Hudud: PAS sudah 'terlajak' jauh ke depan - Pang Chaw....Inilah Padahnya PAS Ada Tersirat Rupanya

SHAH ALAM: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw menyifatkan parti itu sudah terlajak jauh ke depan dalam polemik hukum hudud sambil menegaskan pelaksanaan undang-undang itu berdepan kesukaran selagi rakyat tidak memahami secara terperinci mengenainya.

Menurut beliau, selain rakyat berbilang kaum di negara ini, anggota parti berteraskan Islam itu juga masih belum memahami akan hukum hudud serta pelaksanaannya.

Justeru Pang Chaw menegaskan perkara tersebut sepatutnya diperjelaskan dengan terperinci kepada anggota parti terutamanya sayap penyokong terdiri daripada orang bukan Islam sebelum berhasrat melaksanakannya di Kelantan.

"Sebenarnya isu hudud ini tiada masalah bagi DHPP sebab ia isu yang dibawa oleh parti sendiri, jadi DHPP yang merupakan sayap yang terdiri daripada orang bukan Islam patutnya diberikan taklimat lebih awal.

"Biar kita faham dulu sebelum masyarakat umum sebab saya rasa ahli PAS sendiri bukan faham sangat tentang hukum hudud ini, jadi macam mana kita nak beri orang ramai faham kalau ahli PAS sendiri masih ramai yang tidak faham dengan terperinci.

"Jadi bagi saya, kita dah pun terlajak jauh sangat," katanya kepada Antarapos.

Lanjutan daripada pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private member’s bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak memberikan kritikan keras.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menggesa PAS untuk meninggalkan PR jika ia nekad meneruskan rancangannya untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan berkata hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

Masih ramai ahli PAS tidak faham mengenai hukum hudud

Jelas Pang Chaw lagi, PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada masyarakat umum  sambil menyifatkan hasrat melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan dibuat tanpa merujuk kepada rakyat.

"Daripada maklum balas yang saya dapat memang ramai di kalangan ahli PAS tak berapa faham isi kandungan enakmen hudud ini.

"Walaupun PAS kata ia tiada kaitan dengan bukan Islam tapi kita (DHPP) hanya tahu secara kasar...secara terperinci kita tidak tahu.

"Macam undang-undang Malaysialah, bukan semua rakyat faham malah peguam pun bukan faham semua undang-undang, apatah lagi rakyat biasa," katanya.

Beliau menambah sesi penerangan secara berterusan perlu dilakukan dengan memberikan tumpuan terhadap kefahaman anggota PAS terlebih dahulu.

"Bagi saya kempen kesedaran dan kefahaman itu penting sebelum kita pergi ke tahap pelaksanaan," kataya.

Ujarnya lagi, pandangan yang diberikan selaku Ketua DHPP perlu diambil pertimbangan pucuk tertinggi PAS dan ia juga tidak bermaksud sayap itu menolak hukum hudud.

"Kita bukan tolak, kalau kita tolak kita tidak akan menyertai DHPP... kita kena biar rakyat faham betul-betul, kemudian kita dapatkan maklum balas sebab dibimbangi akan ditolak (di Parlimen).

"Jadi kita kena lihat pada realiti," katanya.

Kata Pang Chaw lagi, DHPP tidak sepatutnya diberi peranan untuk membuat penerangan kerana ia tidak logik menambah ahli rasmi PAS sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut.

"PAS keahliannya seramai 1,000,000 ahli tapi DHPP hanya 20,000 orang, kalau dibandingkan maknanya 1,000,000 ahli itu kekuatannya lebih besar.

"Jadi ia kena mainkan peranan yang penting bukan DHPP," katanya.

Untuk rekod, DHPP adalah sayap PAS yang menghimpunkan orang bukan Islam dalam parti Islam itu.

Ia telah dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Tanah Kelang.

Dengan keahlian ketika itu seramai 20, 000 orang, peranannya semakin meningkat dalam PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana