Menteri Jepun puji kesungguhan Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam usaha mencari Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang selama lebih 50 hari, kata Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera.

Sebagai sahabat Malaysia, Onodera berkata, hatinya tersentuh apabila memikirkan nasib penumpang dan anak kapal pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac walaupun usaha mencari pesawat malang itu diteruskan tanpa henti oleh pelbagai negara termasuk Jepun."Bagaimanapun, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan kesungguhan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani insiden itu dan saya ingin menyatakan penghargaan terhadap usaha yang paling terpuji itu," katanya ketika berucap semasa melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini Selasa.

Onodera yang berucap menggunakan khidmat penterjemah menarik perhatian bahawa apabila Jepun memberi respons kepada permintaan Malaysia supaya negaranya menyertai operasi mencari, hubungan antara kedua-dua negara menjadi bertambah kukuh.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang dalam pesawat hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi selepas mendapat maklumat bahawa pesawat telah melencong daripada laluan asal. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana