Puak PAS KEcam Lah ANWAR!!!!!! Hudud PAS belum sesuai di Malaysia - Anwar

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS.

Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekali gus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya.

‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar lagi.

Anwar turut menuduh Umno- Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan isu  ini untuk terus memecah belahkan gabungan PR itu.

"Jangan terheret dengan permainan Umno-BN.

"Kita harap PAS akan berbincang dengan PR terlebih dahulu sebelum pembentangan dibuat kerana ahli parlimen kita terdiri daripada pelbagai kaum," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana