASUKAN OBAMA DALAM MASJID... YANG NI KORANG TAK PROTES LAK...

Image
Fikir fikirkan lah...wahai puak PR

Video Ini lah dia anak2 harapan negara dan bangsa....

Image
Laporan dari PDRM Penang. Untuk renungan bersama kepada ibu bapa dan anak-anak remaja supaya menjaga moral dan akhlak. Serbuan Party Dadah (.) Datok Keramat rpt:1936/14 bertkh 20/4/14. Bertindak atas maklumat pada 20/4/14 @ 0245 hrs , ( Jbtn Narkotik T.Laut dan sepasukan polis Balai Polis Dato Keramat dan PVR telah buat serbuan di no. 135 Jln Masjid Negeri Georgetown ( Rumah Banglo Homestay Puspahome, sebelah Penang Free School. Sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berpesta. Melihat kehadiran polis beberapa lelaki cuba melarikan diri tetapi dapat ditahan. Seramai 50 lelaki dan 38 perempuan ditahan untuk ujian air kencing; berumur 18 - 34 thn. Ujian air kencing keatas tangkapan perempuan (M) positif 25 orang (meth/amp). Manakala lelaki (M) positif 35 orang (meth/amp). Siasatan mendapati pada asal nya saorang lelaki nama Jazmi Daniel b Abdul Jalal 27th organise birthday party utk 50 kwn2 nya tetapi berlarutan jadi party dadah.

DAP Tak Surut Menentang PAS Tapi PAS Terhegeh-Hegeh Mengampu DAP

Image
PAS menentang UBN dengan sepenuh daya, tenaga dan kewangan bagi memastikan syariah diwujudkan di negara ini. Walaupun UBN dilihat menyuburkan syiar Islamiah di negara ini, tetapi usaha-usaha UBN terlalu banyak syubhah yang memungkinkan usaha-usaha berkenaan hanya bersifat maksiat, ujub dan riak semata-mata. PAS pula mahu memurnikan syiar Islam di negara ini dan menyingkirkan elemen-elemen syubhah yang menjadi teras kepada pentadbiran UBN. Mungkin bagi sesetengah ahli PAS, keseronokan menyerang UBN dan menelanjangkan UBN dengan pelbagai gelaran termasuklah kafir, munafiq dan sebagainya, menjadi kebanggaan peribadi. Namun dalam hal yang sama, kita juga terlupa bahawa sekarang ini PAS berada di bawah taklukan DAP dan PKR. Kita telah dijajah dari segenap segi, termasuklah minda dan tingkah laku kita sendiri. Pada ketika kita tercari-cari lubang kelemahan UBN untuk kita londehkan terutama sekali yang membabitkan hudud, kita sengaja buat-buat pejam mata tentang KATA DUA Lim Kit Siang,