MALU! ANWAR IBRAHIM DITEMPELAK RAKAN PARTI SENDIRI !

PAS hari ini menegaskan bahawa parti itu tetap bertekad meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dalam masa terdekat selepas parti itu memberikan penjelasan kepada pimpinan DAP dan PKR mengenai rang undang-undang syariah itu.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap dengan keputusan sebelum ini membentangkan rang undang-undang di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun ini bagi membolehkan hudud di laksanakan di Kelantan.

Kenyataan beliau sekali gus menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta PAS mengadakan sesi perbincangan terperinci mengenai isu itu sebelum ia dibawa kepada Parlimen.

Anwar juga dipetik berkata bahawa institusi sistem syariah di negara ini masih belum bersedia melaksanakan hudud.

Malah Mohamad Amar menyifatkan respon PKR dan PAS pada sesi penerangan di ibu pejabat PAS memuaskan.

"Pertemuan hari ini lebih kepada memberi penjelasan kepada DAP secara khususnya tentang keputusan dan cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud.

"Dari apa yang dijelaskan, pada pandangan saya (walaupun) dalam hati kita tak tahu, ia nampak positif dan mereka faham apa yang kita nak buat, walaupun secara prinsipnya mereka tak setuju. Kita hormati, tapi sekurang-kurangnya mereka memahami keputusan kita.

"Hudud adalah agenda kita di sana, sudah diluluskan sejak 1993 dan lebih awal dari penubuhan PR. Kita meneruskan apa yang ada sekarang," katanya yang ditemui pemberita selepas selesai perjumpaan tersebut di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Mohamad Amar juga berkata PAS bersedia mengadakan sesi penerangan pada masa akan datang sekiranya mana-mana pihak mahukan lebih perincian tentang hukum syariah tersebut.

"Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan. Jika ada pihak yang masih memerlukan penjelasana lanjut kita bersedia (menerangkan). Bukan hanya kepada wakil rakyat PR, malah kepada BN juga. Kalau MCA nak jumpa, kita pun bersedia. Begitu juga kepada sesiapa supaya mereka lebih memahami. Soal setuju atau tidak, itu hak masing-masing, kita tak mahu paksa pendirian orang lain," ujar beliau.

Senada dengan Mohamad Amar adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim.

Beliau selain itu diajukan kesukaran yang bakal dihadapai PAS untuk membawa Rang Undang-undang tersebut memandangkan ahli parlimen yang beragama Islam kurang dari dua per tiga.

"Ini adalah 'private bill', sesiapa boleh bawa. Dalam sistem demokrasi, kita kena menghormati sistem yang ada, kita bukan langgar peraturan. Terpulanglah, ada ahli parlimen yang sokong, ada yang tak sokong, itu hak peribadi. Bagi kita tetap akan bawa," katanya.

Wakil-wakil dari PKR yang hadir ke perjumpaan itu adalah Naib Presiden; Tian Chua dan R. Sivarasa, manakala DAP pula diwakili oleh Naib Pengerusi, Teresa Kok; Timbalan Setiausaha Agung, Ngeh Koo Ham; Pengarah Pendidikan Politik, Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti, Zairil Khir Johari.

Liew ketika ditanya pemberita berhubung perjumpaan itu memberitahu DAP masih kekal dengan pendirian menolak agenda hudud yang dibawa oleh rakan sekutunya itu.

"Kita semua setuju hudud bukan agenda bersama PR, ia adalah agenda PAS dan kita akan cuba mencari penyelesaian.

"Kami telah memebri pandangan dari DAP bahawa isu hudud mungkin akan membawa agenda yang tidak bersama dan i masih dalam perbincangan dan berharap semua pihak dapat memahami isu dan risiko politik bersama dengan isu ini," katanya.

Manakala Teresa dan Zairul enggan mengulas lanjut.

Sivarasa pula memberitahu pemberita perjumpaan itu adalah untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebersamaan Pakatan, termasuk hudud.

"Ada bincang pelbagai perkara... termasuk hudud.

"Kita bincang macam biasa, jumpa dari masa ke semasa. Apa pentingnya ada (bincang) hudud dan perkara lain? Kita pimpinan politik dari tiga parti ada perjumpaan dan itu tiada masalah. Belum menjadi kesalahan di negara kita kan?," soalnya - AntaraPos

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL